Wednesday, June 8, 2011

Slice of Life : Photo a Day : Day 10

A photo a day of my son. That is what the project is.



Day 10
29 May 2011

Seorang atok tidak akan pernah kisah akan kredit telefon nya yang bakal habis bila si cucu memaksanya telefon walaupun duduk sebelah-sebelah.

Seorang atok akan merasa perbualan di telefon bersama cucu kesayangan yang berada hanya di sebelahnya adalah sesuatu yang menghiburkan selama dia dapat membuat cucunya ketawa terbahak-bahak, itulah bahagia padanya.

Seorang atok tidak peduli lagi akan urusan-urusan luar yang lain.. selagi dia dapat duduk dengan cucunya bergelak ketawa melayan kerenah cucu yang kadang-kadang tak masuk akal.

Seorang atok tidak kisah disoal bertubi-tubi, di tanya banyak kali asal cucunya puas dengan jawapan yang diberi.

Seorang atok tidak akan merasa masanya terbuang bila dia dapat mencium dan memeluk cucunya seberapa banyak yang dia mahu. Seberapa lama yang dia ingini.

Kisah seorang atok dan cucu. Kasih yang tiada batas. Penyambung kasih antara dia dan anaknya. Atok yang sangat pemurah dengan kasih sayang, lidah tidak jemu memberi nasihat. Tidak kira cucunya masih lagi kecil ataupun sudah besar, si cucu pasti akan ingat nasihat yang tersemat di hati seperti ibunya yang tidak pernah lupa akan pesanan atok dari dulu hingga sekarang.

Saya sayang atok itu. Dia Babah saya :-)

Till Day 11.


Zubye

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors