Friday, November 5, 2010

Fruitee Sunday | Kuala Lumpur Malaysia Family Photographer

Selalunya, bila hari hujan, kami akan menangguhkan sessi outdoor photoshoot ke hari yang lain atau petang hari yang sama. Tapi memandangkan petang hari itu saya mempunyai satu sessi yang lain dan lambat pula akan ada slot kosong pada hari yang lain, maka saya ingin teruskan juga sessi yang ini.

Sepatutnya kami mula pada jam 8.30 pagi, tapi kerana hujan kami tunggu sehingga pukul 10.30 pagi. Mujurlah mereka ada rumah kakak berhampiran dengan kawasan ni, jadi mereka ke sana sementara menunggu hujan berhenti. Sementara saya dan suami pula menikmati teh tarik dan nasik lemak di kedai berhampiran. :-)

Semua orang setuju bila dikatakan ambil gambar sesudah hujan sangat cantik. Dengan suasana yang cukup redup dan sejuk juga berangin pada hari tu membuatkan saya cukup teruja dan seronok sekali mengambil gambar keluarga ini. Lebih-lebih lagi mereka yang cukup sporting membawa setiap barang2 kelengkapan, pelbagai jenis buah-buahan dan bunga segar buat menaikkan lagi konsep piknik dan 'introduction to fruits' yang kami visualkan seminggu sebelum sessi ini.

Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang diinginkan, cuma Miss Photographer nya agak lencun satu badan kerana duduk, melutut dan kadangakala meniarap di atas rumput yang basah ketika itu. Heee... Mujurlah tidak becak. Sampai tertidur tidur juga lah baby Hannah di akhir sessi. Mungkin sungguh nikmat dan nyaman udara pagi itu. :-)



Terima kasih buat Habibah dan keluarga di atas kesempatan ini. Harap suka semua gambar2 dalam CD tu ye. Looking forward to see you again!

Till next entry.

Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors