Thursday, May 28, 2009

Kisah cinta Ara




Sewaktu Ein menelefon untuk temujanji kami.. dia mengatakan keinginannya untuk merakamkan gambarnya dengan puteri kesayangannya; Ara sebelum dia melahirkan anak kedua. Katanya.. terlalu banyak kenangannya berdua dengan Ara, ke sana kemari berdua sahaja.. jadi sebelum hadir 'orang' ketiga antara mereka, teringin sekali dia ingin mengabadikan saat-saat itu dengan Ara. Berdua. Ye, hanya mereka berdua di samping adik yang bakal di lahirkan nanti.. Katanya ingin dia merakamkan "bonding" antara Ara dengan adiknya sejak adiknya berada dalam kandungan lagi.

Saya bertuah kerana diberikan kesempatan itu. Mendengar permintaannya sahaja buat naluri keibuan saya tersentuh. Walaupun saya hanya baru ada seorang anak, tetapi saya faham sangat perasaan itu.. faham perasaan kerisauan seorang ibu.. adakah dia mampu menyayangi anak-anaknya secara sama rata tanpa berbelah bahagi buat semua anak2nya. Faham benar dengan perasaan sayunya melihat anak sulung yang mungkin lepas ini tiada perhatian 100% lagi untuknya. Faham benar kerisauan seorang ibu.. apakah si kecil Ara sudah bersedia menerima perubahan serta orang baru dalam hidupnya nanti. Ye, keadaan tidak akan sama lagi. Semuanya bakal berbeza. Dulu berdua, tetapi nanti bertiga.. Tapi yang pasti.. perbezaan keadaan itu sudah pasti kepada sesuatu yang lebih membahagiakan.. lebih menceriakan dan akan lebih memeriahkan kehidupan mereka sekeluarga nanti InsyaAllah.

Oleh itu, saya persembahkan di sini.. sebuah cerita tentang Kisah Cinta Ara... Cinta buat ibu dan bakal adiknya.. Saksikanlah :-)


















Sepanjang sessi, segalanya ceria... Ara bijak mengatur langkahnya.. meleret senyumnya.. dan melihat kemesraan mereka berdua.. mencipta satu kedamaian di hati. Ara.. si kecil yang manja.. manis sepanjang masa.. Sebenarnya.. i fell in love woth her eversince the 1st time we met at Girl-Charms' model photoshoot 2 years back kalau tak silap. Masa tu saya dalam diam2 asyik memerhatikan dia.. sungguh sopan tingkah lakunya.. kecil sahaja dan pendiam. Dan kini pun dia masih seorang yang sangat lembut.. kalau menangis atau merengek pun.. penuh dengan kesopanan.. hehhe..



















Dan kesempatan ini juga saya ambil untuk merakam gambar solo ibunya.. yang gayanya seperti seorang model :-) si ibu terlalu tenang dan bersahaja di hadapan kamera.. hari itu dipenuhi dengan gelak ketawa.. ada satu ketika jari saya tak berhenti menekan shutter.. tetapi ada waktunya pula dua2 ketandusan idea.. hingga saya pun tak tau dari sudut mana pula harus saya rakamkan ibu yang masih gorgeous yang bakal beranak dua ini :-) Alhamdulillah, mudah bekerjasama dengan mereka berdua.. hinggakan terasa cepat sangat waktu berlalu.






















Ein sedang menunggu saat melahirkan. entah esok entahkan lusa. Kerana due nya sudah sampai. Saya doakan segalanya selamat.. semoga Ein memperolehi anak kedua yang sihat tubuh badannya.. dan Ara bakal mempunyai teman bermain yang comel tak lama lagi insyaAllah.



Buat Ara, ye.. Ara tidak akan keseorangan lagi selepas ini.. kasih ibu juga akan diberikan kepada adik Ara. Walaupun fizikal kalian nanti mungkin berbeza.. tetapi kalian tetap lahir dari rahim yang sama. Kasihi ibu dan adikmu ok!!









InsyaAllah kisah cinta Ara akan bersambung lagi selepas ini.. bila saya dapat mengambil gambar Ara dengan adiknya yang bakal dilahirkan tak lama lagi insyaAllah.



Nantikan episod kedua itu ye! :D



and oh ya.. enjoy the slide show ya!



"I COULDN'T HAVE PUT IN BETTER WORDS the way you describe my love towards my girl ARA the way you do Zubye.As a mother, you know better.Thank you soo very much for making this so real and so memorable for both of us.I'm pretty sure a lot more hearts were touched seeing this magical shots! MAGNIFICENTLY DONE!"


~ Ein


Read more...

17 comments:

Monday, May 25, 2009

Sudah pulang bah ;-)


Alhamdulillah.. selamat pergi dan selamat kembali.. baruuu je sampai.. letih pun belum hilang lagi.. tapi hati saya riang! ok.. nanti kita sambung lagi... :-)

Catatan perjalanan & gambar saya sekeluarga di Sabah saya letak di sini ya! :-)

Read more...

6 comments:

Friday, May 22, 2009

Sabah sudah menggamit

Negeri di bawah bayu sudah mula terbayang di ruang legar kepala saya.. insyaAllah kali kedua akan jejakkan kaki ke negeri itu esok.. sebenarnya.. hari ni baru saya sempat buat persediaan sepenuhnya.. call hotel.. call car rental di sana.. survey2 tempat mana nak pergi.. apa yang menarik.. what not to be missed.. dan percaya atau tak.. hari ni baru saya terasa teruja nak pegi.. hehhehe.. semalam petang baru saya menggelebah bila teringat yang satu apa pun saya tak buat lagi.. langsung tak menggoogle dan langsung tak buat survey.. mujur ada sorang client saya yang baru je balik bercuti dari sabah bagitau saya apa tempat2 menarik yang ada di sana.. jadi dapat jimatkan masa saya untuk cari di internet.. kejap lagi akan jumpa dia dan dia siap nak bagi map kat sana lagi.. bagus kan? ekekkeke..

Bukan tak bersemangat.. memang bersemangat.. tapi memandangkan saya kena kejar due date hantar CDs dan albums hujung minggu ni.. so saya pulun habis habisan sampai terlupa saya ada short trip hujung minggu ni dan alhamdulillah semua kerja yang due minggu ni dah settle.. so dapatlah saya bekerja sambil bercuti di sana dengan kepala yang aman dan tenteram insyaAllah..

Gunung Kinabalu dan Pantai Karambunai serta filipino market sudah memanggil2 :D Semalam lega kerana perbentangan kertas kerja saya terhadap segala aktiviti2 yang ingin di lakukan di sana nanti sudah diluluskan oleh cik abang tersayang.. hahah.. walaupun semalam tu belum buat any reservation lagi.. huhuhu.. tadi dah buat call.. alhamdulillah bilik yang kami inginkan di satu resort tu masih available.. flight kami awal pagi esok.. dan petang esok jugalah saya akan ambil gambar client saya tu bersama keluarganya bermain2 di tepi pantai.. ahhh~~~ angin pantai pun mula terasa..

Ok.. saya harus berhenti sekarang.. anak saya suruh sharp kan pencil kaler dia lah pulak.. dan ada urusan yang last2 minit saya kena uruskan segera.. malam ni kena tidur awal.. sebab kena bangun awal.. alamak!!! saapa nak hantar kami ke airport pagi esok? belum tanya lagi.. huhuhuhu..

oklah doakan saya selamat pergi dan pulang ye :-)

Read more...

5 comments:

Tuesday, May 19, 2009

Join EOG Fan Club now!

Hello friends!

hehhehe.. Finally I found the easiest way to create a link for EOG Fan club.

Just sign the guestbook as in above link, and you'll automatically become one of the members :-)

As I've mentioned before, all the EOG Fan club members will get the privilege in any of our latest promotions, workshops, contests and announcements we'll make in the future. So, take your own sweet time to sign the guestbook and don't forget to leave your email or even your contact number there.

I would also love to hear any feedback or ideas and suggestions you have for us to improve our work. Just jot the line there k!

At this moments, I've draft out a few fun activities for the Fan Club members (hhehhe.. baru draft dalam kepala je.. ;p) InsyaAllah.. I'll try my best to make it happen k! :-)

Thank you from the bottom of my heart for your continuous supports, for all the prayers and the warmest responses Eyes of Grace gets from all the lovely people out there! I'm very thankful, grateful and honoured to have supporters like you!

Stay tune for more updates and announcements k!

I heart you all!

Read more...

3 comments:

Anak Jepun ke..?





hehehhehe... taklah.. ni sebenarnya anak client saya.. dan juga merupakan bekas junior saya masa kat sekolah dulu.. anak2 nya ada iras Jepun kan.. terutama sekali yang baby ni... dengan tidak berambutnya.. tembamnya.. putih melepak.. memang geram betul.. kalau tengok betul2 muka dia.. watak dalam cerita apakah yang anda semua teringat? hehhehe.. both baby dengan kakaknya sebenarnya pemalu untuk bergambar.. terutama si kakak yang langsung tidak mahu tengok saya.. hehhehe.. tapi bila saya bawak dia pergi jalan2 jauh sket dari parentsnya.. baru lah kurang rasa malunya.. mungkin depan parents dia.. dia quite reserve sket kot kan.. tak pun malu nak berposing kalau mak dan ayah ada di depan mata..

Lama rasa tak ambil gambar kat atas batu-batu ni... rindu pulak rasa :-)

ok lah.. saya dah ngantuk sangat ni.. ada sedikit lagi kerja yang perlu dibereskan.. lepas tu nak tido dah.. hai mata.. jangan lah ngantuk lagi... sket je lagi keja ni... huhuhu..

Ok Min.. hope Min suka gambar2 ni ok! Terima kasih sebab percaya kat akak untuk ambil gambar family awak.. and it was great to meet with you again after so long :-) Take care!



Read more...

3 comments:

Monday, May 18, 2009

pelangi-bulan-bintang

Sebuah blog bergambar tentang Irfan kini boleh dilihat di sini.

Jemput lah menyinggah! :-) & Don't forget to say Hi! :-)




Read more...

0 comments:

Sunday, May 17, 2009

Status :

Budak kecit ini sedang dihinggapi chicken pox. Tapi oleh kerana buah hati pengerang jantungnya sudah pulang.. maka dia mcm tak sakit je nampak gayanya.. rasanya mama pernah tengok dia lagi 'sakit' daripada tu semasa ketiadaan 'orang' tersayangnya tu ;-) Alhamdulillah keadaan terkawal sekarang.. demam pun takde panas sangat.. cuma badan2 dia tu lah gatal je.. tapi lepas bagi ubat gatal ngan ubat sapu.. baru kurang gatalnya tu.. daun bambu sok nenek bawak ;-) air kelapa dah bagi.. tapi punyalah dia tak suka air kelapa.. minum sikit aje.. lagi senang suh dia telan ubat air tu.. huhuhu :p

Masuk hari ni dah 3 hari lah.. saya nak ambil gambar dia nanti.. jangan ada yang dah tak kenal ngan Irfan lagi pasni sudah.. hehehhe.. dia tengok mukanya di cermin hari tu.. tiba2 katanya.. "muka irfan macam hantu kan mama?" huhuhu.. tu ler... suka lagi tengok citer antu.. terpengaruh tul le budak nihh.. hihihi

Ok. Get well soon, son!


gambar diambil beberapa hari sebelum kena chicken pox.

Read more...

3 comments:

Wednesday, May 13, 2009

Try this!!

I just trying out a coolest little stuff which can include all your photos in your folder in one collage.. I think it's really cool because.. being me.. i seriously had a difficult times to choose which photos to upload here especially when it comes to the birthday photos or any events photos. Can you just imagine.. out of hundreds photos I have captured for each client, I just have to choose just few of them to upload in my blog and it must included the photos of the birthday kid in action, cake, foods, balloons, decos, other kids, activities, games, guests, family etc.. oh.. i had headache sometimes just to pick the best one (because i fancy all of them :p) I'm also afraid sometimes if the clients are not satisfied with the numbers of photos i've upload.. if it too few, the party will not looks that 'meriah' in the picture.. but if I put too many of them.. maknanya minutes after that i akan pengsan mengupload! LOL! so this is the best solution I think.. it can save my time and my energy as well.. plus it's the best way to compile the pictures, and the viewers can see overall scenario of the parties.

Oh!! Yes .. the best thing is the software is FREE.. (ntah2 saya yang last tau pasal software ni kot.. ekkek) You can download the software here.I made this collage in just one minute for each folder. Ok.. have fun creating your own collage!

Ok.. penat membebel.. let us watch some of the parties I've document in the month of April. Oh.. btw.. the 1st one took place in January.. erk..:p.. see..? i've told u I really have this chronics problem just to choose the pictures..and sometimes.. when it is getting worse.... I'm not uploading it at all! huhuhu so kejam me! oh.. nope.. sorry, correction ;-).. actually I must uploaded at least one photo :p for each client. Anyhow, the most important thing for me is when the clients are very satisfied with what they received on the final products and to know that they are very happy with the result is what I concern the most :-). My beloved clients know how busy I am.. erkk.. or how lazy I am sumtimes.. hehhhe.. love ya! *wink

Ok .. ok.. tidak puas tengok gambar kecik2 ni eh..? alamak.. takut nak janji.. takut janji tinggal janji.. nanti kalau ada kelapangan saya upload separate entries on each of them.. and i'll put the bigger ones k!!


Sofia's 2nd Birthday Bash
Putra Height Selangor






Katrina's 1st Birthday Bash
Damansara Height, KL




Aidan's 1st Birthday Bash
HTTO de futsal, USJ


Adam's 2nd Birthday Bash
Merdeka Villa, Ampang Selangor.




Ok.. now I have 2 more events to do like this :

1- Fahim's Cukur Jambul & Aqiqah

2- Irdina & Aniq's Double Birthday Bash..

jadi... tunggu yeee.. jangan tak tunggu...:D

Read more...

4 comments:

Warna


Warna warni hidupku sudah mau pulang..
Pulang lah pulang wahai yang dikenang...
2 hati disini sudah merindu bukan kepalang..
ahhh~ gembiranya.. kau pulang.. nanti sama-sama kita terbang...

Read more...

3 comments:

Tuesday, May 12, 2009

CONTEST lagi!

Minggu lepas saya tengok blog salah seorang dari client saya. Dalam blognya tu ada letak gambar dia yang berlatarbelakang kan cubicle dia di office. Dekat mejanya penuh dengan gambar2 anak2nya yang pernah saya ambil. Saya sungguh terharu. ye lah.. secara sedar atau tak.. dia telah tolong saya mempromosikan EOG kepada kawan2nya pula.. Thus, saya mendapat idea untuk buat contest yang ni..

Ok.. para client atau bekas client ku sekalian!! Contest yang ini khas untuk kamu pula sebagai tanda saya menghargai sokongan tak berbelah bahagi dari client2 ku tersayang :-)

caranya mudah saja.. hehhehe..

1- Saya ingin tahu apa yang kamu buat dengan gambar2 yang telah kamu terima dalam CD tu lepas ambil gambar dengan saya.

2- Simpan? Print? Letak dalam album?

3- Ambil gambar hasil dari kreativiti kamu tu.. contohnya.. kalau kamu framekan.. amiklah gambar frame2 tu.. kalau kamu letak sebagai wallpaper computer, amiklah gambar komputer tu.. etc..

4- Upload gambar yang kamu ambil tu kat mana2 image hosting (Flickr best sket.. sebab resolution dia cantik :D)

5- Dekat entry ni.. bahagian komen sila letak penyertaan kamu dengan paste kan link gambar yang telah kamu upload tadi..kemudian.. tulislah serba sedikit ulasan tentangnya.. sebagai contoh..

"saya frame besar gambar keluarga saya yang EOG ambil kemudian saya gantung di wall ruangtamu rumah. Mak mentua saya datang dia suka tengok dan kata.. beruntung anaknya kerana beristerikan perempuan cantik seperti saya..LOL!"

atau..

"Saya susun sederet gambar2 kami yang EOG ambil di opis.. kawan2 opis saya tengok.. ada yang jeles.. ada yang suka.. ada yang menitiskan air mata.. dan dalam diam-diam mereka pun terus membooking satu slot dengan EOG tanpa pengetahuan saya.. LOL!"

atau..

"Saya letak dalam album cantik2 gambar yang EOG ambil.. sedara mara saya datang rumah.. hampir nak terkoyak album tu kerana berebut2 ingin melihatnya.. LOL!"

atau..

"Saya tak buat apa2pun dengan gambar2 tu semua.. ada elok dalam CD.. tapi saya sebelum keja mesti pasang dekat CD dulu nak tengok muka kami anak beranak :D"

ok.. tu contoh je ye.. bolehlah tulis apa yang kamu suka :-)

6- Tak kisah banyak mana penyertaan pun nak dibuat oleh setiap client.. ye lah kan.. gambar2 tu kan banyak.. mungkin banyak jugak lah yang telah kamu buat untuk setiap gambar. Tapi satu komen, satu penyertaan.

7- Tiada kriteria spesifik untuk dipilih sebagai pemenang.. Bergantung kepada budi bicara saya ... satu2 nya juri yang mempunyai kuasa veto dalam ini contest LOL! Pemenang dikira mungkin dari segi kereativiti mereka.. boleh buat saya gelak ke.. senyum ke.. terharu ke.. nangis ke.. ehhehehe..

Hadiahnya??? yer... Hadiah nya adalah berupaaa....

1 (Satu) canvas print bersaiz 16 x 24 inches untuk diletakkan gambar kamu sekeluarga yang EOG ambil tu. Besar tu tau!! Boleh refer kat link product untuk lihat contoh.

Menarik ke tak contest yang ni? Hehehhe.. saya tau mesti ramai jugak yang hanya perap gambar2 tu kat dalam CD yang saya bagi dan tak sempat nak printnya (jangan risau.. itu normal.. sebab saya sendiri pun tak sempat nak print gambar2 anak saya semuanya :p).. ok inilah masanya.. boleh tunjuk kreativiti masing2 dengan apa yang kamu lakukan dengan gambar2 tu..

ok client2 tersayang ku sekalian.. SELAMAT MENCUBA!

ps: btw, saya ada post entry ni dekat my FB. so penyertaan yang kat situ pun dikira sah juga:D

Read more...

16 comments:

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Sewaktu kecil.. saya merasakan leteran ibu adalah sesuatu yang menyakitkan telinga.. ibu saya ketika dahulu suka berleter.. tapi dengan leteran itulah dia berjaya menbentuk siapa diri saya sekarang.. dan dia juga berjaya menbentuk anak-anaknya yang lain.. Saya sedar.. dia berleter bukan kerana membenci.. tetapi kerana kasih sayangnya dan ingin menjadikan saya seorang insan berguna.. Tidak seperti babah, ibu saya seorang yang tidak mudah untuk meluahkan rasa sayangnya terhadap anak-anaknya dengan perkataan... tapi setiap apa yang dilakukan untuk kami.. susah payahnya untuk kami dan pengorbanan yang dicurahkan buat kami jelas menunjukkan betapa sayangnya dia kepada kami semua tanpa ada sempadan dan syarat. Ibu seorang yang kuat dan tabah. Dari kecil kami berderet dan serba kekurangan dijaga dan dididiknya dengan sepenuh kudrat dan kasih sayang ... sehinggalah kami semua besar dan rezeki semakin bertambah dalam kehidupan ibu, ibu tetap memastikan anak-anaknyadapat hidup sempurna, sihat dan cukup serba serbi. Itulah ibu.. kasih sayangnya tiada terbatas.. mana mungkin kan dapat dibalas. Terima kasih Ibu.






Emak, seorang wanita tabah dan kuat membesarkan anaknya seramai 10 orang dan mengasihi menantu2nya seperti anak sendiri. Mak suka memberi nasihat.. membuatkan saya menganggapnya seperti mak saya sendiri walaupun bukan dia yang melahirkan saya.. Tapi emak lah yang telah melahirkan seorang insan hebat yang menjadi tempat saya dan Irfan berlindung kini iaitu suami saya. Didikan mak yang baik semasa suami saya kecil jelas memancarkan apa yang ada dalam diri suami saya sekarang. Sya bertuah mempunyai ibu mertua yang sangat penyayang dan memahami diri saya seolah-olah dia sudah mengenali saya sejak dari kecil. Jikalau ada masalah, emak lah tempat saya rujuk dan mak membuat saya ingin terus berusaha menjadi isteri dan ibu yang terbaik. Walaupun kami jarang berjumpa kerana jarak kami yang jauh.. dia di Kuching dan kami di sini, tapi saya selalu rindukan mak.. dan kasih sayang mak terhadap kami saya ingat sampai bila2. Terima kasih Mak.



Itulah 2 orang wanita hebat dalam hidup saya.. satu yang bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan saya.. dan seorang lagi melahirkan suami saya.. Kedua-duanya ibu saya.
Saya sayang mereka. Selamat Hari Ibu buat mereka berdua.


Dan.. bertuahlah kita di dunia ini diberikan kesempatan menjadi ibu. Mari kita didik dan besarkan anak-anak kita dengan sempurna.
Selamat Hari Ibu :-)

Read more...

6 comments:

Friday, May 8, 2009

Toughest days ever!

3 minggu sudah memang agak mencabar buat saya dan Irfan. Kami masih ada lebih kurang seminggu lagi sehingga pernantian ini berakhir.. bagi orang yang seperti saya ini {read:lembik}, kalau berjauhan dengan seseorang yang menjadi sebahagian daripada hidup, memang bagi impak yang agak besar jugak. Mood tiba2 swing, murung, suram dan serba tak kena semuanya.. blog ini pun tak pasal2 terpaksa terima tempiasnya.. saya takde mood langsung lately ni nak mengupdate blog.. apatah lagi meng update cerita2.. kalau adapun gambar yang saya letak.. hanya gambar.. tanpa sebarang cerita.. dengan harapan gambar2 itu dapat berkata-kata sendiri.. saya kekosongan idea..

Tapi Irfan sangat kuat.. dia cuba untuk menahan perasaannya.. tidak nampak sedih walaupun kadang-kadang ada waktu2 saya lihat dia termenung sorang.. senyap tiba2.. especially bila ada dalam kereta.. jika lengkap kami bertiga selalunya.. dialah yang paling bising.. itu memang saya nampak sgt.. tapi anak kecil.. sejauh manalah dia dapat bohong dirinya.. hari itu balik dari bawak dia berjalan-jalan.. sesampai di depan pagar rumah, tiba2 tiada angin tiada apa.. dia menjerit menyebut "Irfan nak Babahhh!!" sambil meraung2 hingga panik saya dibuatnya.. hati mana lah yang tak meruntun tengok keadaan anak yang begitu kan? tapi alhamdulillah.. sehingga saat saya menulis ini.. saya masih mampu menyorokkan kesedihan saya dari dilihatnya.. memang saya tidak mahu dia melihat saya sedih.. sebab saya perlu kuat untuk bertarung dengan perasaan sendiri.. kerana saya perlu gembirakan anak saya semasa ketiadaan orang yang paling rapat dengannya.. agar dia rasa kekosongannya itu terisi..

Saya cuba sibukkan diri saya dengan kerja2 walaupun ada masanya sebenarnya saya tak tahu apa yang saya buat.. tangan saya bekerja.. mata saya melihat.. tapi fikiran saya tidak di situ.. kadang kadang saya tak tahu adakah ini normal pada seseorang yang dalam situasi yang sama dengan saya.. ataupun hanya saya yang terlebih sudah.. ntahlah.. cuma saya rasa sebahagian semangat saya hilang sekejap buat masa 1 bulan ini.. keadaan saya tidaklah teruk sangat sampai makan tak lalu.. mandi tak basah.. tapi ya.. memang tidur saya tak lena.. beberapa hari saya tidur tapi akan terbangun semula dalam pukul 2 atau 3 pagi dan langsung tak dapat nak lelapkan mata.. sudahnya saya bangun tapi tak tau nak buat apa.. kemudian hanya boleh lelapkan mata bila jam sudah pukul 5 lebih.. akibatnya.. beberapa kali juga pada siangnya kepala saya sangat pening.. terhoyong hayang.. dan tekak saya jadi loya..

Dengan Irfan pula saya juga cuba untuk menyibukkan dirinya agar rindu tu tak keterlaluan hingga menyebabkan dia rasa sedih.. saya ketepikan perasaan sedih saya supaya anak saya gembira.. petang2 lepas dia balik sekolah akan saya bawa dia berjalan2, bawa dia ke playground.. makan2 di luar.. dan malam bila dia sudah letih maka dia akan tidur awal.. maka masa untuk dia bermenung2 pun akan kurang. Tapi seminggu ni dia nampaknya agak kurang bersemangat.. pergi sekolah pun tidak bersemangat.. bila nak dihantar kesekolah.. katanya nak duduk rumah dengan mama. tiba2 dia kata rindukan mama padahal hari2 mama dengan dia.. tak tau.. rindukan mama atau rindu kan sapa.. dia sorok lagi.. tapi akhirnya akhir2 ni tersebut dan terkeluar juga perkataan "babah" dari mulutnya.. bila dia suruh kiter tinggal sedikit makanan yang kiter makan "mama tinggallah sikit.. habis tu babah nak makan apa nanti?" bila diminta kita dukungnya "mama.. boleh lah dukung macam tu.. babah dukung irfan hari tu tak jatuh pun" bila diajak keluar "alah.. tunggulah.. nanti babah balik kita takde macamana" bila diajak makan diluar "ala.. kejap lagi babah balik babah belilah makanan untuk kita" dan yang paling tragis bila hendak tidur soalannya "mama, mama ingat tak muka babah macamana? Irfan dah lupalah"

Memang telefon ada.. internet pun ada.. tapi manalah kan sama dengan badan yang betul2 ada di sisi kan? saya sangat kagum dengan para ibu dan isteri yang tinggal berjauhan dengan suaminya.. tetapi sungguh kuat.. ada tu yang sebulan sekali baru dapat berjumpa.. mana menghitung diri sendiri.. anak lagi.. memang pengorbanan yang tiada tandingan.. Untuk seminggu lagi saya akan teruskan kesabaran dan kekuatan saya ini agar anak saya dapat merasa dan melalui hari-hari seperti biasa walaupun orang yang dirindui tiada disisinya.. saya akan terus mengukirkan senyum untuknya dan tidak akan saya benarkan dia melihat kekusutan dan kesedihan yang ada dalam hati saya. Saya akan tetap buat dia gembira. Allah permudahkanlah...

Dan pada Hari Ibu tahun ini.. tiada orang yang akan memberikan saya kek seperti tahun2 sebelumnya.. tidak mengapa.. saya tahu tanpa itu semua pun mereka berdua tetap menghargai saya.. Dan insyaAllah saya akan berada dengan Ibu saya pada hari itu dan juga akan terus menghargainya. Petang tadi masa ambil Irfan dari school.. dia menyerahkan ini kepada saya.. satu kad yang dibuatnya di sekolah.. perasaan saya? priceless!! :-) Terima kasih Irfan. :-) Mama suka!




Buat semua ibu di luar sana..
SELAMAT HARI IBU buat semua..
kalianlah insan terhebat!!

Read more...

8 comments:

OUR SPONSORS

Blog Archive

Contact

Phone No : 019-3659274
Yahoo Messenger : zubye
E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Be EOG Fan

Followers

Online Visitors

EOG visitors