Monday, January 10, 2011

Morning vitamins | Kuala Lumpur Malaysia Children Photographer

Salam Isnin semua!

Bagaimana dengan hujung minggu masing2? Mudah mudahan masa hujung minggu semua dapat dihabiskan dengan bermanja dengan anak2 dan keluarga. Cepat sangat 2 hari itu berlalu. masa berjalan sungguh pantas. Sedar2 sudah hari Isnin kembali.. anak saya pun sudah bersekolah kembali. Tapi hari ni perasaan lain sedikit bila menghantarnya tadi.. sedih pula tak semena2.. mungkin kerana melihatnya memandang saya dengan mata yang redup seolah2 kasihan ingin meninggalkan mamanya sorang2 di sini. Lebih2 lagi keadaan kesihatan yang tiba2 pula demam hari ini.. mungkin kerana memaksa diri bekerja terlalu kuat semenjang kebelakangan ini. Tapi baru hanya seminggu kita berada di tahun baru. Hai badan kuat lah... kita ada beratus hari lagi untuk berjuang.

Tahun lepas hari Isnin merupakan hari cuti buat saya selepas berpenat lelah selama seminggu tanpa henti mengambil gambar dan bekerja. Tahun ini sudah lain. Saya perlu ke ofis juga seperti biasa kerana si anak sudah mula bersekolah tadika. Jadi saya sekarang berkira2 bila agaknya hari yang sesuai untuk saya bercuti. Mungkin tahun ini saya perlu kosongkan jadual hari ahad saya dan menggantikan photoshoot hari ahad kepada hari lain.. mungkin weekdays? masih banyak yang perlu saya fikirkan untuk perancangan tahun ini.

Oklah.. mari saya hidangkan vitamin untuk anda semua di pagi yang cantik ini. Tiga orang adik beradik yang saya lihat pembesarannya dari sejak lahir sehingga sekarang. Moga dengan satu dose vitamin pada pagi ini dapat menyegarkan hari kita sehingga ke penghujungnya :-)




Till next image.

Lets celebrate love,
Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors