Friday, January 7, 2011

Close up of a shy girl | Kuala Lumpur Malaysia Children Photographer

Setiap kali saya hadir ke satu2 sessi photography, salah satu 'cita2' saya adalah untuk mendapatkan close up picture kanak2 yang saya ambil gambar itu. Tidak kira betapa susah, saya akan sentiasa mencabar diri untuk mendapatkannya kerana bila di akhir sessi saya dapat merasakan kepuasannya :-) Biar perlu bermandi keringat atau dibasahi lumpur.. saya akan pastikan saya dapat! hahah begitulah tingginya keazaman saya pada cite2 yang satu ini.

Ambil gambar close up memerlukan kita untuk berada dekat dengan kanak2 itu, melainkan kita pakai tele-photo. Macam saya yang bergantung penuh kepada prime lense memang kena pergi berdiri dekat dengan subject.. bagaimana caranya supaya kanak2 itu selesa dan tak menganggap kita menyibuk ajer? Ok, begini caranya..

Oh ya, sebelum tu, ingin saya katakan, gambar2 close up yang anda lihat di EOG TIDAK di crop semasa proses editing. Gambar2 ini adalah yang betul2 keluar dari kamera saya dan pada saya, waktu compose gambar sangat penting. Biarlah kita ambil masa sedikit untuk mendapatkan angle dan gambar yang terbaik.. Plan, aim dan laksanakan macam apa yang kita mahu. Tidak salah kalau ada yang nak crop masa proses editing, cuma ini cara saya :-)

Ok.. ini ceritanya.. Sewaktu sessi fotografi, saya datang sebagai 'stranger' kepada kanak2. Ada yang pertama kali bertemu dan tidak pernah kenal pun saya siapa. Maka dari awal lagi saya rasa saya sudah menggalas satu tanggungjawab berat untuk saya laksanakan bagi mendapatkan gambar2 yang baik. Saya datang ke lokasi juga sebagai seorang kawan kepada kanak2 itu. Saya bukan datang semata2 sebagai seorang photographer, sebab dengan cara ini saya rasa dapat mendekatkan jurang antara kami.

Baiklah, hari ni saya nak share serba sedikit bagaimana saya mengambil gambar anak ini yang saya panggil Adik, dan bagaimana cara saya berusaha untuk mendapatkan gambar close up seorang yang sangat pemalu, manja dan tidak mahu lepas tangan kedua orang tuanya. Malah turut menjerit2 dan menangis2 pertama kali melihat saya. uwaaa!!!

Saya akan bercerita mengikut turutan gambar2 ini. Gambar yang pertama saya ambil ketika awal sessi dimana saya cuba untuk mendapatkan wajah comelnya memakai topi itu. Tapi nampaknya Adik tidak selesa dengan saya. Bila dia nampak sahaja ada kamera di tangan terus dia menoleh ke tempat lain. Tapi saya tetap suka akan gambar ini sebab dapat merakamkan sifatnya pada waktu itu yang sangat pemalu.

Lalu saya teruskan juga keinginan untuk bermain2 dan berbual dengannya walaupun satu perkataan pun dia tidak jawab untuk soalan2 saya.. hehhehe.. saya ibarat bercakap seorang diri.. saya berlalu darinya dan pergi pula mengambil gambar kakak2 dan abangnya... saya tak mahu dia pressure tengok saya ada tercogok depan dia dengan kamera besar berwarna hitam.. setelah sedikit ruang keselesaan saya beri padanya, saya datang semula. kali ini dia sedang bermain2 dengan 'komputer ribanya'. Di situ barulah saya 'cucuk jarum'. Saya menunjukkan minat terhadap mainannya itu dan minta izin untuk bermain sama. Sebagai kanak2 memang lumrah pada mereka seronok bila dipuji.. apabila kita berminat dengan barang kepunyaan mereka, mereka akan memberi respon kerana merasa bangga dengan apa yang mereka ada. Lalu saya teruskan berbual tapi saya takut nak sentuh komputer ribanya itu.. takut dikatakan pencuri pula.. hahhaha.. walaupun dalam keadaan yang malu2 dan nak tak nak.. dia tetap melayan soalan saya.. lalu terhasillah gambar no 2 yang menunjukkan dia mahu berinteraksi dengan saya tetapi masih lagi tidak yakin dan malu nak menatap mata saya.. hehheh..

Saya tetap tak puas hati.. dalam hati "camne pun aku mesti nak focus and close up gak muka budak ni yang berambut kerenting dan bermata cantik. Sayang jika matanya itu tidak ditonjolkan". Maka saya terus2 lagi berborak dan bermain2 dengan dia.. dan satu tangan pula saya memberikan isyarat kepada kedua orang tuanya supaya tidak 'interupt' komunikasi kami ketika itu. Biar saya sahaja yang berborak2 dengannya.. ye.. saya menggunakan kuasa veto.. hikhikhik.. Bukan apa, saya bimbang konsenterasi dia yang tengah mood baik pada masa itu diganggu. Bila banyak soalan yang saya ajukan dan banyak cerita 'dongeng' yang saya bagitau dia, maka dalam keadaan ingin tahu dia menatap muka saya. mungkin dalam hati dia cakap "betul ke makcik ni kata???" dengan perasaan yang curious kadang2 sempat juga dia menjeling kepada saya untuk memastikan apa yang saya ckp tu tak bohong kot.. hahhahaha... ketika itulah.. ketika dia sempat menjeling tu saya cepat2 press shutter.. tapi sebelum itu saya sudah bersedia untuk focuskan kepada matanya.. dengan sepantas kilat shutter ditekan kerana sesaat selepas itu dia sudah mula menoleh ke tempat lain. Hah.. yes! dapat!

Begitulah serba sedikit apa yang saya biasa lakukan untuk ambil gambar close up budak2 yang pemalu dan clingy.. dan juga untuk budak2 yang pandang2 saya terus nangiss!!! uwaaa... hahhahha.. "tak kira.. ko nangis lahhhh... aku nak jugak amik gambar close up ko kang" hahhahah!

Seperti yang anda tengok mungkin tiada gambar dia tersenyum di sini. Ada orang beranggapan gambar kanak2 senyum lah comel. Pada saya TIDAK. Kanak2 itu sudah semestinya dilahirkan comel.. tidak kira budak mana. Jadi bila melangkah ke satu2 sessi, saya selalu mengingatkan diri sendiri yang saya ingin mengetengahkan ekspresi kanak2 itu secara jujur. Saya mahu dia menjadi dirinya. Dia tidak perlu senyum fake untuk menghiburkan photographernya ini. Dia tak perlu senyum sepanjang zaman sampai lenguh2 pipinya.. kecuali dia memang suka tersenyum.. adik manisss... kalau dapat tangkap senyumnya.. bagus lah.. itu satu bonus :-) [Note : pesanan untuk bakal client saya, jangan sesekali memaksa anak anda contohnya "Ali!!! senyum! senyum! tengok kamera! kalau tak mama babab!!. nanti bukan Ali yang kena babab. saya yang akan babab mamanya tu nanti ]

Dia hanya perlu menjadi dirinya. Di situlah nanti akan datang wajah2 yang sangat natural.. sangat jujur, dan sangat ikhlas. berbeza2. ye setiap kanak2 berbeza. Ingatlah mereka itu unik. Pada saya, dalam satu potret, yang penting adalah perasaannya, emosinya bukan rupanya. Saya mahu mata yang melihat nanti dapat merasakan perasaan yang ingin saya olah dalam setiap kepingan gambar yang saya ambil. Apa emosi kita ketika mengambil gambar budak ni.? bagaimana pula emosi dan perasaannya ketika itu? Kemudian cuba convey kedua dua ini dalam sekeping gambar. Dapatkah orang lain merasai apa yang kita rasa terhadap kanak2 ini, bagaimana karakternya, personalitinya, emosinya, pesonanya.. wah.. moodnya, bahasa tubuhnya, ekspresinya. Jadi selalulah concentrate kepada perasaan dan bukannya rupa ketika kita mengambil gambar. Benar, rupa itu penting tapi jangan letakkan 100% kepadanya sahaja. Kerana setiap kepingan gambar itu akan mendatangkan perasaan dan menimbulkan emosi kepada yang melihat dan dari situlah kita boleh kata.. "gambarnya betul2 menangkap perasaan ku hingga ke lubuk hati... memanah jiwaku...hingga terngiang2 di kalbu ku hingga membawa ke dalam mimpiku." hehhehe.. bukan setakat "cantik gambarnya.. comel budak ini".. lalu kata2 itu pergi bersama angin dan tidak langsung lekat di hati. Dapat apa maksud saya? Bagus.

Ok cukup. dah panjang lebar.. saya nak amik anak dan makan dan sambung edit lagi. Saya harap anda dapat sesuatu dari perkongsian ini.

Maceh!

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors