Tuesday, November 9, 2010

Picnic with the best buddies | Kuala Lumpur Malaysia Children Photographer

Picnic with the best Buddies.. and ohh.. with the squirrel too! :-)

Alhamdulillah... membesar dengan sempurna kanak-kanak bertiga ni.. Sufi dan Seri.. anak kepada salah seorang kawan baik saya ketika di sekolah menengah dulu.. sekarang, selepas 15 tahun habis sekolah.. kami tetap berkawan baik, malah sekarang tinggal berjiran pun.. Anak-anak ini juga merupakan sambungan persahabatan antara kami. Mereka dulu bersekolah tadika yang sama, tapi yang kakak tahun depan dah nak masuk darjah satu.. Oleh kerana kami tinggal dekat jadi memang selalu dapat keluar bersama2.. menonton wayang.. makan2.. shopping2.. cuci2 mata.. :-) dan hari tu mereka piknik makan donut dan roti pula.

I have a project for the little boy actually. Saya ingin merakamkan kisah2 dia dengan rakan2 yang rapat dengannya. Jadi biarlah saya rakam sejak dia kecil ni.. takut dah besar segan pula nak bergambar sama2.. heheheh.. Ada lagi beberapa projek dengan kawan-kawannya yang lain yang sedang dalam perancangan. InsyaAllah tak lama lagi saya ambil.. seronok sebenarnya kan rancang sesuatu untuk budak2.. kita pun turut jadi budak2 sama.. Teringat waktu membeli barang2 untuk piknik ini.. seronok.. petang ambil gambar, pagi tu saya dan ibu mereka menjelajah seluruh Bangi untuk mendapatkan bahan2 yang diperlukan.. hehhe.. kami merancang untuk beli cupcakes sebenarnya, tapi mostly kedai mahukan tempahan lebih awal.. bila saya masuk satu kedai, ternampak pulak kuih donut, barulah datang idea.. why not we just buy Big Apple instead? so.. menciputlah pula kami mengejar masa ke Alamanda.

Saya harap bila besar nanti dia pandai menghargai kawan-kawannya, boleh diharap dan dipercayai, sentiasa ada untuk kawan-kawannya bila susah dan senang insyaAllah.

Ok viewers do enjoy the pictures ya!






Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors