Tuesday, January 19, 2010

Hari ini saya demam

Pagi tadi bangun tido tekak rasa perit amat sampai tak boleh nak telan air liur. Sah! sah! nak kena demam.. saya berkata2 dalam hati.. petang sebelumnya saya mengalami satu serangan pening kepala, sakit belakang, dan sukar bernafas secara tiba2 (saya tak mahu bagitau saya terasa nak muntah2 juga.. takut ada yang tanya pulak.. ada berita gembira kee...?) Lalu semalam ntah berapa bijik panadol sudah saya telan. hilangnya sekejap.. tapi sakitnya lama. Saya tak boleh stop. tak boleh stop buat keja walaupun saya ngadu kat suami dia suruh saya berehat.. tapi saya hanya ngadu2 manja jer.. nak ikut cakapnya..? hehhe dalam keadaan keja yang menimbun2 maka semalam saya terpaksa tidak akur dengan katanya. Harap tak berdosa.

Beberapa hari sebelum tu.. anak saya muntah2. bila tengah2 malam saya dikejutkan.. katanya.. " mama susah betul lah Irfan nak tido.. idung susah nafas niii.. tolonglaa mama" sambil menggoyang2 badan saya yang kalau dah tido memang susah nak bangun. mula2 saya jawab " Irfan ngigau ni.. dah! dah! tido balik" kejam kan?.. sian anak saya.. tapi dia menjawab " mana ada ngigau.. irfan punya hidung tersumbat nih" lalu saya pun menyapu vicks di dada.. di tapak kaki dah di lubang hidungnya.. tapak tangan pun saya sapukan.. saya pun tak tau apa motif saya sapu kat tapak tangan. Setelah di sapu katanya.. "tinggikan sikit kepala irfan ni mama.. susah irfan nak nafas ni".. yelah2.. ye lah.. jawab saya. "dah tido. jangan ngigau lagi" saya rasa saya ucapkan tu dalam keadaan separuh sedar.

Hari ni idung saya pulak tersumbat. aduhh saya tiba2 rasa takut nak tido malam.. sure siksa rasa bila tengah syok tido.. tengah mimpi best2 tiba2 siaran mimpi tergendala pulak sebab susah nak bernafas.. Hah hamik.. hari tu kata irfan ngigau.. sekarang budak yang saya ingat dia ngigau beberapa malam lalu dah enak tido.. saya pulak dengan tekak yang sakit.. badan kejap2 panas kejap suam.. dah minum air suam bergelen2.. tak boleh tido2 lagi. Tak.. saya tak komplen.. asyik sihat je.. sekali sekala sakit2 best juga. Semoga saya belajar jadik orang lebih bersabar selepas ini. Amin.

ekekke... ok2.. dah gi tido!

Baiklah! tak best pula kalau tulis blog takde gambar. Ok.. gambar di bawah adalah suspek utama yang menyebarkan virus hidung tersumbat di rumah ini. tu.. saya dah dengar dah tu suami saya dok syrott.. syrott je tu.. sah! sah! Dia mangsa ke tiga.



nota kaki : gambar ni di ambil masa hari kejadian dia muntah2 tu.. dapat kuar rumah gi taman.. terus lupa pasal sakit perut dan muntah dia :p

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors