Monday, January 3, 2011

THANK YOU from the bottom of my heart.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, dan kini sudahpun berganti tahun. Tahun 2010 ditinggalkan dengan penuh kenangan, dan kini kita sudah berada di tahun yang baru.. satu lembaran baru dibuka untuk tahun 2011.

HAPPY NEW YEAR!

Selamat Tahun Baru 2011 saya ucapkan buat semua.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua clients EOG yang telah memberi kepercayaan kepada EOG dan saya untuk merakamkan kenangan2 untuk anak2 dan keluarga anda semua di tahun 2010. Terima kasih buat clients yang baru mahupun yang telah berulang kali memberi kepercayaan, yang masih dan sentiasa berada di sisi EOG meniupkan semangat buat saya di sini. Tidak terluah rasanya bagaimana ingin saya nyatakan penghargaan saya buat semua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengisi sebahagian diary 2010 kalian, memberi peluang untuk saya mengenal rapat anak2 dan keluarga anda semua.. seterusnya memberikan saya satu pengalaman yang tidak ternilai untuk merakamkan kenangan2 yang tercipta di tahun 2010. Saya akan ingat semuanya itu.. dan sentiasa ada dalam hati saya di satu tempat yang istimewa.

Terima kasih juga ingin saya ucapkan buat keluarga, rakan2 dan semua EOG fans, blog viewers samada yang pernah saya kenal atau pun tidak, terima kasih kerana menghargai setiap gambar2 yang saya ambil, sentiasa memberikan semangat dan sokongan tidak kira ketika saya susah ataupun senang. Kalian semualah kekuatan saya. :-) Terima kasih di atas persahabatan yang tercipta.

Tahun 2010 saya tinggalkan dengan penuh kenangan, pengajaran dan sejarah untuk perjalanan saya dan EOG. Saya hargai semuanya walaupun manis ataupun perit, kerana semua itu mematangkan. Harapan saya pada tahun 2011 ini, EOG akan lebih maju dan akan saya perbaiki segala kelemahan2 dan insyaAllah akan menawarkan servis yang lebih baik dari masa yang lalu. Saya hargai sokongan anda semua, sebab tanpa anda yang sentiasa menjadi tulang belakang, EOG tidak akan mampu berada dalam keadaan sekarang.

Saya juga berharap kita semua dibekalkan dengan kesihatan yang baik, kejayaan dalam keluarga dan kerjaya, dimurahkan rezeki serta diberi kebahagiaan yang berpanjangan sepanjang tahun ini.

Selamat Tahun Baru lagi sekali. Dan senyumlah selalu!



Love,
Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors