Thursday, March 10, 2011

Usah leka lagi...

Allah kurniakan kita faedah juga nikmat. Kita bersyukur. Tapi selagi bernama manusia kadang-kadang kita lalai dan leka. Lalu sering kita terlupa. Kita terpesong walaupun tidak sengaja. Kita seronok meneruskannya. Kita tidak tahu itu salah. Lalu yang salah itu bisa menjadi satu turin. Rutin yang memakan diri kita di dalam senyap.

Kerana sayang, lantas Allah wujudkan pula seseorang dalam hidup kita. Dia datang menegur kita yang alpa. Lalu kita tersentak. Keikhlasannya buat kita terpukul. Sakit dan pedih. Di dalam hati tidak terkata. Kita menangis hari ini di atas keterlanjuran kita yang lampau. Kita seolah-olah baru sedar di bumi yang nyata.Kita mengakui. Kesilapan telah kita lakukan. Tanpa sedar. Kita sesali semua. Tapi kita bangkit dengan satu azam yang baru. Kita tidak mahu ulang lagi. Kita bentuk diri yang baru. Hati yang baru. Kepada makhluk Tuhan yang datang tadi, kita berterima kasih. Tinggi nilainya dalam hati.

Biarlah rasa sakit dan pedih itu kekal di situ.Supaya andai kita terlupa lagi, sakit itu akan selalu mengingatkan. Biarlah kalau perlu kita menangis hari ini. Hilang sesuatu di hari ini. Tetapi besar nikmat dan rahmatnya di kemudian hari. Itu suatu yang kita perlu yakini. Kelak kita akan senyum semula.

Buat dua orang ini, terima kasih kerana sentiasa ada di sisi.


xoxo

Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors