Friday, February 25, 2011

Twins | Kuala Lumpur Malaysia Twins Photographer


Kembar ini saya ambil gambar mereka sejak mereka baru lahir. Sekarang sudah 11 bulan masa berlalu, kembar yang dahulu kecil dan sangat fragile.. kini sudah pandai duduk dan mula untuk belajar bertatih. Mata yang bulat, wajah yang bersahaja membuat hati mudah terpaut pada mereka... Walaupun kembar, wajah mereka sedikit berbeza... dan perangai juga amat berbeza.. kalau dulu masa saya ambil gambar newborn mereka, si adik agak 'fussy' kali ini abang pula kelihatan lebih manja dengan ibu mereka. Adik kelihatan cool dan mudah mesra dengan orang sekeliling.. Tidak susah untuk membezakan mereka berdua.

Sebenarnya terharu rasa di hati bila diberi peluang sekali lagi untuk merakamkan gambar2 mereka. Walau pun dalam keadaan riuh rendah ketika sessi photoshoot, hati di dalam ni rasa sangat tersentuh kerana dapat melihat pembesaran mereka. Dan lebih-lebih lagi di beri keistimewaan untuk merakamkan saat2 itu. Teringat ketika mereka masih baby, betapa sukarnya untuk merakamkan gambar mereka, kerana perlu handle 2 baby dalam satu masa, tapi alhamdulillah berjaya juga :-). Saya mengenali keluarga kembar ini 5 tahun yang lalu apabila buat pertama kalinya ibu mereka memberikan kepercayaan kepada saya untuk merakamkan gambar abang sulung mereka. Ini adalah sessi ke 6 saya dengan keluarga ini. dan yang lebih memberi makna kepada saya apabila hubungan kami bukan lagi seperti clients-photographer, tetapi lebih kepada kawan baik dan saya rasa bertuah kerana dapat menjadi family photographer mereka. Sebagai seorang jurugambar, tidak ada apa yang lebih bermakna selain memperoleh hubungan sebegini dengan pelanggan kami. Semoga hubungan ini kekal insyaAllah.

Oh ya! tentang gambar. Gambar2 ini di ambil dalam natural light Studio kami di Bangi. Gambar2 yang berkonsep simple dan lebih fokus & tertumpu kepada emosi dan ekspressi kanak-kanak. Dengan meminimumkan penggunaan props, menggunakan background yang simple dan bersih, dan tidak bergantung kepada elemen2 yang keterlaluan, saya merasakan konsep ini lebih serasi dengan jiwa saya yang lebih suka mengolah tentang personaliti kanak2 itu sendiri yang ingin ditonjolkan dalam sekeping gambar. Setiap kanak2 adalah berbeza, dan kejujuran dalam matanya, keihkhlasan dalam senyumannya, dan wajahnya yang innocence itulah yang ingin saya 'explore' dengan lebih mendalam agar dapat pula saya luahkan dalam bentuk gambar. Saya tahu agak sukar untuk mendapatkan gambar kanak2 yang begitu beremosi yang dapat mentakrifkan tentang perasaannya ketika itu. Ia menuntut usaha yang tinggi. Tetapi itu juga membuat saya gembira kerana saya tahu saya telah dapat capture sesuatu yang cukup istimewa dan tinggi nilainya. Istimewa untuk saya dan istimewa juga untuk mereka di masa hadapan. Saya juga berharap ianya mampu untuk memberi definisi tersendiri kepada hati dan mata2 yang melihat insyaAllah. Biar lengkap hati yang merasa dan puas mata yang memandang.

Ok, kita berborak lagi di lain entry nanti ya!

Selamat menikmati hari yang berkat!

Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors