Friday, October 22, 2010

Topi Mr Bean




Baru kejap tadi, sewaktu saya agak sibuk mengedit gambar, Irfan panggil
" Mama, ambik gambar Irfan, Mama."

Saya suruh dia tunggu sekejap sebab saya nak siapkan kerja dahulu.. tapi bila dia cakap
" Pleasee mama pleaseee. Irfan nak ambik gambar pakai topi Mr Bean."

Dengan agak confuse saya pun tanya topi Mr Bean tu apa. Lalu, dia pun ambil surat khabar, dilipat2.. dan jadilah topi Mr Bean ciptaannya. Tak pernah pulak saya tahu Mr Bean ada pakai topi macam tu. Takpelah, saya rasa itu idea yang menarik dari Irfan sendiri untuk dirakamkan. Mungkin hari ni saja dia akan ingat tentang topi itu. Esok lusa tidak lagi. Jadi rasa rugi pulak kalau tak ambil gambar seperti kehendaknya.

Lalu, saya meninggalkan kerja sekejap dan saya pun melayan si kecil ini bergambar. Tidak lama manapun dalam 5 minit ajer.. :-) Saya memang memperuntukkan masa sekali sehari untuk mengambil gambarnya. Saya percaya.. apa yang berlaku itu kadang2 hanya sekelip mata.. dan kalau boleh saya tidak mahu terlepas peluang. Andai ada peluang, saya akan merakamkannya. Tidak saya nafikan, adakala saya perlu memerah idea.. dan kreativiti dan mengambil gambarnya mengikut konsep photoshoot yang saya angankan untuk dia.. setting cantik2.. pakaikan dia baju lawa2.. letakkan dia di tempat atau lokasi yang saya mahukan, tapi dalam masa yang sama saya juga rasa kesempatan yang ada bersama 24 jam dengannya merupakan peluang keemasan untuk saya mengambil gambarnya pada bila2 masa yang saya mahu. Saya tidak perlu menunggu the perfect time to capture his portrait. Sering saya terlupa, dalam keterujaan saya mempersiapkan segalanya untuk ambil gambar yang 'perfect' untuknya, sebenarnya peluang itu sentiasa sahaja ada di depan mata.. kadang2 yang tidak saya sedari.. sewaktu dia di dalam rumah, ataupun ketika meneman saya di office, ketika dia merenung ke luar tingkap, ketika dia kebosanan menunggu sesuatu, ketika dia asyik di dalam bilik tidur bersama mainannya, ketika dia mendengar lagu sambil berjoget ria, peluang itu sentiasa terbuka sebenarnya.. cuma saya sendiri perlu mengolahnya dengan menggunakan daya kreativiti saya sendiri.. supaya gambar yang dihasilkan itu bukan setakat gambar harian yang biasa-biasa.. tetapi juga dapat dijadikan koleksi portraitnya yang cantik2. Adakala gambar yang kita ambil tanpa planning yang cukup, dan gambar secara spontan pun boleh menghasilkan portrait yang cantik, bukan setakat gambar yang kosong. Yang penting ianya cukup bermakna buat kami berdua dan ada keseronokan yang dapat kami lakukan bersama-sama.

Hari-hari saya di ofis ini memang bertemankan dia sahaja. Jadi memang 24 jam dia adalah kawan saya. kadang2 saya tak nafikan, pening kepala juga nak melayan kerenahnya, dengan kerja kita yang banyak.. tapi dalam masa yang sama dia pula menuntut perhatian dari kita. tapi selagi terdaya saya cuba untuk melakukan yang terbaik untuknya, supaya dia tahu walau sesibuk mana pun saya, saya sentiasa ada untuknya. Bukan mudah. Kadang2 tersasar juga.. kadang2 bila saya tengah khusyuk buat album... tiba2 dia datang dari bawah meja dan nak duduk atas riba saya. Dan kadang2 pada waktu itu juga lah dia memanggil saya untuk bermain2 dengannya.. waktu itu dia mahukan susu.. waktu idea saya datang mencurah2 untuk design album.. dia pula meminta saya bermain lego dengannya.. nak tak nak termarah juga.. tapi bila fikirkan usia itu hanya sekali sahaja.. 5 tahun hanya sekejap.. jadi saya layan kan juga... saya tinggalkan kerja dan duduk mengadap dia..yang penting dia happy. Taknaklah nanti malam saya menyesal sebab siang tadi saya tidak mahu melayannya. Kanak2.. adakala dia faham bila kita katakan "Nanti sekejap ye sayang. Mama siapkan kerja dulu. Kejap lagi mama main dengan Irfan." Tapi manalah dia tahu sangat.. kadang2 dia mendesak juga. Membesarkan anak memang mudah. Tapi mendidik memerlukan kesabaran yang tinggi. Saya akui.. dia lah sebenarnya yang banyak mengajar saya erti sabar. Terima kasih ye Irfan. Mama akan cuba selagi termampu.

Oklah.. sessi luahan perasaan pulak di petang2 Jumaat ni. Ok selamat berhujung minggu semua! Semoga semua dari kita akan memanfaatkan hujung minggu masing2. Ingatlah keluarga adalah yang terpenting. Luangkan masa untuk mereka.

Jumpa lagi minggu hadapan.

Love,

Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors