Sunday, January 31, 2010
Saturday, January 30, 2010
Bahagianya pagi itu...
Nanti Ilhan dah pandai duduk.. kiter jumpa lagi k.. nanti Ilhan ketawa banyak2 k! hehhe..
Thanks again to Irda and Rohen for your trust :-)










Friday, January 29, 2010
Mari amik gambar anak2 masing2 dengan penuh ketekunan!
Ok.. kali ni nak share tentang macamana nak amik gambar anak kiter dengan baik.. saya dapat melalui pembacaan buku tentang "Photographing Children". Ada banyak ilmu yang boleh dikongsi bersama samada dari buku2 ataupun majalah2 photography yang saya baca. InsyaAllah ada masa saya akan kongsi sama2 kat sini apa yangtelah saya pelajari, k.
ok tajuk saya kali ni.. amiklah gambar anak2 dengan penuh dedikasi dan keseronokan bukan paksaan.. hehehe.. Saya harap ianya berguna terutama kepada ibu2 yang sudah pastinya teruja mengambil gambar anak mereka hari2.
mari kiter baca :-)
"Who has a better potential to photograph your child than you? As a parent, you have the inside track on your child's expressions, moods and so on. You have access to your child 24 hrs a day allowing you to document the full range of activities, interests and expressions.
BUT, Don't forget , your child also has the inside track on you. Somehow, kids just know how to push their parents' buttons, and friendly photo shoot can go from, " come on over here sweetie and lets take your picture" to " stop touching your brother! Do you want a timeout?" Before you know it, you're ready to send them all to their rooms all because you wanted a nice photo for you to remember how much you love your kids.
And so, a caution to all parents out there. Remember why you are taking this photos in the first place. Be patient with those little ones (even when they aren't so little anymore). When you are first learning about photography you can be so worried about "getting the shot" that you forget to be in the moment with your child. Maybe you could photograph the neighbor's kids and she could photograph yours one time. You know you'll be nicer to her kids than you are to your own :-)"
~ by GINNY FELCH from page 6,Photographing Children book.
Seperti orang lain saya pun bermasalah jugak nak amik gambar anak saya sendiri.. esp bila mood dia tak berapa nak ok. ataupun dia sudah muak melihat kamera saya.. ehhe contoh dalam gambar ni : dia tak nak amik gambar sebab sedang khusyuk tgk citer Mr bean sebenarnya.. kiter nak amik gambar dia, tapi dia suh nya kiter: " mama.. tgk mr bean tanggalkan kunci keta dia.. kunci keta dia besar ".. "mama.. tgk Mr bean tu kacau org.. kah kah kah.. kelakar mama.. kelakar!!" sambil dia tolak2 badan saya agar tgk Mr bean dengannya.. bila nak amik gambar dia je.. dia buat2 toleh ke tempat lain. Maka, mari kita amik gambar tangan dan kakinya sahaja pada hari itu. Tengoklah tu.. remote astro pun dia kepit.. menandakan ' jangan ada sesiapa berani menukar cerita kesayanganku ini!!!'
Sekian.

Thursday, January 28, 2010
nyeh nyeh..
Hati sungguh gumbira... header blog saya sudah leh tukar2.. hehhehe shiannn saya kan.. orang lain lama dah buat.. saya baru nak terkedek2.. maka dengan itu mari saya excited sorang2 tengok header yang dah leh tukar2.. best lak dok tekan refresh2 nih.. ekekke.. kalau takde keja.. jom lah join! nanti kalau terlebih rajin saya tambah lagi lah gambar2 yang ada.. hihi.. tak delah boring sgt rasanya. Pastu dah leh direct hosting ke eyesofgrace.net terus.. punya la lama giler beli hosting ni tapi tak reti nak buat apa..huhuhu nama je i ni mengambil jurusan komputer ketika belajar satu ketika dahulu.. sungguh malu diriku huhu.. nak beli yang .com alih2 tengok dah ada orang pakai.. sungguh sadis.. takpelah.. ini pun dah ok.
Nanti bila2 leh la buat proper website lak gamaknya. Buat masa ni.. inilah belog, inilah website :-)) One stop centre org kata.. ahaks!
Terima kasih kepada Kuizikel yang sungguh berdedikasi menjalankan tugasnya membantu saya mekap2 blog ni.. mekacih ye Kui! Kesudian anda meluangkan masa adalah amat2 dihargai. Nak harap i buat sendiri2, tahun 2020 pun belum tentu lagi siapnya.. hikhik..
Kalau ada sesapa yang nak hire dia cantikkan blog anda pun leh gak.. contact lah dia kat website dia tu k.. :-)
Seperti biasa saya hidangkan dengan gambar hiasan buat kali ini... Semoga anda semua terliur LOL! Ok.. i nak gi masak udang goreng sambal.. dah nak kul 6 petang dah ni.. babai!!
Tuesday, January 26, 2010
Clients Guide.
I just make a guideline for the clients on what to expect during the session, clothing, props to bring, etc. Please take a moment to read it here as it is important in order to help you to get the ideas on how I work, my style and to let you to be prepared and have a good plan for your upcoming portrait session.
When you are planning to have a photoshoot for your children / family done by a professional, it is important for you to know on how the photographer's approach and style; are they suit with you or your family lifestyle. Is it how you want your family to be captured. Do you want a traditional or modern approach. That are the elements that you have to look at before making a decision because each photographer is unique.
I hope the guideline is helpful not only to my client, but also to those who are still finding their right photographer for their family. :-)
Do not hesitate to give me any feedback by leaving comments in the comment box.
Till then.
Zubye
Monday, January 25, 2010
The little explorer

Rayyan seorang yang mempunyai daya ingin tahu yang sangat tinggi dan terlalu berminat dengan semua yang baru di sekelilingnya.. keaktifan dan muka curious nya yang cukup comel dan dirinya yang tidak duduk diam menjadikan sessi ini sangat seronok bagi diri saya. Toys yang dibawa oleh ibubapanya hari tu kebanyakannya terbiar begitu sahaja kerana nampaknya dia lebih berminat untuk mendalami dan menyelidik apa yang terjadi dengan dunia luar. Apalah yang bermain di dalam kepalanya agaknya kan :-) hanya kanak-kanak seusianya mengetahui.. Explore lah dunia, wahai si kecil! :-)
Thank you to his mom for everything!





Be inspired

Whether photographing children for fun or profit, paying attention to your creative journey, past and present, helps you develop your own individual style or signature. That signature enables you to create more captivating, inspiring, and authentic photographs.
If you ask ten people to photograph the same child in the same environment, you will see ten different approaches and styles, because the eyes of the photographer are inevitably filtered by their past and their personal vision (whether they know it or not).
So why not hone in on this tendency and begin to develop your own vision and style? A good place to start is by studying the masters of the art of photography. Absorbing the work of other photographers can help you see what you do and don't like, which is the very beginning of identifying your own style.
Nothing is wrong with learning the way of the masters as you amble along your path. But, as you do this, honor yourself, as you have embedded in your soul your own style and vision, which is waiting fervently to be noticed and tapped into.
Along the way, go ahead and learn the skills and approaches of others, but eventually your very own style starts to surface and resound.
~ by Ginny Felch in Photographing Children Photo Workshop book.
tip:
Pernah tak kita terfikir apa yang memberi inspirasi mendalam ke atas diri kita dalam melakukan sesuatu? Selalunya, yang dah bergelar ibu, anak2 adalah inspirasi mereka. Apa yang dilakukan oleh anak2 sentiasa mendatangkan kedamaian dalam hati. Cuba lihat suasana dan persekitaran di sekeliling kita pula. Kadang2 apa sahaja yang berada dalam rumah kita dapat dijadikan inspirasi untuk lebih kreatif. Setiap ruang dan bilik memberi mood yang berbeza-beza. Cahaya, warna, dan bentuk disekeliling juga boleh menguji setakat mana kekreatifan kita. Cuba ambil gambar dalam pelbagai sudut dan jangan sesekali takut untuk melakukan sesuatu yang baru. Ada fotografer yang hanya memerlukan satu dinding kosong untuk mereka kreatif berkarya, ada pula yang memerlukan ruang yang cantik dan tersusun, ada pula memerlukan teksture2 yang menarik. Terpulang kepada anda untuk menentukan daya kreativiti masing-masing.
~ Zubye.
Wednesday, January 20, 2010
Saya mesti cergas! Saya mesti cergas!

Saya mesti cargas! Sebab bila dijadualkan untuk mengambil gambar kanak2 yang sebaya active boy ini kebarangkalian untuk dapat action pegun sahaja adalah 20 nisbah 1. Saya mesti fit supaya saya tak sangkut2 bila berlari, mengejar mahupun di ajak lumba lari oleh client2 comel saya. Mereka2 seperti ini mendemandkan saya mempunyai skil 'ke fit tan' yang tiada tandingan. macam gambar ni contohnya saya ambil ketika matahari tegak di atas kepala. oh sungguh menguji tahap kehausan. Huhuhu.. Oh!! saya mesti cergas!
Sebenarnya salah satu azam tahun baru saya adalah untuk hari2 bersenam untuk mengkalkan tahap kecergasan saya.. sekarang dah 20 hari dah tahun baru.. tapi satu senaman pun saya tak buat lagi.. konon2 angannya nak buat aerobik kat dalam umah.. saya ada 5 CD!! ye 5 CD work out from home oleh Kathy Smith, Denise Austin, hatta CD aerobic Paula Abdul pun saya ada.. saya beli dan menggunakannya sepenuhnyaaa dulu.. masa baru2 kawen dulu masa dok Kinrara tiap2 habis keja saya balik umah pasang CD kuat2 dan berjoget2 lah saya ikut instructor dalam CD tu.. tu dulu masa baru2 kawen saya tengok berat saya tiba2 ya ampun naik mendadak.. jadik saya pun menggelabah beli segala CD dan buat workout di rumah.
Sekarang saya tak rajin dah nak buat.. bukan sebab saya dah kurus.. tapi yang menjadi alasan ialah saya dah ada anak.. susah nak buat aerobik lagi dah. Dengan macam byk perkara yang hendak dikendalikan di rumah. Kesian anak saya menjadi alasan.. Takpe.. lepas baik demam ni.. saya akan cuba merealisasikan cita2 murni saya itu.. bukan kerana saya nak kurus.. tapi kerana saya nak cergas! ye cergas! sebab kerja saya memerlukan saya keep fit! Chaiyok2 kepada saya!
Sekarang ni demam lagi. Oh.. sangatlah tidak cergas. Doakan saya cepat sembuh ye! Tq!

Oh ya.. pekerjaan ini juga memerlukan saya mempunyai daya tahan panas yang tinggi. Oleh kerana itu kulit saya tidak henti2 terbakar. Saya ingin memohon jasa baik pihak puan2 yang membaca ini untuk mengesyorkan saya apakah product skin care sun block yang bagus sekali? Jangan cadangkan saya banana boat sudaaa!! Sekarang bila melihat ke cermin, saya rasa "hitam itu tidak lagi menawan" uhuk uhuk uhuk...
Tuesday, January 19, 2010
Hari ini saya demam
Pagi tadi bangun tido tekak rasa perit amat sampai tak boleh nak telan air liur. Sah! sah! nak kena demam.. saya berkata2 dalam hati.. petang sebelumnya saya mengalami satu serangan pening kepala, sakit belakang, dan sukar bernafas secara tiba2 (saya tak mahu bagitau saya terasa nak muntah2 juga.. takut ada yang tanya pulak.. ada berita gembira kee...?) Lalu semalam ntah berapa bijik panadol sudah saya telan. hilangnya sekejap.. tapi sakitnya lama. Saya tak boleh stop. tak boleh stop buat keja walaupun saya ngadu kat suami dia suruh saya berehat.. tapi saya hanya ngadu2 manja jer.. nak ikut cakapnya..? hehhe dalam keadaan keja yang menimbun2 maka semalam saya terpaksa tidak akur dengan katanya. Harap tak berdosa.
Beberapa hari sebelum tu.. anak saya muntah2. bila tengah2 malam saya dikejutkan.. katanya.. " mama susah betul lah Irfan nak tido.. idung susah nafas niii.. tolonglaa mama" sambil menggoyang2 badan saya yang kalau dah tido memang susah nak bangun. mula2 saya jawab " Irfan ngigau ni.. dah! dah! tido balik" kejam kan?.. sian anak saya.. tapi dia menjawab " mana ada ngigau.. irfan punya hidung tersumbat nih" lalu saya pun menyapu vicks di dada.. di tapak kaki dah di lubang hidungnya.. tapak tangan pun saya sapukan.. saya pun tak tau apa motif saya sapu kat tapak tangan. Setelah di sapu katanya.. "tinggikan sikit kepala irfan ni mama.. susah irfan nak nafas ni".. yelah2.. ye lah.. jawab saya. "dah tido. jangan ngigau lagi" saya rasa saya ucapkan tu dalam keadaan separuh sedar.
Hari ni idung saya pulak tersumbat. aduhh saya tiba2 rasa takut nak tido malam.. sure siksa rasa bila tengah syok tido.. tengah mimpi best2 tiba2 siaran mimpi tergendala pulak sebab susah nak bernafas.. Hah hamik.. hari tu kata irfan ngigau.. sekarang budak yang saya ingat dia ngigau beberapa malam lalu dah enak tido.. saya pulak dengan tekak yang sakit.. badan kejap2 panas kejap suam.. dah minum air suam bergelen2.. tak boleh tido2 lagi. Tak.. saya tak komplen.. asyik sihat je.. sekali sekala sakit2 best juga. Semoga saya belajar jadik orang lebih bersabar selepas ini. Amin.
ekekke... ok2.. dah gi tido!
Baiklah! tak best pula kalau tulis blog takde gambar. Ok.. gambar di bawah adalah suspek utama yang menyebarkan virus hidung tersumbat di rumah ini. tu.. saya dah dengar dah tu suami saya dok syrott.. syrott je tu.. sah! sah! Dia mangsa ke tiga.
nota kaki : gambar ni di ambil masa hari kejadian dia muntah2 tu.. dapat kuar rumah gi taman.. terus lupa pasal sakit perut dan muntah dia :p
A Boy or A Girl

At first you moved,only a little.
I could always find you,right in the middle.
As time went on,you really started to grow.
It wasn't a whole lot,in fact, it was rather slow.
Before I knew it,you were all over the place.
It kind of felt like,you were running a race.
People would ask me,if, you were a boy or a girl.
I would sit and wonder,if, you would have curls.
There are so many things,I really want to know.
But, you are hidden inside,so the answers don't show.
How much will you weigh? How tall will you be?
What color is your hair? Will you even like me?
I hope and pray,you feel like you belong.
I never want you to feel, like you are alone.
Your Dad and I,planned you from the start.
You, my dear child,were made straight from our hearts.
In about a week or so,I'll meet you, for the first time.
For you are the product,of your Dad's love and mine.
There will be no one like you,not any place in the world.
It really doesn't matter,if you are a boy or a girl.
We are both so happy,that you even exist.
The gender doesn't matter.you'll be hard to resist.
I hope I make you proud,that I am your mother everyday.
Because, you have filled my dreams,in more ways, than words can say.
It won't be long before,I can look you in the eyes.
I can feel the excitement growing,I know I'm going to cry.
Don't worry my angel,those tears will be of joy.
It won't matter to me,if you are a girl or a boy.
- Regina M.Linn
Monday, January 18, 2010
Sharing is Caring
A friend of mine write this in her blog. I think it's really nice to share it with my other friends here too. A very beautiful write up and good for our soul :-). Take your time reading it. It maybe quite long but trust me, it really2 worth reading. Hope you get something from it :-)
Life isn't tied with a Bow but it's still a GIFT.
In a blink it is already 13th of January of 2010,nearly half month of the first month of 2010 is gone!! Past leaving so fast,future coming faster and faster,everytime you open your eyes your today is already yesterday.Time now is so precious,hopefully we can manage it well, hopefully yesterday will be a sweet yesterday and a bitter yesterday will be a lesson to grow stronger.
Well it is not easy as it said isn't it? sometimes small thing can make us feel miserable,our feeling and our emotion: most of the time rules our head or life.. that is so normal.What we need is our inner "superwoman' to knock this 'naughty" emotion..again, it is not that easy:)
A friend came and told me that she feels miserable the whole week because she bumped into an ex boss at a wedding, this guy is not just an ex boss,they used to know each other well, my friend was excited to see him and took all the effort to say 'hi', unfortunatley this ex boss turned his head away and ignored her..that makes her feel miserable, not for a day but for the rest of the week.
Different people deal with bad day differently, bad hair can cause a mood swing to somebody but somebody else can have a happy face while their love one battle with cancer etc.People can be mean,we do not know what is inside their heads,sometimes bad thing can happen to us,as much as we try to control,it still happen..life isn't fair but it's still good ..why? because Allah swt is always fair..that is for sure.
A friend also said ' why can't my life be as happy as Miss A, why is it so simple to others and so difficult to me? I am not asking much,i ve been doing all the good things,Miss A on the other hand got all that she wants". My advice- Don't compare your life to others you have no idea what their journey is all about.Sometimes you do not know what they had sacrified in life to achieve whatever they have today, you might not be willing to do the same sacrifices.
Nobody is in charge of your happiness but you, no matter how good or bad the situation is, it will change- because of that be patient, when you are surrounded with all the good things,don't be sombong don't walk pride and "riak" it won't last and when bad thing happened to you be patient as it won't last either.Time heals almost everything,give time and time.
Nobody can change our life except us, if you don't feel good about anything,go out and change it,there's always solutions.If you feel you need to loose weight and that will make you feel good,by all means, do it, set your goal,be focus. If you want to climb from A to B, work your way to it- the only thing to remember in doing it and in working to achieve your goal do not step on other people, don't back stab,don't sell your soul to the devil just because you want to achive your goal as if you do all those you will never have peace inside you,you ll be haunted all your life.
Be sincere to yourself,make peace with inner feeling..if after you have done everything that you can you still couldn't get what you wanted,it is because Allah Swt have other plans for you- we are just human we can never see future.With that have a peaceful mind,have a pure heart,love yourself and spread love to all.
* thanks and credit to Azu; Mama Tia Mia for this wonderful article.
Betul kata2nya itu. Dan pada saya, Bahagia itu sebenarnya memang sudah ada dalam hati setiap manusia.. terpulang kepada setiap dari kita untuk mentafsir dan membelai bahagia itu. Kita tidak perlu tunggu segalanya cukup baru kita dapat rasa bahagia.
Sekiranya kita single, tidak perlu tunggu berkahwin baru ingin rasa bahagia.
Sekiranya kita sudah berkahwin, tidak perlu tunggu ada anak baru kita mau rasa bahagia.
Sekiranya kita sudah ada seorang anak, tidak perlu tunggu ada ramai anak baru boleh rasa bahagia.
Sekiranya sekarang kita duduk di rumah flat, tidak perlu tunggu ada rumah besar baru kita mampu rasa bahagia.
Sekiranya kita hanya punya motosikal, tidak perlu tunggu kita mampu memiliki kereta baru ingin rasa bahagia.
Sekiranya kita hari2 sibuk bekerja, tidak perlu tunggu weekend baru dapat bermesra bersama keluarga untuk rasa bahagia.
Bahagia bukan suatu yang kita perlu cari. Ia sudah sememangnya ada dalam hati. Belailah rasa bahagia yang memang telah Tuhan kurniakan dalam hati kita sejak azali lagi. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Tidak salah mempunyai cita2 besar dan kemahuan yang tinggi dalam hidup. Berusahalah. Tetapi jangan sampai kemahuan dan kehendak kita itu menyebabkan kiter terlupa untuk bersyukur dengan apa yang telah kita ada. Kerana SYUKUR itulah punca utama segala kebahagiaan.
Jangan sesekali membeza2 dan membanding-bandingkan nasib kita dengan orang lain. Kita tidak tahu keperitan dan kemanisan yang mereka lalui untuk mencapai apa yang telah mereka perolehi sekarang. Dan kita juga tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Sucikan hati. Kita mungkin kurang dalam satu perkara, tetapi Tuhan lebihkan kita pada suatu perkara yang lain. Itu sudah pasti.
Kita tidak tahu bila kita akan menghela nafas terakhir. Jadi berlaku baiklah kepada diri sendiri dan sentiasa berbuat baik kepada orang di sekeliling kita. Jangan disimpan dendam dan amarah. Buka hati untuk memaafkan sesama manusia. Setiap orang ada kelemahan. Setiap orang membuat silap, tetapi letakkanlah kebaikan mereka sebagai perkara utama untuk kita kenang dan bukan kesalahan dan kelemahan mereka. Sudah pasti hati kita akan tenang :-)
Lapangkan dada dan Bersyukurlah! :-)
Sempurna
She was the baby in the red satin.
Remember?
Kali ni saya ambil gambarnya dan keluarga pula.. 5 orang kesemuanya.. menjadikan keluarga ini sempurna!











Sunday, January 17, 2010
Sudah 1 Tahun!
Saya harap anda semua masih ingat lagi dengan baby ni.. Setahun yang lepas saya ambil gambar newborn Fahim, kemudian berpeluang berjumpa dengannya lagi di majlis Aqiqahnya dan hujung tahun lepas, dia menyambut haijadinya yang pertama. Syukur, masih ada rezeki dan berpeluang sekali lagi berjumpa dengan baby montok ini lebih2 lagi sewaktu dia meraikan hari lahirnya yang pertama.
Mahu berjumpa dengan lion? elephant? monkey? girraffe? semuanya ada di party ini.. cuma binatang2 itu kelihatan begitu comel di majlis ini.. Ya.. inilah Fahim's Jungle Party. Lihat saja keknya dan deco2 di sekitar majlis ini, sungguh mengujakan!
Fahim pun turut sporting mengenakan costume lion nya.. sangat comel dan sungguh geram saya melihatnya.. Sewaktu cake cutting, seronok Fahim bukan kepalang.. tersenyum aje sepanjang masa :-) Alahai.. kalaulah betul2 ada lion secomel ini.. sudah tentu saya orang yang pertama yang akan menjaganya!
Baru petang tadi, lagi sekali saya dapat berjumpa dengan Fahim lagi di majlis harijadi sepupunya. Nanti saya update, ok!
Buat Fahim, Auntie doakan segala yang terbaik untuk Fahim. Semoga Fahim sentiasa menjadi anak yang baik yang selalu membahagiakan hati ibu dan ayah ok! Cepat2 jalan!! hehehhe..
Buat semua, semoga turut sama berkongsi kegembiraan Fahim melalui gambar2 ni ye! Enjoy the slideshow!
















2 comments:
Post a Comment