Wednesday, January 26, 2011

Hitam putih kehidupan

Everybody has their own bad days. Me either.

Bila pagi tadi saya lupa tutup suis iron yang saya pakai untuk menggosok baju, dan hanya tersedar ketika saya dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah, saya terpaksa berpatah balik ke rumah menutupnya.. dan menyebabkan anak saya lambat ke sekolah, kemudian di sekolah saya terlupa hari ini dia perlu memakai pakaian sukannya kerana hari rabu adalah hari melakukan aktiviti riadah di luar kelas.. kemudian sampai di ofis pula secara tak sengaja saya telah ter delete satu file client yang sudah di edit.. yang telah saya buat hampir sehari suntuk untuk mengeditnya.. (mujur saya tidak terdelete salinan originalnya).. seolah2 bertimpa2 membuatkan pagi ini saya mulakan dengan perasaan yang murung.

Sedang saya sibuk menyalahkan diri dengan apa yang berlaku pada pagi ini, tiba2 saya menerima message di FB yang tertulis..

"when there's nothing new or exciting on FB, i go straight to your page n browse your photos. always pleasing, never disappointing. you're truly talented in what you do, Zubye. :)"

Daripada seorang yang saya pernah jumpa hanya sekali sahaja, tetapi kata-katanya sentiasa memberi impak yang besar dalam hati saya. Saya selalu ingat dengan apa yang dia ucapkan yang saya tahu datang dari hati. Tidak terlalu kerap kami berhubungan, tetapi bila sesekali dia memberi message atau apa2 sahaja yang simple yang dilakukan untuk saya, pasti akan meninggalkan kesan dalam hati.. yes..She's so special in her own way.

Dia mungkin tidak tahu betapa bermaknanya kata2 nya tadi yang telah berjaya mengubah mood di hati saya secara serta merta.. membuat kan saya tersenyum.. dan kata2 itu saya pegang insyaAllah untuk keseluruhan hari saya pada hari ini.. untuk meneruskan hari saya dan menyelesaikan apa yang menjadi tanggungjawab saya. Untuk tidak lagi menyalahkan diri dengan apa yang berlaku hari ini.. untuk sentiasa berfikiran positif dan memiliki hati yang gembira setiap masa. Untuk itu saya sangat berterima kasih padanya.

Kita juga mungkin boleh membuat orang lain gembira.. mungkin dengan cara yang kita sendiri tidak sangka.. We can make a difference by making a simple and small thing.. mungkin kita boleh melemparkan senyuman pada penjaga tol yang kita jumpa hari ini, pada orang atau anak kecil yang kita tidak kenal.. kita juga mungkin boleh menolong ibu yang sedang sarat mengandung mengangkat barang2 di pasaraya.. atau kita mungkin juga boleh menghantar sms atau text kepada kawan kita by just saying 'i'm thinking of you today... and i hope your life will be filled with loves and laughter everyday. xoxo.' Kita tidak tahu mungkin dengan perkara simple yang kita lakukan ini dapat menghiburkan hati mereka.. mungkin dapat menghilangkan sakit kepala mereka serta merta :-) Marilah melakukan sesuatu untuk orang lain :-)

Remember : your life is your message.


xoxo

Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors