Monday, April 11, 2011

It's a boy! | Kuala Lumpur Malaysia Newborn Photographer



Tiga minggu berturut2 nampaknya jadual kami diserikan oleh bayi2 yang baru lahir. 2 daripadanya kami ambil di rumah mereka. Sudah lama berangan2 kalau dapat, ingin ambil gambar newborn di studio kami. Tidak sangka, baby Adrian Mikhail menunaikan hasrat kami itu.. sangkaan awal saya ibunya hanya bergurau ingin ambil gambar di studio, maklumlah masih dalam berpantang. Rupa-rupanya memang itu yang diinginkan oleh si ibu.. pucuk di cita, ulam mendatang.. :-) Hari itu Mika ditemani ibu dan neneknya yang terbang jauh dari Sabah.

Keistimewaan ambil di studio adalah kami telah mengetahui keadaan cahaya di sini.. (oh bagi yang belum tahu.. studio kami hanya menggunakan natural light sahaja..) Walaupun kami sangkakan agak mudah pada awalnya, tetapi terdapat juga cabaran yang perlu kami hadapi sebelum dapat menghasilkan gambar2 ini. Kami perlu menyesuaikan diri dengan keadaan baby Mika yang kadang-kadang mahu tidur, dan kadang-kadang tidak. Jadi kami dengan penuh kesabaran tetap menunggu :-)

Ada peluang lagi mungkin saya akan mengambil gambar perkembangannya selama setahun, seperti abangnya dahulu yang mana tahun lepas saya dapat rakamkan pembesarannya. terima kasih buat ibu Mika sekeluarga kerana tidak putus2 memberi kepercayaan dan sokongan buat saya dan EOG. Saya gembira menjadi Family Photographer buat mereka!

Till then,

Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors