Thursday, July 14, 2011

Abang Arash dan KakakAdek Lia



Ini anak-anak kakak saya. Adik beradik.

Yang abang tu dulu waktu baby, sangat rapat dengan saya dan suami. Maksud saya.. sangat-sangat rapat. Setiap hujung minggu kami 'menculik'nya dan bawa bermain di rumah kami.. bawa pergi bershopping.. malah bawa juga pergi bercuti di hotel-hotel. Debab dulu dia dan baik yang amat bila di bawa berjalan-jalan. Diam sahaja. Tidak susah. Sekarang pun masih baik juga seperti ustaz :-)

Yang KakakAdek Lia (anak saya memanggilnya kakak adek.. sebab confuse kami memanggilnya adek sedangkan pangkat kakak pada anak saya)mulut tak henti mengomel. Merupakan model kegemaran saya juga kerana tidak payah disuruh.. dia akan suka berposing depan kamera. Jadi kalau saya mahu 'eksperimen' apa2, saya sudah ada girl model tersedia ;-)

Gambar2 ni sebenarnya saya ambil sama hari dengan ini dan yang ini. Tadi belek2 rupanya saya terlupa nak masukkan gambar mereka yang berdua ni sekali, padahal hari tu saya sudah siap membuat kolajnya. Suka saya melihatnya. Abang yang menjaga adik.. melindungi adik dari apa bahaya insyaAllah sampai besar ye, Abang! Sampai bila2!

Dan MakDe rasa sangat sedih tengok gambar2 ni. Tak tau lah kenapa....


Till then.


Zubye
email : eyesofgrace@gmail.com
EOG Fan Page

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors