Friday, October 29, 2010

Chasing FANTASY | Kuala Lumpur Malaysia Children Photographer


Introducing our new EOG Kids Outdoor Portrait Package. :-)

"Chasing Fantasy."

This package includes :

+ Minimum 1 hour outdoor portrait session
+ Softcopy of pictures in a CD
+ 1 (one) 18 x 24 inches canvas print of your favorite image
+ Costume & Accessories of your child's favorite character for rent ( We have moreee than 20 characters to be choosen )
+ FREE consultation on ideas & concept. ~ oh! I loveee this part.

EMAIL me at eyesofgrace@gmail.com to get the full price of the package. OR call me at 019-3659274 so that we can discuss and talkkkk further bout your children fantasy!




Kanak-kanak dan fantasi memang tidak boleh dipisahkan.. mereka mempunyai imaginasi sendiri tentang sesuatu yang kadangkala tidak terjangkau oleh fikiran orang dewasa.

Idea ni datang sebenarnya secara tak sengaja apabila saya dan anak menghabiskan masa bersama menonton DVD cerita2 kesukaannya di rumah beberapa bulan yang lepas. Waktu tu.. dalam satu masa, habis beberapa DVD kami tonton. Dari cerita Harry Potter ke cerita Peter Pan, kemudian tonton pula cerita Alice in Wonderland, dan Bridge to Terabithia. Dan apabila sampai turn untuk ke cerita LOTR, timbullah ilham apabila anak saya kata dia ingin menjadi Raja puak Gondor iaitu Aragorn sambil melakonkan gaya dia melawan Orc dan Urukhai. Kebetulan suami merupakan peminat fanatik cerita itu , saya pun terbayang2 mungkin saya boleh merealisasikan fantasi anak saya itu melalui gambar. Maka terhasillah gambar2 ini.. mungkin tempatnya tak secantik gunung ganang di New Zealand seperti di dalam penggambaran cerita itu.. mungkin tidak lengkap dengan kudanya.. pakaiannya pun tidak lengkap seperti seorang raja.. tapi saya sangat seronok dan berpuas hati kerana dapat sekurang2nya merealisasikan keinginan anak saya itu dan ada kenangan untuknya bila besar nanti. Di tepi highway kami parking kereta dan di atas bukit tepi highway itu kami ambil gambar2 ini. Yang paling penting kami bertiga sangat gembira melayan imaginasinya :-) dan dapat menghabiskan masa berkualiti bersama2.

Setelah gambarnya diambil, maka datang pula ilham untuk menjadikan ini sebagai salah satu pakej fotografi EOG yang baru. Dan terhasillah "Chasing FANTASY". Satu pakej yang mungkin dapat merealisasikan apa sahaja fantasi anak2 anda. Be it their favorite princess, prince or any of their fav charactors in movies or fairy tale or anything! Saya akan cuba memberi idea tentang apa yang tergambar dalam imaginasi mereka. Termasuklah dari segi props, lokasi dan costume!

Kalau ada yang berminat, sila email saya di eyesofgrace@gmail.com untuk mendapat butiran lanjut.









Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors