Thursday, June 16, 2011

Slice of Life : Photo a Day : Day 15

A photo a day of my son. That is what the project is.



Day 15
3 June 2011

Ini masa cuti sekolah lagi.

Saya suka cuti sekolah. Ini bermakna saya punya alasan untuk tidak masuk ofis dan buat kerja dari rumah sahaja. Cuti sekolah juga bermakna banyak kerja2 rumah yang saya idam-idam untuk buat akhirnya berjaya. Bila cuti sekolah saya terasa saya lah ibu paling best di dunia bila dapat buat macam-macam untuk anak saya.. hahaha.. bukan sebab masa tak cuti sekolah saya tak buat apa-apa.. tapi masa yang sangat terhad tidak memungkinkan saya dapat buat semua seprti yang saya angankan untuk dia.Bayangkan saja pagi gelap-gelap sudah bertolak ke studio. Kemudian dia ke sekolah. Malam gelap-gelap juga baru sampai ke rumah kembali.

Cuti sekolah juga bermakna saya dapat lakukan aktiviti outdoor dengannya dengan lebih kerap.

Seperti hari itu.Badminton sudah jadi rutin petang-petang. Bersukan menyihatkan badan.Bersukan buat badan berpeluh. Peluh buat badan bau busuk. Hikhik.. Tapi lepas mandi wangi-wangi terus rasa sihat segar bugar.

Mama : Irfan, dah berapa point?

Dia : Abah 75, Irfan 30

(erk.. kalau macam tu punya point, chong wei pun pengsan)

Mama : (buat-buat tak nak ketawa) So sapa yang menang?

Dia : Irfan la!! sebab Irfan ada 3 angka!!!

Sah!! tak boleh cuti lama-lama.. 3 angka pun dia dah lupa apa.



Till Day 16

Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors