Monday, August 2, 2010

Be Genuine with your work | Kuala Lumpur Malaysia Children Photographer

A copycat or truly inspired? which one is you?

Sebelum tu saya nak bagitau yang saya tulis di sini tidak ada kena mengena dengan sesiapa.. cuma terlintas di fikiran dengan senario yang kadang2 terpampang di depan mata.

Ada mempunyai inspirasi? Saya ada. Malah inspirasi itu saya letakkan sebagai idola. Tidak salah mempunyai inspirasi.. meletakkan seseorang untuk rujukan melihat sejauh mana pencapaian kita.. dan bagaimana hasil kerja kita. Malah photographer2 yang sudah besar namanya pun masih perlu berinspirasi.. bohong kalau dikatakan mereka tidak pernah menggilai hasil photography orang lain.. bohong kalau mereka kata mereka tiada letak bookmark langsung pada photographer2 yang saban hari di lawat blog nya. Sekali lagi tidak salah.

Tetapi, mana letak duduk diri kita? tidak kira samada sebagai photographer, fashion designer atau apa sahaja pekerjaan kita.. adakah kita telus membezakan antara inspirasi dengan 'copycat'.

Mempunyai inspirasi sepatutnya memberikan kita ruang untuk berkarya dengan daya kreativiti kita sendiri.. imaginasi dan usaha yang tidak pernah putus.. saya beri dua situasi:

1- Kita melihat dan sangat menggemari hasil photo seseorang (dalam kes ni saya letakkan pekerjaannya sebagai photographer). Kita memujinya dan kagum dengannya.. kita menjadikan dia sumber inspirasi.. tetapi kita tidak mahu gambar2 kita sama sepertinya.. kita usaha dan meletakkan dia sebagai benchmark agar kita dapat mencipta identiti dan style kita yang tersendiri. Kita suka dengan photonya.. kita mahu photo2 kita pun berjiwa, color yang cantik, bernyawa, sharp sepertinya tetapi kita mahu melalui apa yang kita lihat daripada gambar2nya itu dapat menghasilkan gambar kita yang juga bernyawa, colour yang cantik sharp sepertinya tetapi dengan cara kita sendiri dan usaha kita mengasah idea tanpa jemu sehingga dalam hati kita mahu gambar2 kita setanding dengannya. Ingat ye.. setanding. Bukan sama ataupun sebijik :-)

Situasi dua.

2- Kita suka jugak melihat hasil kerja photographer yang seorang ini. Kita suka idea2nya. kita cedok ideanya satu persatu lalu kita prektikkan pula terhadap subjek kita. Kita tanya dia di mana dia shoot lalu kita pun pergi ke tempat yang sama.. kita lihat dia menggunakan prop itu lalu kita terus email padanya tanpa mengenalkan sapa diri kita terus sahaja bertanya dimana kita boleh mendapatkan prop seperti itu.. sedangkan sumber inspirasi kita tadi membuat research, berusaha, pergi scouting location, buat exercise tetapi kita dengan jalan singkat terus sahaja bertanya.. bertanya itu tidak mengapa tetapi bertanya dengan tidak mengenalkan siapa diri kita.. kenapa kita bertanya itu kepadanya, adakah kita juga photographer.. atau hanya sebagai hobi.. sebab saya yakin jika kena gayanya.. usahkan perkara2 itu sahaja yang akan diberitahunya.. malah kalau betul niat kita dan ada budi bahasa.. teknik2 dan rahsianya juga tetap akan dikongsi.. sumber inspirasi kita juga manusia.. dia juga mahu kenal dengan siapa dia berinteraksi, ingin membuat kawan, lebih2 lagi jika dalam bidang yang sama sekurang2nya menyatakan terima kasihnya kerana kita meletakkan dia sebagai sumber inspirasi kita.. ok sambung tajuk tadi.. selepas kita memperolehi prop dan melihat gambar2nya.. kita bawa pula subjek kita ketempat yang sama, menggunakan prop yang sama sebijik seperti yang sumber inspirasi kita tadi.. malah lebih parah, kita meniru sebulat-bulatnya setiap pose, idea, dan angle yang dibuat oleh sumber inspirasi kita tadi lalu terhasil lah gambar kita yang kita rasa lebih kurang sama dengannya.. Kita lupa pada keutamaan mencipta identiti sendiri ketika kita mengambil gambar.. kita tiru bulat2 style sumber inspirasi kita tadi bukan menjadikan dia sebagai benchmark dan tempat kita membentuk identiti kita sendiri. tetapi kita bangga dengan hasil gambar kita tadi.. wah aku sudah sehebat sumber inspirasiku. dan.. apabila kita sudah tidak dapat membendung keinginan untuk sama seperti sumber inspirasi itu.. dengan logo dan watermark sekali pun kita buat tidak ubah sepertinya. Tragis bukan?

Yang mana satu anda? No 1 atau pun 2? Tidak kira siapapun sumber inspirasi anda, dari dalam mahupun luar negara, sekali anda memilih pekerjaan untuk menjadi photographer, bentuklah diri anda yang sebenar.. hasilkanlah identiti yang tulen .. biasakanlah mengasah minda dan kreativiti anda sendiri.. biarlah tidak sama.. tidak sehebat sumber inspirasi anda itu.. biarlah lambat anda memperolehnya.. tetapi anda akan berasa puas bila satu hari anda di kemuncak kerjaya, anda tahu anda telah melaluinya dengan setiap keringat dan titik peluh sampai tidak boleh tidur malam memikirkan idea untuk mencipta style anda sendiri. Anda lebih menghargai perjalanan seni anda kerana ianya datang dari penat lelah anda sendiri bukan dari menceduk kreativiti orang lain untuk berjaya dalam masa yang singkat. Betul inspirasi adalah penting tatkala fikiran buntu .. ia akan menjadi 'spark' dalam kepala kita sendiri untuk mencipta suatu yang baru. Itulah maksud saya.

Pada si sumber inspirasi.. apabila dia melihat gambar2 anda tidak ubah seperti gambarnya.. mula2 sekali dia akan berkata.. oh kebetulan.. tak mengapalah.. mungkin sama2 fikir benda yang sama.. kali kedua dia melihatnya.. oh.. mungkin dia menjadikan aku sebagai sumber inspirasinya.. alhamdulillah ada juga org yang ingin berinspirasikan aku.. tetapi kali ketiga bila dia melihat perkara yang sama.. walaupun sudah berteka teki di kepalanya tetapi dia masih mengatakan mungkin dari idea2 aku nanti dia dapat mencipta style dia sendiri... kali keempat kelima seterusnya kesepuluh dia melalui situasi yang sama.. lalu terdetiklah di hatinya.. adakah aku benar2 sumber inspirasinya.. ataupun aku hanyalah mangsa copycat nya untuk dia mencipta nama?


jadi kawan2, tidak kira apapun pekerjaan anda..

Please be genuine with your work. or At least be HONEST to yourself. sebab hanya diri kita sendiri sahaja yang tahu apa yang kita lakukan. :-) Berinspirasi lah dengan jujur!

Oklah.. oleh kerana saya tidak boleh post tanpa gambar, di sini saya sertakan satu gambar yang didalamnya merupakan sumber inspirasi saya.. setiap pergerakan, percakapan, keletah dan mood nya sehari2 merupakan inspirasi spontan buat saya untuk mengembangkan lagi kreativiti yang ada. semoga dia sentiasa ada di sisi saya untuk lebih kreatif saya ber idea.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors