Monday, September 19, 2011

Seputih salju | Kuala Lumpur Malaysi Family Photographer












Kehidupan bukanlah semata-mata hanya bangun pagi, pergi kerja pulang ke rumah, melakukan rutin-rutin seharian.

Kehidupan adalah kesempatan untuk kita mencurahkan potensi diri kita utk org lain. Kehidupan adalah kesempatan utk kita berbagi suka dan duka dengan orang yang kita sayangi.

Kehidupan adalah kesempatan untuk kita bergaul dgn baik dan mengenal orang lain.

Kehidupan adalah kesempatan untuk kita mencintai pasangan kita, orang tua kita, saudara, serta mengasihi sesama kita.

Kehidupan adalah kesempatan untuk kita belajar dan terus belajar tentang erti kehidupan.

Kehidupan adalah berhenti mencari kesempurnaan, tetapi saling melengkapi dalam menutup ketidaksempurnaan itu.

Kehidupan adalah menghargai setiap dari yang kecil-kecil , yang dilihat biasa dari mata kasar, bukan hanya menghargai setiap pencapaian, kejayaan, atau apa-apa yang 'besar-besar' sahaja yang berlaku dalam diri.

Kehidupan adalah tentang membuat silap. Mengakui kesilapan. Memohon maaf. Memberi maaf. Dengan ikhlas datang dari hati. Agar tiada dendam yang masih tersirat.

Kehidupan adalah melaksanakan dengan perbuatan segala setiap bait perkataan yang kita ucapkan.

Kehidupan adakalanya tidak seperti yang kita harapkan, yang kita doakan hari-hari. tetapi adalah medan untuk kita sentiasa diuji dengan apa yang kita tidak mahu, yang kita rasa takut untuk menghadapinya. Kesabaran menuntut segalanya.

Kehidupan adalah tentang bersangka baik selalu dan meyakini bahawa apa yang berlaku dalam hidup adalah apa yang sudah tertulis terbaik untuk diri kita.

Hmm.. banyak sangat tentang takrifan hidup kalau mahu ditulis satu persatu. Yang nyata kehidupan adalah satu proses pembelajaran yang tidak akan pernah berhenti dan satu ruang untuk kita memperbaiki diri :-) Ambillah peluang itu :-)


Much love,

Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors