Thursday, November 24, 2011

The Brothers | Kuala Lumpur Malaysia Children Photographer



Hi semua!

Maaf, nampaknya blog ini agak lama tidak terusik. Sebenarnya dalam hati ingin sangat berkongsi gambar-gambar yang di ambil, bila setiap kali selesai mengambil gambar, begitu berkobar-kobar hati ingin menunjukkan hasilnya buat semua, tetapi buat masa sekarang keadaan tidak begitu mengizinkan. Sibuk saya dengan tugas-tugas post-processing selepas gambar diambil, bila sudah siap satu, yang satu lagi pula menunggu, sudah habis yang itu, photoshoot baru pula menanti, lantas tidak punya masa yang cukup untuk saya mengemaskini blog ini.

'Big boss' yang kecil di rumah juga meminta perhatian lebih :-).Musim cuti sekolah ni, kebanyakan masa saya bekerja dari rumah tidak seperti sebelumnya, kebanyakan masa saya di studio dan office. Saya akan ke studio bila ada temujanji sahaja. Jadi faham-faham sajalah kalau di rumah, pelbagai 'kerja-kerja tambahan' yang perlu dibuat, :-) belum lagi termasuk mencari idea-idea yang bagus untuk dilakukan bersama 'big boss' tadi supaya dia tidak bosan sepanjang cuti ini. Maka, urusan kemaskini blog terpaksa saya letak ke nombor 2, termasuk juga update di FB. Ada juga sneak peeks yang masih belum sempat saya update di FB. Gambar-gambar clients perlu disiapkan terlebih dahulu, jika ada masa lebih, saya kongsi di sini ya.

Ok, ini gambar yang saya ambil hujung bulan lepas. terima kasih Kak Zenu kerana memberi kepercayaan kepada saya. Tahniah saya ucapkan pada si abang; Hafetz kerana telah memperoleh 5A untuk peperiksaan UPSR nya. Congratulations Big Bro! You made your mom proud, you made us proud too!

Till then,

Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors