Friday, April 19, 2013

Innocent soul | Kuala Lumpur Malaysia Newborn Baby Photographer

Apabila pekerjaan yang saya lakukan ini mampu untuk membentuk jiwa saya, melembut hati, juga membaiki peribadi, saya kira mungkin ini adalah salah satu kejayaan terbesar buat saya selama mana saya berkecimpung dalam bidang ini.

Syukur kepada Allah kerana membekalkan saya dengan kebolehan yang sementara ini. 
Mudah mudahan sentiasa beringatlah saya dan moga amanah dan jujurlah saya dengan apa yang telah dipertanggungjawabkan.

Siapa yang hatinya tidak rasa dibuai-buai melihat wajah baby, tidak kira melalui gambar yang saya rakamkan ataupun dari gambar mana sekalipun. Itulah keajaiban yang datang dari bayi yang hati nya luhur dan bersih tidak ada sedikit pun tercela. 

Banyak kita belajar melaluinya, bukan? Sedikit sebanyak teringin untuk memiliki hati seluhur itu semula. Apa kah mampu? Kita belajar dan terus belajar. Kita berusaha dan jangan lah mudah berputus asa :-)

Selamat berhujung minggu, dan peluklah anak2mu selalu!

xoxoxo

Zubye.



Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors