Tuesday, July 19, 2011

Spring time!

Kadang-kadang bosan juga jika asyik shoot tempat yang sama. Kreativiti juga kadang-kadang jadi beku. Kering idea. Terbatas. Kadang-kadang mahu juga sesuatu yang baru. Biar mata segar balik.

Oleh kerana itu, setelah agak lama tidak menjalankan aktiviti 'mencari lokasi', minggu lepas, setelah selesai fotoshoot di studio saya mengajak suami 'mencari tempat'. Mujurlah itu memang merupakan hobi kedua-dua kami. Cuma kerana masa yang terhad, agak lama rasanya tak melakukan aktiviti ini sama2.

Kawasan berhampiran dengan rumah saya penuh dengan pokok-pokok yang sedang menghasilkan bunga yang amat banyak. Cantik. Kadang-kadang nampak seperti kapas. Tapi sayang, terletak betul2 sebelah jalan raya. Background bersih susah untuk diperoleh, yang ada kereta lalu lalang. Hampa saya rasa.

Lalu hari itu saya nyatakan hasrat.

"Kalaulah dapat cari pokok bunga-bunga macam ni.. macam bunga sakura ni, best kan? Rasanya memang musim bunga lah sekarang."

Lalu pencarian diteruskan (bukan untuk mencari pokok bunga2, tapi lebih kepada mencari lokasi baru). Sampai di satu kawasan..

"Tu!!! ada 2 pokok besarrr macam sakura!! Nak ambil dekat situ?" Suami yang mula nampak kawasan itu.

"Nakkk!!!" Dalam hati, boleh ke sampai ke situ? Buatnya jalan tutup macamana?

Kawasannya sedikit di atas bukit. Penuh dengan rumput2 dan bunga liar serta duri semalu yang menjalar. Tapi nampak berjaga juga. Kerana keinginan yang begitu tinggi, kami usaha juga. Dapat sekeping dua pun jadilah. Model pun dah memang sentiasa ada bersama. Kita klik2 lepas tu kita balik lah! Jadilah untuk melepaskan 'gian'.

Dalam perjalanan pulang, hati tersenyum simpul. Sekurang-kurangnya dapat juga satu kelainan hari itu. Simple benar sebenarnya. Tapi besar erti buat saya.

Sapa kata negara kita tidak ada kawasan cantik? Pada mata kasar tidaklah begitu menarik perhatian sebenarnya. Tetapi, lihatlah dengan mata hati. Kita akan sentiasa nampak keindahan itu.





One word can spark a moment,
One flower can wake the dream;
One tree can start a forest,
One bird can herald Spring.

One smile can bring a friendship,
One handclasp can lift a soul;
One star can guide a ship at sea,
One cheer can obtain a goal.

~ Shawnee Kellie

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors