Friday, November 5, 2010

A Darling Angel | Kuala Lumpur Malaysia Newborn Photographer

Seperti yang dijanjikan, ini dia gambar-gambar Sofia Aliyah yang dapat saya ambil hari tu.. Ini kali kedua saya datang ke rumahnya setelah kali pertama sessi terpaksa ditunda kerana keadaan di dalam rumah yang agak gelap dan tidak cukup cahaya kerana hari hujan. Dan ini juga kali pertama saya ambil gambar newborn yang kebanyakannya di ambil di luar rumah. Nampaknya dia memang teruja dengan keadaan sekelilingnya sehingga tidak mahu langsung tidur dan memejamkan mata :-) Walaupun dalam keadaan jaga, Sofia sungguh baik dan tidak meragam pun.





Alhamdulillah, sekarang saya sudah mempunyai pembantu yang setia untuk meneman saya setiap kali berphotoshoot newborn. Tidak lain, iaitu suami saya. Mudah bila ada yang membantu.. terutamanya bila ingin mendapatkan pose yang sesuai. Apatah lagi pose baby hanging in the cocoon tu.. memang tidak mampu saya untuk buat sorang2 :-) Thanks to DH. We always look forward to work together for other newborns photoshoots, and we will have one this coming Sunday insyaAllah.

Terima kasih juga untuk Shila sekeluarga kerana memberi peluang kepada EOG merakamkan hari2 terawal Sofia di muka bumi ini. Terima kasih di atas kepercayaan itu. Saya mahu jumpa Sofia lagi! :-)

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors