Thursday, December 9, 2010

He completes me.

Maaf lah jika minggu ni kawan2 terpaksa melihat gambar2 budak lelaki ni for almost everyday! Hmm.. saya tahu saya ada banyak lagi gambar2 client yang berbaris tunggu di upload. This week has been an emotional and sentimental week for me. Bermula dari hari Isnin saya menyambut harijadi yang ke 32, bersama meraikan dengan suami dan anak. Malam sebelumnya makan malam bersama ibu ayah dan adik beradik lain. Kemudian menerima ratusan ucapan dari kawan2 di FB. Kebetulan harijadi tahun ini jatuhnya sehari sebelum Maal Hijrah. Minggu ini banyak membuat saya toleh ke belakang melihat kembali apa yang telah saya lalui selama ini. Susah senang silih berganti. Kebaikan, kesilapan, kesenangan, kepayahan yang banyak mengajar. Hanya satu perkataan untuk semua ini. Syukur. Saya harap pada usia ini saya masih diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk terus berusaha.. di beri rahmat dan diberkati usia saya selama mana saya hidup di muka bumi ini. Diberikan hati yang bersih, dipelihara hati jauh dari kehitaman.



This boy is one of the reason why I’ve been so sentimental lately. Budak yang selalu meneman saya ke mana pergi.. Budak yang merupakan kawan baik saya 24 jam. Budak yang membuat kelakar bila saya letih di Ofis (bukan sahaja ketika letih.. time saya banyak kerja pun dia nak buat kelakar yang kadang2 dia je yang faham). Budak yang sentiasa menyanyi2 dan membuat saya tersenyum melihat dia menari. Budak yang juga mengajar saya untuk lebih bersabar dengan kelakuannya yang kadang2 menggeramkan :-). Budak yang matang pada usianya yang sentiasa mengejutkan kami dengan ayat2 powernya. Budak yang yang penyayang dan romantik yang saban waktu mengatakan dia sayang kepada saya juga abahnya. "Irfan sayang mama juta2... Irfan sayang abah juta2" itulah kata2 favorite nya. Budak yang sentiasa menelefon dan menyatakan I miss you bila berjauhan. Budak yang tidak takut menyatakan apa sahaja yang ada dalam hatinya. Budak yang membuat hati saya tekad untuk berhenti kerja kerana ingin menjaganya.Syukur lah diberi peluang menjaga dan membesarkannya dengan 2 telapak tangan saya sendiri dan melihatnya membesar di hadapan mata adalah cukup besar nilainya buat saya. Budak ini yang telah merubah seluruh kehidupan saya dan suami, memberi cahaya dalam rumahtangga kami.. menambahkan sayang dalam keluarga kami. Alhamdulillah. Bagaimana ibu bapa lain kasihkan anak mereka.. begitulah hati kami terhadapnya.

Minggu ini saya banyak habiskan masa berfikir mengenainya. Bagaimana ingin mendidik dan membentuknya dalam dunia yang yang serba mencabar ini.Hari tu kami sudah mendaftarnya untuk pre school tahun depan.Terdetik dalam hati lepas ini walaupun untuk beberapa jam dalam sehari dia sudah tidak meneman saya lagi di ofis.. semakin meningkat usianya maka semakin sedikitlah masa kami untuk bersama. Kemudian nanti dia darjah satu lebih banyak menuntut masa untuk berjauhan dengan saya. Tiba2 hati sedih, cepat sangat masa berlalu, saya harap masa yang telah saya luangkan untuknya selama ini benar2 telah kami manfaatkan. Untuk 5 tahun yang memberi pengaruh utama dalam kehidupan awalnya.. mudah mudahan selama ini saya telah memberikan contoh yang terbaik untuknya.. ada untuk dia.. bermain sama2.. melakukan segalanya bersama2.. sebab kelak bila anak2 sudah besar.. kita akan menoleh kembali pada saat2 ini.. adakah sudah cukup masa yang kita peruntukkan untuknya.. Semoga tidak ada kesalan dalam hati saya pada masa akan datang kerana kurang memberi perhatian kepada nya ketika dia masih kecil, InsyaAllah. Permudahkanlah segalanya. Amin.

Oklah.. panjang pula kali ini. I don't know turned 32 could be this sensitive and emotional. :-) Blame the age! :-))

Baiklah. Tentang gambar. Ini semalam waktu saya sedang menjemur kain di luar rumah. Dia ada satu permintaan pelik. Dia mahu ambil gambar dengan ulat gonggok katanya. Selalunya kat luar rumah tu.. memang ada saja ulat gonggong yang 'bersidai'. Rajin jugak dia memberi makan ulat2 gonggok tu. Dia cakap ulat gonggok makan daun.. jadi dia selalu bagi daun dekat si ulat itu.. tak taulah ulat tu makan atau tidak. hehhe... tapi semalam tak ada pula. Agak frust jugak mamat tu.. sampai kebelakang rumah mencari ulat gonggok untuk bergambar bersama2 tetapi tidak juga jumpa2. LOL! Sudahnya dia main sahaja di situ.. dengan daun2 yang ada, menanti si ulat gonggok untuk disuapkan. Saya pujuknya, saya katakan.. takpe besok kita cari ulat gonggok lagi. Sampai auntie sebelah rumah pun cakap.... kalau dia jumpa ulat gonggok, dia akan bgtau. Begitulah kisahnya..

Oklah. Terima kasih pada yang sudi baca celoteh saya kali ini.. Hanya isi hati dari seorang yang bergelar ibu. Semoga hari2 kawan2 juga dipenuhi dengan kasih sayang yang berpanjangan.. tidak kira lah terhadap, anak, keluarga, kerjaya atau apa sahaja. Saya mendoakan segala yang terbaik juga untuk rakan2 semua!

Love,

Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors