Monday, March 19, 2012

Backyard heaven:-)







Hujan yang kerap turun kebelakangan ni telah membuat segala jenis tumbuh-tumbuhan hidup subur. Alhamdulillah. Termasuklah rumput-rumput dan bunga-bunga liar di belakang rumah saya ni :-)). Sekali pandang, nampak macam Lavender. hehhe.. Dulu kat belakang ni, kalau hujan je selalu, cepatlah lalang hendak tumbuh. Tapi lepas Abahnya meracun, sekarang dah takde langsung lalang yang tumbuh, tetapi yang peliknya, rumput2 yang gemuk dan bunga2 liar pula mengambil tempat. Kalau bernasib baik, ada juga rama-rama yang berwarna warni datang menyinggah. Kadang-kadang rasa sayang pulak nak potong bila tenok permandangan nya tu :-)

Semalam Abahnya nak menebas semua rumput-rumput tu.. tapi saya cakap nanti dulu, taknak lepaskan peluang, saya pun ambil kamera, ambil bubble, ambil kerusi, suruh anak bujang duduk, kemudian buatlah apa yang dia mahu. Inilah hasilnya. Lama jugak sebenarnya tak dapat nak ambil gambar outdoor yang proper untuk dia. Dah sekolah ni.. hanya ada masa waktu malam je lah kalau nak ambil gambar dia pun. Jadi, sangatlah bersyukur untuk sessi pendek 5 minit ini semalam.

Lepas je ambil gambar, dah start mendung nak hujan semula. Makanya terbatallah hasrat abahnya nak menebang. Masih lagi begitu di belakang rumah. Boleh lah buat projek amik gambar lagi sementara nak menunggu hujung minggu untuk di 'clear' kan :-))

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors