Saturday, March 3, 2012

Inspire me : That note : That light

ISO 500, 1/200 sec, f1.4

ISO 500, 1/160 sec, f1.4

ISO 500, 1/320 sec, f1.4



Saya ada buat sesuatu.
Dari hari Selasa lepas sampai siang tadi, saya me'lari'kan diri sebentar dari berhubung dengan dunia luar.
Ingin sangat saya mencari 'sesuatu' yang saya rasakan hilang tempoh hari.
Lalu saya memadam semua 'hubungan' saya dengan dunia luar sekejap.
Akhirnya, saya dapat sesuatu. Walau masih lagi dalam tahap yang belum 100 peratus saya mendapatkannya.

Saya merasa apabila saya berada dalam keadaan yang 'terpisah', daya fikiran saya lebih produktif untuk mencipta, berkarya, dan mentakrif sesuatu yang baru.
I seeing life differently.
Otak saya lebih rajin berfikir.. rajin lah sedikit daripada kalau saya sentiasa menghadap internet. Bila ber internet, mudah sahaja semua sumber kita boleh perolehi dari situ.
Tapi bila tiada internet, tiada teknologi canggih itu, tiada 'dunia tanpa sempadan' itu, saya dapat rasa cara berfikir saya pun berbeza. Setiap keputusan, setiap tindak tanduk adalah letaknya dalam diri sendiri.
Cara saya 'melihat' dan 'merasa' sesuatu pula yang saya rasakan tiada sempadan.
Untuk berkarya, menjadi lebih challenging sebab bergantung sepenuhnya kepada apa yang ada dalam kepala tanpa dipengaruhi dengan elemen-elemen luar.

Bolehlah saya tersenyum, sebab sekarang saya rasa saya tahu apa yang saya mahu. :-)

Inspirasi saya masih ada di sini. Dia belum pergi.

Lalu dari situlah datangnya project ini.

INSPIRE ME saya bagi namanya.

Tidaklah pula dapat saya mengagak sampai bila bertahannya project ini.
Itu tidak penting, yang penting, ada idea, dan saya laksanakan.
Ye, jangan tunggu.
Execute the ideas!
Jangan tungu dan peram lama-lama.
Nanti idea hilang, apa lagi ingin melaksana, sudah malas.
Bila sampai tahap itu lagi susah jadinya.

Ok tentang project INSPIRE ME ini.
Sebenarnya ini hanya sebagai latihan kepada saya dan untuk mengasah kreativiti saya dalam merakam gambar.
Kerja sebagai seorang fotografer, kadang-kadang saya rasakan saya melakukan rutin yang sama setiap hari.
Tiada apa yang tidak kena dengan gambar-gambar yang saya rakam itu, tapi nanti.. akan sampai satu tahap bila saya rasakan gambar yang saya rakam itu seoalah-olah sama.
Lantas, apa yang paling saya geruni adalah akan wujud rasa yang 'suram'.
Oleh kerana kita mengejar dateline gambar-gambar yang ingin disiapkan, lalu ada waktu kita lupa yang kadang-kadang kita perlukan sesuatu seperti ini untuk kita menjadi 'segar' semula.
Sesuatu yang sebenarnya datang betul-betul dari lubuk hati kita.
Sesuatu yang dapat menerangkan tentang diri kita.

Projek ini secara asasnya saya jadikan sebagai 'exercise' saya sebagai seorang fotografer untuk melatih mata saya melihat sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza.
Untuk melatih otak saya berfikir, untuk menggalakkan ruang seni dalam hati dan fikiran saya berkembang dan bersatu, untuk tidak merasa terlalu selesa dengan apa yang telah saya buat sekarang, untuk sentiasa menyedarkan diri sendiri tentang ketidaksempurnaan saya, dan yang paling penting adalah untuk memekarkan lagi cinta saya terhadap bidang ini.

Maka inilah ruangnya untuk saya melatih tubi.
Apabila sentiasa dilatih tubi, insyaAllah kerja-kerja merakam gambar untuk client juga akan menjadi lebih baik dan semakin unik hendaknya.

Dalam melaksanakan projek ini, saya hanya bersaing dengan diri saya sendiri untuk melihat sejauh mana kreativiti saya boleh pergi. Sampai ke Paris kah.. ke awan kah.. atau terukir di bintang kah? hehehhe

Gambar-gambar yang saya letak di sini dari project ini saya sudah tetapkan syaratnya adalah : Hendaklah SOOC (Straight Out Of Camera) tanpa sebarang post processing, kecuali saya perlu mengecilkan saiz gambar untuk diletakkan dalam ini.
Sebabnya mudah.
Saya cuba untuk mendapatkan 'feel' dan 'jiwa' melalui apa yang terhasil terus dari kamera saya.
Andai tidak sempurna, saya biarkan. Saya akan cuba mencari kesempurnaan di celah-celah ketidak sempurnaan itu.
Saya ingin viewer melihat melalui apa yang telah saya lakarkan dan luahkan dari kotak fikiran saya terus kepada apa yang anda lihat sekarang.
Sebab dari situ saya rasa, baru saya dapat betul-betul belajar.
Barulah saya betul-betul dapat mengasah mata dan seninya.

Oklah sedikit tentang gambar.
Bagaimana saya dapat inspirasi ini.
Lighting yang dihasilkan dari spotlight di meja kerja saya.
Satu hari anak saya meletakkan note kecil yang ditulisnya di atas meja saya.
Apabila saya membuka lampu saya tengok cantik warna note itu bersama tulisan-tulisan dan lukisan-lukisan comelnya diterangi cahaya dari spotlight itu.
Saya sangat jatuh hati dengan cahaya yang dihasilkan oleh lampu ini yang menyirami bilik kami yang gelap.
Hanya yang nampak cahaya lampu yang memancar.
Lalu saya tambahkan anak saya sebagai elemen penguat cerita.
Itulah sumbernya.

Oklah panjangnya saya tulis. Sekali sekala bila malam-malam sunyi macam ni.. bila mata belum mengantuk.. bila yang lain sudah pun tidur, maka berceloteh sorang2 macam ni memang lah seronok.

Kalau ada yang membaca, terutama sekali buat penggemar-penggemar fotografi, saya harap anda dapat sesuatu dari penulisan saya kali ini. Saya sangat berbesar hati jika anda juga ingin berkongsi sama. Jika ingin bertanya apa-apa, jangan segan dan silu.

Saya fikir, ingin lagi saya 'berpisah' dengan dunia luar dan dunia virtual ini pada minggu depan. Lalu saya tak dapat nak berjanji bila lagi saya akan update blog mahupun FB EOG saya. Buat masa ini, saya hanya perlukan sedikit ruang untuk saya 'bernafas' dan berinspirasi semula.

Apabila sudah sampai masanya, pasti saya akan kembali.

Terima kasih kerana ada di sini, membaca ini dan menatap ini.

Till next time.

Zubye.


Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors