Tuesday, March 31, 2009

Si empunya kasut pink..

Hi! hope you guys still remember this entry I posted not long time ago.

Inilah dia si empunya kasut pink yang comel tu.. Oh~ i so in love to photograph the kids at her age.. I guess i said the same thing for children at other ages too kan.. hehhee.. kesimpulan yang mudah dibuat, i loveeeee to photograph children.. ehehhe.. cuma yang ni might be a bit different sebab it just two of us je masa sessi dibuat.. her mom and grandma tengok dari jauh je when i was photographing her.. thats mean I have full authority on her masa tu.. ekkekek.... and she too could do anything she likes in front of my gracey. Biasa la.. kalau budak2 ni.. if their parents are around, sumtimes they are not showing their true colours.. their eyes are tend to look at the parents for getting their approval.. But this one totally 100% genuine.. hehehhe.. Thanks Dian for that ;-)



Nabila. I've lots of her pics to share.. and they are good and fresh for your eyes too.. hehhehe.. thanks for this little lady for making my dream comes true.. tapi minta maaf sangat.. i have tons of editing work which are due this week. I may not be online at YM most of the time. So guys, if you have anything to say.. just drop the comment here or jot me an email. I'll try to get back to you as soon as I can.

And I'll post more of her pics if the time permits. Sure!

Till then. Take care!

Read more...

3 comments:

Monday, March 30, 2009

Love story

Ohh~~

It was an unplanned one.

I have no words for this.. Thanks hubby for the lovely shots :-)


~kami... masa tengah tunggu client sampai petang tadi :-))

Read more...

8 comments:

Saturday, March 28, 2009

F.R.I.E.N.D.S

Inilah aktiviti saya malam semalam.. Menghadiri satu majlis hari jadi yang dianjurkan oleh salah seorang kawan saya buat kejutan untuk suami tercinta nya.. Sesekali bertemu rakan2 memang seronok.. Walaupun boleh dikatakan kerap juga kami berjumpa tetapi setiap perjumpaan tu pasti ada makna yang berbeza..


Saya punya ramai kawan. Dari zaman sekolah, U, bekerja hingga sekarang hidup saya tidak pernah sunyi dikelilingi rakan2. Saya mudah mendapat kawan.. mungkin kerana saya ni agak peramah jadi tidak sukar untuk saya memperoleh kawan.. saya suka berkawan.. malah jika saya bersama client, walaupun buat pertama kali berjumpa.. saya tetap menganggap mereka kawan2 saya.


Tapi, saya akui.. tidak mudah untuk saya mencari 'sahabat'. Sahabat yang seiring dengan kita luar dan dalam, hati dan budi, sedih dan gembira. Dalam 10 mungkin 1 sahaja yang saya jumpa. Saya pernah rasa terhumban kerana kawan, tertipu kerana kawan, terguris kerana kawan, dan tidak kurang juga bahagia dan sempurna kerana kawan. Tapi saya bersyukur, dalam dunia yang moden dan cepat serba serbi ini.. hidup saya tetap indah dihiasi kawan-kawan seperti mereka. Ya. saya bahagia :-)Walaupun kadangkala ada ketika kami bermasam muka.. bertikam lidah.. namun itulah yang mewarnai hari-hari saya dengan mereka. Ikatan menjadi lebih kuat selepas itu kerana pengalaman kami yang sentiasa mendewasakan.


Saya juga punya sahabat yang telah pergi buat selamanya. Kawan karib saya ketika di sekolah rendah.. loose contact, kemudian berjumpa semula setelah waktu saya bekerja dulu.. ikatan kuat diteruskan.. bekerja di dalam satu bidang yang sama membuatkan kami selalu berjumpa.. Tapi sayang.. sekejap saja kenangan itu.. dia kini sudah meninggalkan saya buat selamanya kerana kecelakaan jalan raya yang menimpa.. Saya terkilan kerana ada hajatnya yang tidak sempat saya penuhi.. Saya menyesal kerana asyik bertangguh untuk memenuhi permintaannya. Sekarang saya hanya mampu untuk merinduinya..


I love my friends. Do you love your friends? Tell them now before its too late..









Apapun... inilah dia sahabat sejati saya...;-)

Read more...

10 comments:

Friday, March 27, 2009

Jangan marah saya kalau rasa nak gigit budak tecit niii.. :p

Who is she?

Hint..
She was the girl on the shelves.




tak ingat lagi??

hint 2...
She was the girl in the drawer.


She is Zara Arissa.. Look at her now!!! Inilah seronoknya saya rasa bila ada can lihat kanak-kanak membesar. Saya rasa satu persamaan antara dulu dan sekarang adalah matanya yang sangat bulat dan bulu matanya yang lentik tu.. kiut betul Arissa.

Kehadiran saya di taman tasik hari tu disambut dengan senyum dan ketawa riang Arissa.. saya tengok je dia macam tu.. saya tau saya akan melalui satu sessi yang sangat menyeronokkan hari tu.. Mommynya kata memang Arissa tak banyak kerenah.. tersenyum ajer sepanjang masa.. sapa yang melihatnya pasti geram tak terkata.. tengok sajalah gigi duanya!!

Arissa memang sangat peramah.. tapi dalam senyum dan gelak dia tu masa dah tengah photoshoot, merengek juga dia.. ye lah.. mesti penat kan.. nama pun budak2.. tapi senang ajer nak dapatkan mood dia balik.. pasang ringtone lagu thailand... hahhahaha.. mengkekek2 lah dia sambil menari.. so cute!!!








Kali ni saya banyak ambil gambar close up Arissa kerana terlalu geram dengan mata bulatnya.. ada persis anak hindustan gitu!






Oklah... ini saja buat hari ni.. Buat Kak Jem.. semoga suka gambar-gambar tu nanti kita jumpa for her 3rd session pulak k!! kali ni mesti lenguhlah agaknya saya nak mengejarnya pula..

Buat semua.. selamat berhujung minggu! Jangan lupa padamkan lampu letrik anda selama satu jam malam esok k! Mari kiter keluar rumah melihat keindahan malam dan merenung langit sambil menghirup udara segar pula :-) dan pastikan yang tersayang sentiasa di sisi :-)
Support Earth Hour 2009!

Saya akan mulakan weekend saya dengan bersosial.. wah! ber bbq party pada malam ini.. seterusnya berparty lagi pada esok hari dan lusanya mengambil gambar portrait pula....


Till next time!

luv,
Zubye.

Read more...

19 comments:

Wednesday, March 25, 2009

Just one

Irfan


Ni gambar Irfan teman saya pegi photoshoot seminggu yang lepas.. Kalau petang memang dia biasa ikut.. kalau pagi je tak.. sebab masa saya kuar, dia masih tidur lagi.. kalau kejut tu.. actually nak je dia ikut..asal kata pegi jalan dalam ngantuk2 pun mesti dia gagahkan juga.. Tapi selalunya pagi memang saya jarang bawak sebab nak bagi dia tido puas2.. sebab weekdays dia dah bangun pagi kan.. :D

Selalunya aktiviti dia waktu pagi masa saya gi keja ialah meronda2 dengan babah dia.. derang gi mamak for breakfast, pegi jalan2 mall sumtimes..selalu gi alamanda lah.. pegi shopping barang2 grocerries untuk umah.. atau pegi driving range sama2.. then tengahari saya balik.. rehatkan diri, petang dah nak ke photoshoot semula..

Petang dalam gambar tu saya baru habis shoot a chinese family.. ada kat bawah gambar mereka :-) petang tu dua beranak ni teman lah saya sama2.. selalu derang akan prektis golf skill derang kat rumput2 lapang kat situ.. babah ajar dia swing.. mama intai dari jauh je sambil snap2.. lepas habis shoot selalunya saya pulak join sama guling2 atas rumput , menghilangkan penat. Tapi petang tu sebaik saja habis ps, cuaca pun mendung semacam..

Babahnya selalu sebelum saya start shoot ataupun sebelum client sampai, banyaklah nasihat dan idea yang dia bagi.. kadang2 idea tu datang on the spot.. kadang2 dalam keta masa dia drive saya ke tempat kejadian.. Jadi ada di antara gambar2 kat sini dialah yang memberi ideanya yang tak pernah kering :-) dia jugak merupakan pengkritik tetap saya.. dia kalau kritik tak main der nak jaga-jaga hati ni.. kalau bad... dia hentam cukup2..bagi pendapat kenapa gambar tu teruk dan bagi solution camne nak buat gambar tu jadi lagi elok.. tapi kalau cantik dia puji dan terus bagi dorongan dan nasihat. Kalau waktu dia hentam tu ada gak lah cam nak nangis saya rasa.. tapi kalau part puji tu dia sendiri yang akan cek suar saya terkoyak ke tak.. kembang kena puji LOL! Itulah kawan saya susah dan senang :-)

Lepas swing2 dan mama snap2 hari tu.... kitorang pun ke presinct 9 minum2 lagi.. hujan pun dah mencurah2 hari tu.. rasa sangat best cuaca sejuk2 camtu.. dapat minum milo panas dan teh tarik.. yang penting ada sama2 orang tersayang.. itu yang lebih berharga :-)

Read more...

11 comments:

Tuesday, March 24, 2009

Tenang

Saya menghadapi dua perkara yang amat menjengkelkan hari ini.. tidak perlulah rasanya saya menghebahkannya di sini.. cukup sekadar saya katakan kadangkala manusia tidak berfikir sebelum mereka bertindak.. tidak pernah pulak tu terdetik untuk menjaga hati orang lain dengan percakapan ataupun apa yang mereka tulis.. bagi mereka.. mereka lah hero heroin cerita yang mereka cipta sendiri.. Manusia.. mana mungkin kita tahu apa yang tersirat dalam hati mereka.. rambut pun kadang2 ada yang perang, ada yang karat, ada yang hitam. Inikan pula soal hati.


Kadangkala terasa begitu janggal untuk menghadapi manusia yang di hadapannya lain.. di belakang nya lain.. apatah lagi untuk menyelam setiap niat yang dilakukan mereka.. apa sebenarnya yang mereka cuba tunjukkan atau mahukan? itu bukan kerja kita... Ada yang lebih berkuasa untuk menilai itu.. tetapi apa salahnya jika ayat yang diaturkan itu datangnya dari hati yang tidak ada langsung unsur kekotoran dan dari fikiran yang kalaupun bukan datang dari bijak pandai tetapi cukup dengan sifat2 mulia seorang insan.


Mana letaknya diri kita? Sendiri pastikan. Apa yang pasti.. ada orang terlupa bahawa setiap apa yang dituturkan kadangkala hanya menyerlahkan kecetekan akal dan fikiran.. lantas mempengaruhi ATTITUDE mereka.. ataupun ATTITUDE mereka memang begitu, dan tanpa segan silu diterjemahkan pula dalam bentuk percakapan dan penulisan. Entah..


Di waktu yang begini, inilah perkara yang dapat membantu saya meneutralkan kembali PH perasaan saya.. dengan melihat gambar anak2 kecil yang tidak berdosa ini.. mereka sungguh mulia.. tulus dan bersih. Tidak pernah ada sekelumit perasaan hasad dan dengki di hati mereka.


Yang saya ada kini hanyalah SABAR. Tuhan itu lebih mengerti :-)


Untuk Batrisya dan Rafhana, kanak-kanak di dalam gambar ini, auntie sayang kamu berdua! :-)
















Read more...

16 comments:

"March" Love

Somewhere in March.. ;-)
This is what we call... Colourful Malaysia!





















Read more...

5 comments:

Sunday, March 22, 2009

Kenangan pertama yang terindah!




Aaaaaaaahhhhh.. :-) :-) :-)

Tak ternilai rasanya harga dan tak tergambar perasaan saya sebaik sahaja melangkah kaki ke workshop tadi dan berkongsi dengan para peserta yang nampaknya betul-betul berminat untuk menimba ilmu.

Segala rahsia telah saya kongsi bersama mereka..dan saya amat-amat terharu dengan sambutan dan kerjasama yang mereka berikan. Masing-masing dari awal lagi sudah ceria dan nampak sungguh bersedia sekali untuk workshop ni.. Semuanya sporting-sporting belaka.. mungkin saya tak ingat semua nama.. tapi insyaAllah kalau jumpa lagi sekali, pasti saya akan ingat rupa kawan-kawan semua yang datang tadi..

Saya datang tadi bukanlah sebagai seorang pro photographer, tetapi saya datang sebagai seorang ibu yang ingin berkongsi sesuatu yang berharga yang ada dalam diri saya dengan semua peserta. Apa yang saya terangkan tadi adalah berdasarkan pengalaman saya.. dan lebih kepada diri saya 'melihat' sesuatu, cara saya blend kan kanak-kanak dengan diri saya, seni dan kreativiti yang saya ada.

Mungkin ilmu itu tidak terdapat dalam mana-mana buku photography, tetapi melalui pengalaman dan diri saya sebenar, itulah yang saya kongsikan.

Kalau boleh tadi nak lama sket waktu praktikal, dan kalau dapat memang saya nak concentrate on each participants, tetapi apa kan daya, kaki saya hanya ada dua, jadi mungkin tak dapat nak attend semua orang, lagipun, tak boleh nak buat lama-lama sangat bila mengambil gambar budak-budak ni sebab keselesaan mereka pun perlu di jaga :-) Tapi secara overall nya saya sudah melakukan sedaya upaya saya untuk memastikan setiap orang mendapat manfaat dari bengkel tadi. Para fasi juga banyak membantu tadi sewaktu sessi praktikal. Terima kasih diucapkan.

Kalau ikutkan masa tadi, memang rasa tak cukup je dengan apa yang ingin saya kongsikan. Tapi harap-harap apa yang telah saya share tadi dapat memberi pendedahan serba sedikit kepada peserta tentang bagaimana cara untuk mengambil gambar kanak-kanak dengan baik.. Mungkin ada perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka sebelum ni, tadi dapat mereka praktikkan.

Kalau peserta tak dapat 100% pun tadi, dapat praktikkan beberapa percent pun rasanya adalah lebih baik daripada tak dapat apa-apa langsung. Yang penting, ingat k! kena selalu prektis. Dan bila buat sesuatu untuk menghasilkan yang terbaik, yang paling penting adalah datangnya dari HATI.

Wah, tiba-tiba saya rasa sentimental semacam je masa type nih.. yelah.. saya sangat terharu melihat mereka betul-betul ingin menimba ilmu dari saya. Kebanyakannya menghargai gambar-gambar yang saya ambil. Terima kasihlah saya ucapkan. Tak tau nak ucap bagaimana in words. Tapi kawan-kawan semua lah yang memberi saya semangat untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Kepada yang tak berkesempatan untuk ikut bengkel ni tadi, jangan risau sudah pasti lepas ni saya akan buat workshop lagi. Saya janji! Saya rasa sangat seronok dapat kongsi dengan semua dan saya tak akan teragak-agak untuk mengulanginya. Saya pasti akan conduct workshop lagi selepas ini.. Pasti. Jadi... tungguuuuu!!!

Dan terima kasih yang teramat sangat kepada Saudara Adhadi dan rakan-rakan daripada kominiti http://www.duniafotografi.com/ yang memberi sepenuh kepercayaan kepada saya tadi. Kembang-kembang jugaklah menerima pujian daripada otai seperti cikgu Adhadi ni... ekekke.. Saya sangat berbesar hati, alhamdulillah. Yang pasti saya tak akan pernah berasa puas untuk sentiasa belajar dan meningkatkan mutu kerja saya, InsyaAllah. lagi satu! alolololololo! terima kasih buat model2 cilik kiter tadi. comelnya semua...! gigit kang baru tau! Buat ayah2 yang sudi menunggu tu, alahai sportingnya semua. terima kasih banyak2 k!

Paling penting buat suami dan anak saya yang tak pernah putus-putus memberi saya semangat dan sokongan. Mereka lah kekuatan saya yang sebenar.. Cik Abang tu.. hari-hari lah dok dengar keluh kesah, cerita gembira, cerita sedih dari isteri dia ni ha.. Malah, dia jugak sebenarnya yang banyak bagi idea pada saya macamana nak menghadapi 1st workshop saya ni.. hihihi.. I lap u bang!

Dan akhir sekali, saya mintak maaf banyak-banyak kalau saya ada buat salah tadi, kalau ada bahasa saya yang kurang memuaskan, dan apa-apa sahaja kesilapan saya tadi, saya mintak maaf banyak2. Oh ya! lagi satu, mintak maaf lah tadi memang saya tak banyak ambil gambar sebab sibuk dok memberi tunjuk ajar & memerhatikan semua mengambil gambar tadi. :-) Jangan kecik hati ye kalau saya takde amik gambar anak-anak kawan-kawan semua :-)

Terimaa kasih semua! Ada rezeki,panjang umur, kita jumpa lagi InsyaAllah

p/s: saya cuba jugak untuk reply thread dalam forum tu tadi.. tapi ada problem nak login. Mungkin kalau ada sesiapa peserta yang baca ni.. boleh tolong saya paste post saya ni dekat forum sebagai tanda penghargaan untuk semua. :-) Thanks!


Sori lah.. gambar ni kecik benor muka setiap org. hihihihi.. Kalau ada sesiapa yang nak, boleh bgtau saya k! MMUAHHHH!!! TO ALL!


dan ni gambar dari Kak Dila Bangi. Waktu saya sedang berceloteh.. tima kasih ye! hehehhe.. ada sapa2 lagi tak ada amik gambar saya pagi tadi? ekekkeke.. nak buleh? dapat le saya buat kenang kenangan nanti.. hehhe

ooppsss.. sambung, hari ni saya rasa nak gak bagi can muka saya enterfrem banyak-banyak dalam blog nii... boleh naa... tak marah naaa? ekekke.. dah alang2 tengok muka sendiri yang di capture oleh kawan2 workshop tu kan.. maka marilah saya sendiri menyaksikan wajah2 saya dari kacamata mereka.. ekekkek..



ni gambar keberangkatan tiba diriku ke tempat kejadian.. muahahhaha! Lagi image by kak dila bangi. Fuh terasa macam artis gitu bila datang situ kawan2 siap menghalakan lense mereka kepada diriku.. kuangkuangkuang.. tu yang kontrol semacam je tu. Gambar sebelah tu tempat kejadian yang sangat kecoh dengan kanak2. Lain kali rasanya masa talk tu kena buat jauh sket dari kawasan playground bagi memastikan suara saya tak tenggelam dek keriuhan di situ kan?

ni lak gambar dari saudara Jidin sewaktu saya sedang gelak apa tak tau... tapi rasanya masa ni masih sedang mengontrol gabra yang masih belum hilang di awal pagi itew.

Read more...

28 comments:

OUR SPONSORS

Blog Archive

Contact

Phone No : 019-3659274
Yahoo Messenger : zubye
E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Be EOG Fan

Followers

Online Visitors

EOG visitors