Friday, July 1, 2011

Bee My Guardian Forever!

Align Center
" You may lose your faith in us. But never in yourselves. From here, the fight will be your own."

~ Optimus Prime. Transformers : Dark of the Moon.



Actually this is for day 26 for his Photo a Day Project.

But since the Transformers fever is back, I couldn't resist to share it here now! :-)

Dia mula 'berkenalan' dengan Autobot kesayangannya; Bumblebee selepas kami membawanya menonton Transformers 2. Sejak itu cintanya pada Bee tidak pernah padam. Hahahaha! Bagi mengeratkan rasa kasihnya itu, Mama dan Abah pun menghadiahkan set BumbleBee ini untuk Harijadinya yang ke 4 masa tu pada tahun 2009. Maka hubungan mereka semakin erat. LOL! Bila rindu, ditontonnya DVD Transformers 1 & 2 berkali-kali sampai mamanya naik pening.

Setelah 2 tahun berlalu, dengan kedatangan permainan-permainan kegemaran yang lain, BumbleBee hampir-hampir dilupakan. Tapi.. jeng jeng! Selepas dia menonton iklan Transformers : Dark of the Moon di panggung wayang, mulalah dia mencari2 kembali Bee kesayangan di dalam kotak-kotak yang penuh dibiliknya. Cinta terhadap Bee berputik kembali. Hari-harilah dia bertanya kepada kami bila cerita Transformers nak keluar. Dan mulalah hari-hari membuat 'homework' tentang Autobots, tentang Decepticons dah tidak lupakan juga tentang gf lama Sam; Mikaela! hahahhaha! Isnin lepas saya buat kejutan padanya, saya ke Alamanda terus untuk belikan tiket 3D Transformers untuknya yang telah kami tonton semalam :-). Sejak pembelian tiket itu, asyiklah dia menantikan hari Khamis dan asyiklah dia merenung tiket2 itu, macam menanti bulan jatuh ke riba lagaknya.

Dan buktinya semalam selepas menontonnya, dia katakan kepada saya :

"Mama, Irfan menangis tadi masa tengok Bumblebee macam nak kena bunuh."

Sensitif betul anak saya.


Till next entry,

Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors