Wednesday, March 16, 2011

Nine days | Kuala Lumpur Malaysia Newborn Photographer


Alhamdulillah, panjang umur saya dan suami dapat bertemu dengan bayi ini; Alya Marissa apatah lagi dapat merakamkan hari2 terawalnya di muka bumi ini, satu pengalaman yang cukup berharga. Alya Marissa dilahirkan awal lebih kurang seminggu lebih, dan syukur, walau dalam keadaan yang amat sibuk, dapat juga kami selitkan slot untuknya yang sepatutnya dijadualkan pada minggu hadapan :-) Memang sudah rezeki kami :-)

Hati mana yang tidak sayangkan bayi. Melihat kecil dan sucinya mereka, menyentuh kaki dan tangannya yang mulus, mencium harum bau badannya, menyentuh kulit yang masih lagi berkedut2, mnyaksikan dia menggeliat.. merenggangkan badannya yang comel, menguap, melihat senyuman dalam tidurnya yang spontan, mengangkatnya, mendodoikannya, cukup buat hati rindu akan waktu2 itu bersama anak sendiri.

Buat ibu Alya Marissa.. terima kasih dari hati kami kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk merakamkan potret Alya. Terima kasih kerana memberi kami ruang dan waktu ketika kami memerlukan, dan terima kasih kerana sangat memahami sepanjang sessi. Tiada apa yang dapat kami berikan sebagai tanda penghargaan selain dari gambar-gambar ini :-)

Alya Marissa, kami mendoakan kesejahteraan hidup Alya hingga ke besar. Semoga kehidupan Alya sentiasa diredhai. Dapat mengabadikan potret alya merupakan satu nikmat untuk kami :-) Moga2 ' berjangkit' lah pula dekat Auntie Zubye ye :-) hehhehe



Note : All poses are done by experienced professionals only. Please DO NOT try it on your own without supervision of experts.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors