Monday, September 19, 2011

6 years | Kuala Lumpur Malaysia Children Photographer



Enam tahun sudah. Hari jadinya pada 5 September yang lepas. Seperti kebiasaan, setiap tahun bila sampai harijadinya, saya akan mengambil peluang untuk merakamkan portraitnya. Selalunya saya ambil pada hari yang sama dengan hari jadinya. Tapi pada tahun ini, dek kesibukan beraya, dan masih lagi berada di 'kampung' pada waktu itu, maka sessi untuknya terpaksa ditangguhkan.

Saya baru berkesempatan untuk mengambil potretnya semalam. Bukanlah seperti yang saya imaginasikan untuk potret 6 tahunnya, kerana gambar ini secara kebetulan saya ambil sesudah satu sessi bersama dengan client semalam. Saya akan ambil lagi gambarnya insyaAllah, mengikut apa yang kami berdua rancangkan :-) (ye... dia sudah pandai memberi idea bagaimana dia mahu dipotretkan.). Maklumlah sudah besar :-)

Untuk harijadinya ini, tiada yang 'extraordinary' yang saya harapkan darinya. Cukuplah dengan doa yang tidak putus untuknya supaya dia menjadi seorang khalifah yang sederhana di muka bumi ini. Dia membesar menjadi seorang lelaki yang berakhlak yang baik, mempunyai budi bahasa, elok santunnya, memiliki kerendahan hati, dan menyenangkan hati semua orang. Apa yang penting buat saya dan suami agar hidupnya sentiasa dalam rahmatNya, di redhai setiap detik perjalanan hidupnya, di mudahkan segala urusannya. Mohon agar dia diberi hati yang terang, otak yang cergas dan cerdas untuk dia memperoleh ilmu dunia dan akhirat. Moga-moga besar nanti dia akan menjadi seorang lelaki yang bertanggung jawab terhadap dirinya, keluarganya juga agamanya insyaAllah.

Dan buat semua yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraannya, dan memberi sokongan buat mamanya, jutaan terima kasih saya ucapkan :-)

Jumpa lagi di lain entri.

xoxoxo

Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors