Thursday, September 30, 2010

Double celebration | Kuala Lumpur Malaysia Birthday Photographer

Alahai lama jugak rasanya saya membiarkan blog ini terbiar tanpa sebarang update. Minta maaf untuk semua kalau ada yang melawat tapi tiada sebarang update.

Buat yang beragama Islam, harap tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Sebenarnya takde any specific reason pun for not updating this blog. Cuma masalah utama adalah MASA. Alhamdulillah, lately ni banyak juga yang booking untuk ambil gambar birthday party. Saya suka menghadiri birthday party sebab saya suka melihat kreativiti ibu atau ayah yang menjayakan majlis untuk anak2 mereka. syukur, dengan pekerjaan ini saya berpeluang untuk menyaksikan dan merakam detik2 gembira itu. Antara tema birthday party yang sempat saya rakam akhir2 ni adalahparty yang ini; Pirates & Princess Party, Little Red Riding Hood, Cowboy Girls, Chochoo Train for a 1 year old boy dan beberapa majlis lagi yang malangnya tidak sempat2 lagi untuk saya kongsi kegembiraannya di sini lagi. Oh.. saya cuba.. saya cuba.. insyaAllah.

Sebenarnya saya dah kenalpasti apa yang membuatkan sangat sukar untuk update blog ni hehhe..

1- Masalah saya yang sama dari dulu adalah untuk memilih gambar2 untuk diletakkan di sini. selalunya terlalu banyakkk yang saya pilih tapi last2 satu pun saya tak upload. nak pilih gambar pun dah makan masa. hehehhe.
2- Kemudahan Facebook. Sekarang saya banyak update sekeping dua gambar di FB dahulu kerana prosesnya lebih cepat dan mudah.
3- Process mengupload gambar yang memakan masa yang lama.. lepas upload di Flickr, saya kena amik linknya dan upload di blogger pula.. lepas tu saya kena betulkan pula codingnya.
4- Masa yang diperuntukkan sebagai photographer, ibu dan isteri memerlukan pengorbanan yang lebih. Kadang2 bila saya tengah nak upload, anak saya menjerit2 memerlukan saya. Maka apabila diberi 2 pilihan tu, sudah pasti saya akan memilih dia.
5- Himpunan gambar2 untuk diedit sudah memakan banyak masa. Saya mendahulukan kerja2 edit dan album untuk client siap dahulu. Lepas siap satu client, ada lagi yang bersusun untuk dilakukan process yang sama. Sudahnya, allocation masa untuk update pun kurang. lepas edit nak kena buat keja lain jugak, makanya tertangguhlah sessi mengupdate blog. hehhehe..

Saya bukan sengaja mencipta alasan. tapi itulah sebenarnya rutin harian saya. Untuk update entry yang ini pun, semalam saya hanya tidur sesudah subuh sebab saya settlekan dulu satu album client, lepas tu saya tunggu pulak lah broadband ni mengupload gambar2 ni ke flickr, yang tahap kelajuannya adalah sangat menyedihkan. :-(

Oklah cukup bercerita tentang itu. Di sini saya nak kongsi satu majlis harijadi yang saya capture beberapa bulan lepas.. hehhehe.. buat Arissa dan Aariz double celebration. CD dan albumnya sudah diserahkan lama.. cuma hehhe tak berpeluang upload di blog.

Mama mereka telah membuat 2 theme yang berbeza untuk mereka berdua. Aariz pirate party, manakala Arissa pula Princess party. Ini kali ketiga saya bekerja dengan mereka dan nampaknya kanak2 ni pun sudah biasa dan tidak kekok dengan saya. Saya harap semua dapat merasa keseronokan yang sama melihat gambar2 ini ya.

Till then. Take care!















Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors