Wednesday, September 21, 2011

Cahaya | Kuala Lumpur Malaysia Children Photographer



Saya memang begini. Setiap kali habis dari photoshoot client, sepenat manapun, saya akan cuba memperuntukkan masa saya untuk ambil gambar anak saya pula. Tak tau lah.. tapi saya akan rasa bersalah sendiri kalau saya tak buat perkara tu. Pada saya, anak dan keluarga saya sendiri berhak mendapatkan apa yang terbaik dari saya. Jadi hari ni, lepas ambil gambar gambar baby Creed, lepas anak saya balik sekolah sempatlah saya snap sekeping dua untuknya.

Kadang-kadang apa yang tak sempat saya lakukan untuk client saya pada satu2 sessi, saya akan cuba sendiri melakukannya pada anak saya. Pendek kata, anak saya sebenarnya tempat saya meluahkan kreativiti dan bereksperimentasi.

Hari ini, di tingkap itu lagi. Saya sangat admire cahaya yang datang melalui tingkap kesayangan kami di studio ini. Oleh kerana itu, petang2 kami suka duduk ditepi tingkap ini.. berborak2, menikmati susana di luar walaupun permandangan di luar tingkap ini hanyalah bahagian belakang bangunan biasa sahaja... Kalau bernasib baik ada juga seekor dua burung yang singgah di tingkap ini.

Oklah, saya nak berehat dulu. Lain kali kita sambung ya!

Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors