Wednesday, January 20, 2010

Saya mesti cergas! Saya mesti cergas!



Saya mesti cargas! Sebab bila dijadualkan untuk mengambil gambar kanak2 yang sebaya active boy ini kebarangkalian untuk dapat action pegun sahaja adalah 20 nisbah 1. Saya mesti fit supaya saya tak sangkut2 bila berlari, mengejar mahupun di ajak lumba lari oleh client2 comel saya. Mereka2 seperti ini mendemandkan saya mempunyai skil 'ke fit tan' yang tiada tandingan. macam gambar ni contohnya saya ambil ketika matahari tegak di atas kepala. oh sungguh menguji tahap kehausan. Huhuhu.. Oh!! saya mesti cergas!

Sebenarnya salah satu azam tahun baru saya adalah untuk hari2 bersenam untuk mengkalkan tahap kecergasan saya.. sekarang dah 20 hari dah tahun baru.. tapi satu senaman pun saya tak buat lagi.. konon2 angannya nak buat aerobik kat dalam umah.. saya ada 5 CD!! ye 5 CD work out from home oleh Kathy Smith, Denise Austin, hatta CD aerobic Paula Abdul pun saya ada.. saya beli dan menggunakannya sepenuhnyaaa dulu.. masa baru2 kawen dulu masa dok Kinrara tiap2 habis keja saya balik umah pasang CD kuat2 dan berjoget2 lah saya ikut instructor dalam CD tu.. tu dulu masa baru2 kawen saya tengok berat saya tiba2 ya ampun naik mendadak.. jadik saya pun menggelabah beli segala CD dan buat workout di rumah.

Sekarang saya tak rajin dah nak buat.. bukan sebab saya dah kurus.. tapi yang menjadi alasan ialah saya dah ada anak.. susah nak buat aerobik lagi dah. Dengan macam byk perkara yang hendak dikendalikan di rumah. Kesian anak saya menjadi alasan.. Takpe.. lepas baik demam ni.. saya akan cuba merealisasikan cita2 murni saya itu.. bukan kerana saya nak kurus.. tapi kerana saya nak cergas! ye cergas! sebab kerja saya memerlukan saya keep fit! Chaiyok2 kepada saya!

Sekarang ni demam lagi. Oh.. sangatlah tidak cergas. Doakan saya cepat sembuh ye! Tq!





Oh ya.. pekerjaan ini juga memerlukan saya mempunyai daya tahan panas yang tinggi. Oleh kerana itu kulit saya tidak henti2 terbakar. Saya ingin memohon jasa baik pihak puan2 yang membaca ini untuk mengesyorkan saya apakah product skin care sun block yang bagus sekali? Jangan cadangkan saya banana boat sudaaa!! Sekarang bila melihat ke cermin, saya rasa "hitam itu tidak lagi menawan" uhuk uhuk uhuk...

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors