Tuesday, November 2, 2010

The power of Imagination | Kuala Lumpur Malaysia Children Photographer

" Imagine! Let your imagination run wild!"
Author Unknown
















Biarlah anak-anak kita berimaginasi.. biarlah mereka mengembara melalui akal pintarnya.. kadangkala kita lihat dirinya di suatu tempat.. sungguh asyik.. seolah2 berkhayal berada dalam satu keadaan yang sangat disukainya.. sokonglah dia.. kerana kita tak tahu, mungkin dengan imaginasi dari akal sekecilnya.. esok besar mungkin dia mampu menggegar dunia.. akal mereka mungkin kecil, tapi dunia mereka sungguh luas.

Biarkan dia meneroka alam.. bermain dengan rumput, pokok, air, hatta cacing sekalipun.. layanlah mereka berimaginasi.. tanya apa yang bermain dalam fikiran mereka.. galakkan mereka bercerita.. suruh mereka luahkan apa yang terbuku di kepala.. semoga mereka menjadi anak2 yang berani mengetengahkan pendapat.. walaupun agak janggal dan tak logik bunyinya.. apabila dia keliru.. kita betulkan.. jangan disanggah.... jangan diketawakan.. tapi beri galakan tanpa henti.. ambil tempat dalam imaginasi mereka.. mungkin kita perlu jadi rasaksa.. penguin.. godzilla.. atau mungkin mereka mahukan kita menjadi orang kerdil.. para mama mesti mahu menjadi puteri kayangan.. tidak kisah..ambillah tempat dan watak itu.. kerana dengan bermain dan berimaginasi dengan mereka.. ikatan kasih sayang akan semakin kukuh.. kita akan faham mereka. lebih.

Dia berimaginasi menjadi seorang Hero, seorang Fighter, seorang Warrior.

Terokailah dunia, anakku Irfan... Mudah-mudahan bila besar kelak.. dirimu akan menjadi hero.. pahlawan yang akan sentiasa mempertahankan Mama, Abah dan keluargamu, dari segenap sudut insyaAllah. Semoga mama juga sentiasa diberi keupayaan dan kesabaran dalam melayan setiap imaginasimu.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors