Sunday, February 21, 2010

A THANK YOU note.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi menghadirkan diri ke Klinik Portrait Kanak-kanak siang tadi. Terima kasih di atas kepercayaan itu. Besar betul harapan saya agar semuanya dapat memanfaatkan segala ilmu2 yang telah dikongsi bersama2 tadi. Sekurangnya2 saya harap ada improvement kepada hasil2 gambar kita selepas ini insyaAllah. Ingatlah, gambar yang bagus bukan sahaja cantik di mata tetapi terkesan di hati:-) Prektis! prektis! prektis! ok :-). InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di lain masa :-)Saya harap semua gembira tadi.

Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu www.duniafotografi.com kerana menganjurkan Klinik ini dan menjemput saya sebagai tenaga pengajar jemputan. Ini kali kedua saya dan DF bekerjasama dan insyaAllah akan ada lagi aktiviti2 seperti ini di masa2 akan datang.



Tak lupa terima kasih buat para2 model kita yang cute siang tadi yang telah memberikan kerjasama dan cabaran yang berbeza2 kepada kita. Terima kasih jugak kepada parents mereka kerana membenarkan saya import sekejap model2 ini :-)

Adelia.


Ariana


Alisya


Irfan. Sorry Fan.. ni je gambar Irfan yang mama amik tadi rupanya :p


Dan model simpanan.. Arash!


Akhir sekali, saya harap antara kita tak ada segan silu untuk berkongsi hasil gambar yang telah diperolehi tadi. Jangan lupa upload di forum DF k! InsyaAllah saya akan cuba luangkan masa memberi pandangan yang membina :-)

Buat yang tidak berkesempatan untuk join tadi, kalau ada yang berminat,InsyaAllah saya akan buat lagi kelas2 seperti ini di masa akan datang :-)Saya minta maaf kepada yang sms dan msg saya yang last minit nak join tapi saya terpaksa restrict kepada bilangan tertentu saja.. Saya pasti buat lagi k!

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors