Monday, February 28, 2011

For my brother.. | Kuala Lumpur Malaysia Maternity Photographer

... and his wife.



Minggu lepas saat melihat si bakal ibu mencuci dan melipat kain lampin dan baju2 comel untuk anak yang akan dilahirkannya, terdetik dalam hati saya betapa indah perasaan itu dan tidak sabar untuk menantikan kehadiran si kecil.. walau banyak baju yang perlu dicuci, disidai dan dilipat, tidak nampak bayang letih sekalipun di wajah si ibu tetapi sarat dengan kasih sayang terhadap anak yang belum lagi dapat dilihat wajahnya dan dapat disentuh kulitnya. Itulah kasih seorang ibu.

Buat Shahmi dan Aini,

Sekiranya ada satu waktu nanti tidur kalian tidak lena kerana mendengar tangisan anak yang laparkan susu, sekiranya badan penat dan rehat kalian tidak cukup dek kerana anak yang meminta perhatian yang lebih, sekiranya satu hari nanti kesabaranmu diuji kerana nakalnya si anak, lihat kembali dan ingat semula saat2 ini. Waktu hati bersyukur menerima perkhabaran gembira kalian bakal bergelar ibu dan ayah, waktu rasa tidak sabar untuk menemuinya, waktu seronok bermain dengannya kerana menendang2 perut si ibu. Ingatlah semua itu. Menjadi ibu dan ayah merupakan satu proses pembelajaran dalam hidup. Belajarlah dengan setiap apa yang dilalui. Sabar. Moga menjadi contoh yang terbaik buat anak nanti InsyaAllah.

Love;

Kak Zubye aka MakDe to the baby ;-)

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors