Monday, August 15, 2011

Everyone loves Arlia | Kuala Lumpur Malaysia Birthday Portraiture Photographer



Semua orang sayang Arlia. Harap Arlia tahu. Auntie Zubye pun sayang Arlia. Begitu juga Abang Irfan. Dia kata Arlia rock! -)

Hari tu mama ada special 'gift' untuk Arlia. Mama kata tahun ni dia tak dapat buat party, tapi mama dah sediakan 'sesuatu' untuk Arlia. Semuanya khas untuk sessi portrait Arlia yang ke 3 tahun ni. Nanti satu hari Arlia boleh tengok gambar, mungkin boleh tolong Arlia ingat macamana happynya Arlia masa sambut birthday Arlia hari tu. Dan betapa cantik dan sweetnya Arlia dan kakak-kakak menggayakan baju yang Mama Arlia buat sendiri , yang mama buat penuh dengan kasih sayang. Ingat tu! :-)

Masa sangat sekejap. Rasa macam semalam Auntie ambil gambar Arlia dalam perut mama, gambar newborn Arlia, masa Arlia pandai duduk, juga masa Arlia dah boleh berdiri dan berjalan. Sekarang bukan sahaja takat berjalan, banyak perkara yang Arlia dah pandai buat, tapi yang paling Auntie suka.. mulut Arlia bagai bertih jagung, tidak berhenti bercakap. Ditambah pulak gelagat Arlia yang sangat mencuit hati. Kalau tengok muka-muka dalam gambar tu mungkin boleh dibayangkan Arlia jenis yang bagaimana :-)

Hari tu Mama tengok je dari jauh Auntie ambil gambar Arlia dengan kakak-kakak Arlia. Mama cakap suara kita semua bising, satu taman boleh dengar. Auntie pun tak perasan semua tu dek seronok melayan Arlia dan kakak-kakak ber tea party bersama bears petang itu. Kenangan best tu kan, my Lil' Goldilocks!

Lagi satu, Auntie nak bagitau, apa yang auntie suka adalah rambut Arlia yang sangat kerinting bagai spring kadang-kadang Auntie geram rasa mau tarik-tarik. hahhah tapi Auntie tak buat. Takpe nanti lain kali jumpa lagi auntie nak tarik jugak! LOL! Tolong pesan kat Mama supaya jangan potong rambut Arlia sampai Arlia darjah satu, boleh tak? Sebab nanti susah auntie nak dapatkan model instant berambut curly. Lagipun tengok rambut Arlia dan kakak-kakak buat Auntie terkenang 'semasa dulu'. hehhehe..

Ok Arlia, nanti kita jumpa, kita sambung lah borak lagi, ya! Semoga Arlia happy dengan gambar-gambar Arlia ni. Semoga Arlia terus memberi kegembiraan but Mama, Daddy dan kakak-kakak ok!

p/s to Mama Shikin : Tolong baca kan ni untuk Arlia. Nak tahu apa yang dia cakap tak henti-henti lagi nanti :-)




Till next entry.

Zubye.
email : eyesofgrace@gmail.com
EOG FB Page

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors