Monday, May 23, 2011

Slice of Life : Photo a day : Day 1

A project of us. One photo a day of my son.


Day 1 : Friday, 20th May 2011

Sudah hampir separuh tahun. Minggu lepas bila menggodek-godek gambarnya baru sedar tahun ini tidak begitu banyak gambarnya yang saya ambil. Ada waktu, sebulan tidak mengambil gambarnya! ahh.. mungkin ada yang telah saya kehilangan 'momen'nya. Rasa bersalah ada sedikit dalam hati. Dia membesar dan terus membesar. Yang semalam tak boleh lagi diulang. Hanya gambar dan ingatan untuk kenangan. Bila umur meningkat.. mungkin ingatan makin kurang. Banyak perkara lain yang perlu di fikir. Mungkin hanya dengan gambar boleh membantu ingat kembali apa yang telah berlaku.

Atas sebab itu, saya mulakan projek kecil ini dengannya. Mencabar diri sendiri untuk mengambil gambarnya at least sekeping sehari. Bukan hanya untuk melihat pembesarannya tapi juga apa yang telah dilaluinya. Mungkin tidak perlu bersiap-siap dengan pelbagai idea dan tema seperti sebelum ini yang sering kami lakukan bersama. Gambar sehariannya juga penuh makna.

Harapan besar, tapi biarlah saya mula dengan yang kecil. Mula dengan satu minggu dahulu, adakah saya mampu kekal dengan rutin ini. Bukan untuk orang lain. Untuk dia. Jadi inilah gambar pertama untuk projek ini. Biarlah kekal mungkin ke hari 30 atau mungkin sampai hari ke 365. Yang penting, tiada istilah lewat untuk memulakan sesuatu.

Till 'day 2'.

Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors