Friday, November 5, 2010

Children Photography Tips : Lokasi.



I've shared this post at Facebook before. Just want to share it with my blog viewers here. :-)



It's been a while since I last share about any Kids Photography tips in here or on the blog. Terpanggil untuk berkongsi di sini selepas mendapat beberapa email bertanyakan tentang lokasi photoshoot yang saya ambil baru-baru ini. Quite a long post but I hope you'll find this article useful for you and you can get something from it, either you are a professional photographer or parents who wants to have a beautiful portraits for their children. Feel free to share it with your other friends if you find it helpful. Let me know your feedback . Thanks for reading!


Ada orang yang bertuah dilahirkan mempunyai kuasa mata yang ajaib dapat melihat sesuatu yang orang lain tidak nampak.. dapat memvisualkan sesuatu yang di luar jangkaan.. dapat melihat sesuatu yang istimewa di sebalik perkara yang orang lain rasa ‘biasa-biasa’.. dan dapat pula berkongsi dengan orang lain apa yang dilihat itu.. lantas menimbulkan satu perasaan yang sempurna pada yang melihat. Bersyukur. Perkataan yang amat sesuai andai kita tergolong dalam orang-orang ini.


Ada juga yang asalnya tidak mempunyai kuasa sebegitu. Otaknya tidak dapat memvisualkan suatu yang luar biasa.. matanya tidak cepat menangkap apa yang ada di depan mata.. pandangannya kosong dan tidak mampu mentakrifkan apa yang tersirat mahupun tersurat. Pandangannya biasa-biasa sahaja. Pun bersyukur kerana kita masih mempunyai mata. Anugerah tak ternilai untuk kita melihat.


Bukankah manusia itu dicipta berbeza2? Kita semua unik.


Walau dalam golongan manapun kita tergolong, satu perkara yang semestinya ada dalam diri adalah usaha. Tanpa usaha apapun yang kita mahu, susah hendak menjadi.


Begitu juga waktu ingin mendapatkan lokasi atau tempat untuk kita berphotoshoot. Tidak kira samada kita merupakan golongan professional atau mengambil gambar secara suka2.. kita mesti rajin mencari mencari dan terus mencari sehingga bertemu dengan apa yang kita hendakkan. Tahu apa yang kita hendak.


Dalam mengambil potret kanak2, ia memerlukan kita merakam bukan setakat memek wajah dan expresi tetapi juga setiap aktiviti dan aksi mereka.. bagaimana riangnya mereka berlari.. berkejar kejaran atau mungkin hanya diam berdiri memerhati burung2 terbang. Lalu, pentingkah lokasi itu? Pada saya cukup penting. Melalui lokasi kita dapat merakam mood yang berbeza.. perasaan yang berbeza.. tarikan yang berbeza. Kanak2 memerlukan satu ruang yang luas ataupun satu tempat yang magis (dalam kepala mereka) untuk mereka bebas bergerak, bermain dan berfantasi.. dan ketika itulah kita akan bebas merakam setiap detik perjalanan hidupnya.


Bagaimana mendapatkan lokasi yang sesuai (saya katakan sesuai.saya tidak katakan cantik).. yang mungkin lain dari yang lain.. yang dapat menghasilkan gambar yang cukup bermakna (saya cakap bermakna.saya tidak katakan cantik). Yang hidup. Mudah sahaja. Latih mata kita. Buka minda kita. Buka hati untuk melihat setiap sudut persekitaran kita. Orang-orang yang biasa akan merasakan tepi pintu belakang dapur rumah tidak cantik. Tetapi orang2 yang luar biasa pandangannya merasakan sudut itu cukup elok baginya untuk merakam potret anaknya yang sedang merenung si ibu membasuh kain di belakang rumah.


Apa kuncinya? Satu sahaja. Mudah. Ambil gambar se SIMPLE yang mungkin. Tidak perlulah memasukkan elemen mesin basuh atau baju yang berlambak dibelakangnya dalam satu gambar. Ringkas. Tidak perlu clutter. Tidak kiralah samada pintu itu diperbuat dari kayu jenis apa, jadikan ianya framing untuk gambar kita.. masukkan subject.. ambil gambar.. ikut rules.. break the rules.. gunakan kreativiti. Cuba berulang kali sehingga dapat apa yang kita mahukan. Potret yang baik adalah potret yang simple, dengan latar belakang yang cukup minimal tetapi menonjolkan subjeknya dari segi emosi, aksi, kelakuan dan sebagainya.


Satu lagi.. buka minda kita dan perasaan kita bahawa setiap apa yang ada disekeliling kita adalah bermakna. adalah cantik. Dan latih.. terus latih diri kita .. mata kita untuk melihat kecantikan yang tersorok pada satu2 perkara. Apa yang kita pandang hari2 itu sebagai biasa. Transform kan ia menjadi luar biasa! Tidak ada yang mudah untuk melatih mata kita melihat seni yang tersirat, tetapi apabila hati dan minda kita sudah terbuka, mudah sahaja untuk kita prektikkan.


Ada perkara2 atau tempat2 di luar sana yang kita lihat biasa2 sahaja..orang lain kata tidak cantik “ah! Apalah yang ada di tempat itu! Hanya batu kerikil dan tanah merah yang hanya mengotorkan tangan anak2!” Fikir sekali lagi. Dengan keupayaan kita mem visual dan mentakrif, yang biasa2 itu akan dilihat sungguh luar biasa. Sungguh bermakna sehingga semua orang tidak percaya.. di tempat yang dikatakan biasa2 itu sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi seninya.


Apa lagi. Ya.. RAJIN! Mesti rajin mencari lokasi2 yang baru. Bila sudah ambil gambar satu sessi.. jangan malas membawa kaki untuk sentiasa meneroka alam. Cari lokasi. Kita tak tahu.. kawasan yang sempit2 itu.. mungkin boleh menghasilkan gambar yang bermakna. Yang dicelah2 daun2 mati itu mungkin dapat menarik minat orang yang memandang gambar kita. Usahlah sentiasa mengharapkan orang lain untuk memberitahu kita di mana lokasi yang cantik.. di mana lokasi yang sesuai. Sebaliknya usaha sendiri untuk dapat kan apa yang kita nak. Bila kita berusaha dengan perit dan jerih sendiri.. sudah pasti kita akan lebih berpuas hati dengan hasilnya nanti.


IMAGINE!



“Imagination is more important than knowledge.”


- Albert Enstein.


Setuju? Dalam perkara ini saya sangat setuju. Kita ada pengetahuan tentang apa itu aperture, shutter speed, ISO, dan kita tahu bagaimana mahu relate kan ketiga2 elemen itu, tetapi kita terlalu malas untuk berimaginasi.. kita sekat imaginasi kita.. lalu apa yang terhasil.. adalah potret yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Apa jugak kerja kita, IMAGINASI cukup penting. Dorong otak kita untuk berimaginasi.. contoh imagine.. kalau kita ambil gambar di situ.. mana agaknya tempat yang sesuai untuk meletakkan subjek.. contohnya.. kalau kita berimaginasikan sesuatu konsep fotografi, mana agaknya lokasi yang sesuai supaya gambar itu lebih hidup. Imagine! Imagine! Imagine! Jangan berhenti. Kemudian lakarkan di atas kertas apa yang kita bayangkan dan visualkan supaya kita tidak lupa.. dan bila ada masa buat latihan dan cari lokasi yang ada dalam kepala kita tadi. Ekspreskan apa yang bermain di kepala dalam sekeping gambar. Jangan hanya imaginasi tapi tidak bertindak.


Kalau ikutkan memang banyak lagi yang ingin dikongsi .. bab-bab mencari lokasi ni. Tapi mulakan dahulu dengan yang asas di atas itu. Tidak lupa juga akan keselamatan di lokasi. Pastikan lokasi itu selamat untuk anak2.


Mata kita semua ada dua. Tapi cuba letakkan 10 photographer di satu lokasi yang sama dan biarkan mereka mengambil gambar. Kita lihat hasilnya nanti adalah 10 keping gambar yang berbeza2. Sebab apa? Sebab kita semua unik. Setiap kita mempunyai daya kuasa melihat, mentakrif dan mengekspresi yang berbeza2. Jadi, jangan takut untuk mencuba dan latihlah mata dan minda kita selalu.


Saya harap artikel ini berguna untuk semua yang meminati fotografi diluar sana.. terutama fotografi kanak2. Saya harap dapat dimanfaatkan. Kalau ada yang ingin bertanya.. silalah kemukakan soalan atau feedback di sini. Semoga saya dapat membantu tidak banyak, sedikit insyaAllah.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors