Monday, July 11, 2011

Just recover



This is his latest photo taken just now after I finished a studio portrait session with a client.

Minggu lepas dia tak berapa sihat sangat.. Bermula dari muntah-muntah, demam, batuk yang agak teruk, dan tonsilnya membengkak. Agak tough bagi mama dan dia.. bila dia refuse to eat almost anything... jadi badannya pun turut susut kerana tidak mahu makan. Alhamdulillah last weekend nampak ada perubahan.. lega hati rasa.. dah mula makan dan mintak macam-macam.

Begitulah. Kadang-kadang apa yang kita tidak mahu jadi tetap terjadi kalau itu yang telah tertulis. Mungkin yang kita tak mahu ini adalah baik untuk kita.. mengajar kita sabar.. mengajar kita tenang untuk menghadapi apa situasi pun.

Semoga saya terus dan terus bersabar membesarkannya.. bukan sahaja dalam memberi pendidikan yang cukup, tetapi juga membentuk dirinya menjadi anak yang baik dan juga sentiasa sabar dalam menghadapi situasi apa pun. Mungkin sekarang dia tidak tahu lagi apa itu sabar. Tapi satu masa, dia akan senyum dan mengetahui hakikat sabar itu sebenarnya adalah indah :-)

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors