Tuesday, September 25, 2012

International Photo Exhibition in Yelisavetgrad Ukraine.



INTERNATIONAL PHOTO EXHIBITION : 
CHILDREN CRY AND LAUGH IN THE SAME LANGUAGE
18th Sept to 1st Oct 2012
YELISAVETGRAD GALLERY, UKRAINE. 

3 of my works have been selected for the exhibition. I am truly honored to be a part of the exhibition. This is definitely one of my highest achievement in photography area.

and another sweet achievement for me when BERNAMA has covered a story about me and this exhibition in their news.

You can read them here and here . :-)

These are the photos chosen:







and here are some photos from the exhibition :



the news covered by BERNAMA


Saya rasa berkemungkinan besar ramai yang telah tahu dengan berita yang menggembirakan saya ini kerana saya sudah memaparkannya di FB EOG Jadi saya ingin mengambil kesempatan yang ada di sini untuk mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih buat semua yang meluangkan masa membaca, menekan 'like' , memberikan komen, yang memberi sokongan dan berdoa tidak putus untuk kejayaan saya. Saya telah baca satu persatu dari komen dan message anda semua, dan sungguh tidak mampu untuk saya membalasnya satu persatu.

Tapi ingin saya nyatakan di sini saya cukup terharu dan berterima kasih buat semua. Saya yakin, doa kalian yang ikhlas lah yang Tuhan makbulkan lalu terjadilah pencapaian saya ini. Saya mendoakan Tuhan melimpahkan juga rahmatNya buat kalian semua dan memberikan kejayaan dalam hidup semua kerana merasa gembira dengan kegembiraan saya.

 Ok, kita berbalik kepada Exhibition ini. Ramai juga yang ingin tahu bagaimana rentetan peristiwa sehingga gambar-gambar dari saya boleh tersiar di sana. Saya berbesar hati untuk berkongsi tentangnya di sini.


Pada pertengahan April 2012, saya menerima email dari satu alamat yang sangat janggal dan tidak dikenali. Awalnya saya ingatkan client ingin bertanya harga. :-) Tapi apabila saya membaca email itu, saya antara percaya dengan tidak apa yang terpapar di depan mata. Email itu datangnya dari pihak Gallery Yelisavetgrad, Ukraine, yang menyatakan keinginannya untuk mengetengahkan gambar-gambar saya di satu exhibition yang akan di adakan pada bulan September 2012.

Bagaimana mereka boleh mengenali saya? Saya fikir dan yakin, ini memang rezeki yang sudah ditulis untuk saya 'di sana'.. rezeki yang memang sudah dititipkan buat saya dan keluarga, mereka mengatakan mereka dalam usaha pencarian gambar kanak-kanak yang layak dipamerkan dalam gallery itu, lalu mereka google, dan sudah pasti berderet nama Children Photographer di situ dan saya adalah salah satu di antaranya. Di antara ramai yang tersenarai di dalam 'google search itu' mereka berminat melihat hasil kerja saya, dan terus menyatakan hasrat mereka untuk mengetengahkan gambar-gambar saya itu di exhibition itu nanti.. tetapi... ye tetapi... saya perlu melalui satu proses saringan iaitu pemilihan gambar terlebih dahulu, dan pihak gallery akan membuat keputusan, daripada hasil hasil kerja saya itu, mana yang akan terpilih untuk exhibition tersebut. Ini termasuklah daripada ratusan gambar oleh photographer2 professional dan amatur lain di seluruh dunia.

 Setelah berbalas balas email, mereka meminta saya untuk menghantar beberapa keping gambar untuk 'di saring'. Gambar-gambar itu syaratnya hendaklah memaparkan emosi dan ekspressi kanak-kanak dengan jelas. Lalu saya pun menghantar antara gambar2 latest yang saya pernah rakamkan. Ya, pernantian itu cukup memberi debaran buat saya. Selepas saya menghantar gambar-gambar itu pada bulan May 2012, saya berdebar untuk menanti keputusannya.


 Lalu, pada bulan July 2012, email yang saya tunggu akhirnya sampai juga dan email ini membawa perkhabaran yang cukup membuatkan saya rasa bersyukur dan sangat merasa rendah hati. Mereka telah memilih 3 daripada hasil kerja saya untuk di pamerkan di exhibition itu. Pada awalnya seolah tidak percaya, kerana saya merasa, kalau dapat sekeping pun saya sudah cukup bersyukur, inikan pula diberi penghargaan hingga 3 keping gambar. Apa yang lebih menyentuh hati saya adalah apabila mereka menyatakan agak sukar untuk memilih 3 gambar terbaik dari gambar-gambar yang saya beri, kerana gambar2 itu semua memberi makna yang berbeza-beza buat mereka semua. Saya cukup cukup terharu, kerana ada juga orang luar yang menghargai hasil kerja saya. Alhamdulillah.


Seperti yang saya nyatakan di dalam FB, bukanlah pengiktirafan yang saya kejarkan sejak hari pertama saya menceburkan diri dalam bidang ini, malah mungkin tidak pernah terlintas langsung. Saya hanya membuat semua ini mengikut kata hati saya.. kerana saya tahu apa yang saya buat ini menggembirakan saya, malah dalam masa yang sama saya juga dapat menggembirakan orang lain yang suka melihat wajah2 suci anak2 kecil. Dapat merasa kebahagiaan itu pun sudah cukup membuat hati saya puas.

 Dan benarlah, jika Allah ingin memberi sesuatu, kalau memang sudah ditulis, maka itu lah jadinya. Dan saya kira, inilah hadiah buat saya.


Siang tadi, sebenarnya pihak Bernama interview saya sangat panjang!! hehhehe... dan saya ingin mengakhiri post ini dengan sesuatu di sini. (iaitu salah satu soalan dari pihak Bernama tadi yang tidak disiarkan dalam berita hihihi)

Soalannya: Apakah pesan saudari kepada semua yang berminat dalam menceburkan diri dalam bidang ini terutama sekali bagi yang baru sahaja menjinakkan diri dalam bidang fotografi? Ini jawapan saya dan mudah-mudahan kalau ianya dapat memberikan inspirasi dan semangat buat semua, alhamdulillah.

"Semua orang dilahirkan dalam dunia ini mempunyai bakat dan keupayaan diri sendiri. Tidak kira dalam bidang apa sekali pun. Kita mesti percaya pada diri dan percaya kepada kata hati kita yang mesti dipandu oleh akal dan jangan sesekali takut untuk mendengar kata hati kita itu. Dari situ kita dapat cungkil sebenarnya apa yang memang telah ada dalam diri kita. Setelah kita tahu, dan jumpa dengan kelebihan kita itu, kembangkanlah dengan jalan yang betul. 

Kita akan berhadapan dengan banyak perkara jatuh dan bangun tetapi SENTIASALAH MENJADI DIRI KITA YANG SEBENAR walau apa keadaan sekali pun. Biarlah kita yang mempengaruhi dunia luar. Bukan membiarkan dunia luar yang mempengaruhi hidup kita. Dalam melakukan sesuatu, jangan kita harap penghargaan dari orang lain. Tapi teruskan lah melakukan apa yang kita suka dengan hati yang penuh ikhlas tanpa mengharap apa-apa balasan. Tetapi, jika suatu hari nanti, ditakdirkan kita mendapat penghargaan dan pengiktirafan, maka anggaplah itu satu anugerah dan hadiah yang ingin di beri Tuhan di atas keikhlasan kita selama ini. Dan teruskan.. teruskan berkarya.” 

Mudah mudahan kita semua akan mendapat kejayaan yang kita mahukan InsyaAllah.

~ Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors