Thursday, August 11, 2011

Slice of Life : Photo a Day : Day 19

A photo a day of my son. That is what the project is.



Day 19
7 June 2011

Lama. Lama saya tidak update tentang projek kami berdua ni. last sekali masa awal July yang lepas. Pada yang mengikuti, mungkin tahu tentang projek ini yang saya mulakan pada 20 May lepas, cuba sedaya upaya dan mencabar diri sendiri mengambil gambarnya sehari sekali. Ya, sebenarnya saya berjaya mengekalkan rutin itu selama 30 hari. Bukan mudah rupanya bila kita mencabar diri sendiri, tapi di sebalik itu, kita peroleh banyak manfaat dari apa yang kita cuba buat :-)

Ini adalah gambarnya pada hari yang 19.

Saya ingat lagi hari tu siangnya, waktu nak masuk ofis, kami dapati ofis berselerakan kena pecah masuk. Satu hari yang menduga kami sekeluarga.

Tapi budak lelaki ini tidak pernah walau sekali pun gagal untuk membuat saya dan abahnya tersenyum dan ketawa melihat gelagatnya. Dia sebenarnya yang buat saya selalu bertahan, membuat saya yakin di sebalik kejadian buruk ada kebaikan yang terselindung. Dia membuat saya sedar, yang dugaan yang datang untuk diri saya tidaklah sehebat mana untuk ditangisi, untuk diratapi. Kecil saya diuji, tidak perlu saya patah harapan. Dia buat saya bersyukur walau dalam masa yang sama saya ditimpa kesusahan. Dia kekuatan.

Malam itu bila dia membuat aksi ini terus lenyap difikiran saya tentang apa yang telah berlaku kepada kami siangnya. Saya tahu bila kita ditimpa musibah atau apa sahaja kesusahan, kita perlu berterima kasih dengan apa yang kita ada sekarang. Kita juga perlu bersyukur bila ditimpa kesusahan sebab ini membuat hati kita dekat dengan yang mencipta kita. Tidak perlu tunggu untuk memperoleh yang 'besar-besar' untuk kita kecap rasa gembira. Anak yang sedang membuat aksi spiderman dengan unmatch baju dan seluarnya... yang memakai seluar sampai hampir dada ini pun sudah boleh buat kita gembira dan ketawa.

Senyum, dan terus senyum :-)

Till Day 20.


Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors