Wednesday, October 5, 2011

Admiring her... | Kuala Lumpur Malaysia Children Studio Portrait Photographer




Sebenarnya, sessi ini dijadualkan untuk adik lelakinya..

Sepanjang saya merakam gambar si adik.. tidak lepas saya memandang kakaknya.. hati bagai ada magnet yang menarik-narik supaya saya lebih 'dekat' dengan kakaknya ini..

Maka, waktu berehat sekejap dari ambil gambar adik, cepat2 saya bagitahu keinginan saya yang sejak tadi tidak sabar-sabar untuk mengambil gambarnya pula. Saya rasa.. semuanya kerana rambutnya itu :-) Saya suruh dia melepaskan rambut (ketika itu dia mengikatnya).. saya suka melihat rambut itu.. biar lepas begitu sahaja.. Dia baru 7 tahun.. Kata ibunya.. dia mahu meluruskan rambutnya itu kerana kawan-kawan di sekolah semuanya berambut lurus.. Tapi saya katakan kepadanya agar tidak melakukannya.. kerana itulah yang membuatkan dia begitu cantik pada mata saya.. dan sudah tentu pada mata orang sekeliling yang lain.. saya katakan padanya.. itulah yang membuatkan dirinya unik.. berbeza dari orang lain.

Saya harap dia faham apa yang saya maksudkan.. bahawa diri dia di hargai, di sayangi, disukai adalah kerana apa yang telah sedia ada dalam dirinya.. She should be proud of it :-)

Good news untuk peserta Bengkel EOG yang akan datang, InsyaAllah.. dia akan menjadi model untuk kelas kita nanti :-) Tunggulah aksinya yang penuh ceria seceria dan secomel senyumannya itu!


Much love,

Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors