Dari sessi dua.






Ini adalah mereka2 yang menceburkan diri dalam Eyes of Grace End Year Promotion yang pernah saya war warkan di sini hari tu.. hehhe.. ini adalah dari 3 slot pertama pada hari Sabtu lepas. Alhamdulillah semua berjalan lancar selepas saya membuat sedikit pindaan ke atas jadual sebab kena shoot pagi memandangkan petang2 sekarang hujan. Selepas 3 slot ni.. 5 slot lagi bersambung pada pagi Ahad keesokan harinya. Yang tu nanti saya akan upload kemudian k!
Buat mereka semua yang telah menjayakan Promo hari tu terima kasih daun keladi diucapkan :-)
The two love birds, Nauli and Mr. Hubby
Kawanku, jiranku, clientku.. Muni & Family :-)
Keluarga Liz yang sungguh maniss.. adik manisss...

Sessi ke empatnya bersama Eyes of Grace :-)
Seperti sessi2 sebelumnya.. Hannah tetap dengan wajah selambanya.. senyum dan ketawa sangat mahal untuk dipertontonkan.. hanya yang kelihatan jelingan tajam dan kerutan di dahi seolah2 sedang memikirkan masalah negara. Itu yang buat saya makin lama makin geram dengan dia ni..
Dan sebab tu juga saya riang tidak terkata bila nak last2 sessi tu baru saya dapat capture senyum dan tawanya itupun setelah saya terpaksa berjoget2 canggung di hadapan Hannah di dalam kepanasan di tengah2 hari buta... hehhe..
Terima kasih buat Hannah dan keluarganya. Ada masa, panjang umur, murah rezeki, kiter akan berjumpa lagi InsyaAllah :-)

A glowing mom who is expecting her 2nd child.
bestnyaaa nak dapat baby!!!

"Zubye, as usual..u never let me down..after 5th sessions with u..not only my child grows with u, but my family as well. But all in all, u improved a lot throughout this years. U made other mothers proud :-) Last but not least, we're anticipating for another sessions..probably more to come :-)"
- Safiah; the proud mom of two lovely boys now :-)
Read more...This time the party was held at Saloma Bistro KL. It was a very grand party to a 3 year old daughter; Divania. Just like her name, she was just like a "diva" that day, like a star, sparkling and shining tru out the nite.
Overall, the party was a blast one, full with laughters and sporting guests and kids. Started with a very touching slideshow about Divania since baby till now, there were also dancing show, clown and balloons everywhere, magic show and the most unforgettable one.. the surprise appeareance of Mickey Mouse. As Divania is a great fan of Mr Mickey Mouse, I believe this must be her most happiest moment in her life.
Thank you to her mother; Uma and family to let me be the one to capture the party. It was a pleasure to have the opportunity to work with you and family. Irfan also had a great time meeting with new friends and to be a part of the games and party. Looking forward to meet you again. Thanks!!!
Hope you like the sneak peek *wink*







Hati sangat tersentuh melihat gambar2 ini.. Bergenang air mata ketika saya memilih gambar tadi.. Dapat merasa suatu nadi berdenyut di dalam rahim.. tendangan manja si comel.. degupan jantung suatu lagi kehidupan di alam "sana" adalah pengalaman yang susah untuk diungkapkan dengan kata2. Lengkaplah kehidupan seorang wanita :-)
Saya harap mudah mudahan.. kepada setiap mata yang melihat gambar2 ini, juga tersentuh hatinya dan moga2 kalian dapat merasai apa yang saya ingin cuba paparkan.. Tiada apa yang lebih bahagia buat diri saya selain dapat membuat orang lain bahagia..
Buat Dayana yang kini sedang menanti saat kelahiran.. akak doakan semoga semuanya berjalan lancar insyaAllah.. Selamat menempuh alam keibuan :-)
Buat semua, enjoy the slideshow!







Dear Adam,
Waktu mula2 kita bertentang mata, Adam melihat Auntie macam Auntie datang dari planet lain... Adam tak senyum .. Adam tak nangis.. Adam tak takut ... tapi Adam tenung Auntie lama sampai Auntie pun naik gabra dan shy2 cat dengan tenungan Adam tu.. tapi Auntie terpaksa buat tak tau lalu meneruskan tugas Auntie untuk mengambil gambar Adam. Adam hanya duduk kaku atas rusa comel Adam tu.. padahal mama Adam kata selalunya Adam akan terlompat2 keriangan atas tu.. tapi hari itu Adam sangat senyap..
Muka badut demi badut yang auntie buat untuk menarik perhatian Adam pun tak jalan nampaknya... Adam tetap terus merenung auntie.. lalu Auntie pun tak tau dah nak buat apa.. lantas tiba2 dapat idea.. auntie pun melompat depan Adam dengan harapan auntie tak jatuh kedebuk macamnangka busuk depan Adam... Tiba2 keluar tawa yang sangat kuat dari Adam.. Oh.. begitu rupanya... barulah auntie tau.. maka sessi kiter hari tu penuh dengan loncatan auntie ajer.. begitu geli hati nampaknya Adam melihat Auntie meloncat.. Tapi adakah Adam tau betapa Auntie semput waktu tu.. dan sangat risau gambar nanti tak sharp.. mana taknya... kena melompat dalam masa yang sama kena snap muka Adam yang tengah gelakkan Auntie.... heheh tapi takpe.. Auntie rela lakukan itu semua demi Adam tercayang.. hehehhe..
Auntie harap Adam dan family suka dengan gambar2 ni.. Auntie sangat suka dapat meluangkan masa dengan kalian hari tu.. Moga bila Adam besar nanti ada sesuatu yang mama Adam boleh tunjukkan kepada Adam untuk Adam mengingat kembali zaman kanak2 Adam yang begitu indah :-)
0 comments:
Post a Comment