Monday, May 19, 2014

Buku Fotografi Kanak-kanak oleh Zubye Rusli

Syukur alhamdulillah kepada Allah yang memberi rahmat dan rezeki.

Saya ada sesuatu yang ingin dikhabarkan tentang perkembangan dan projek terbaru saya sebagai seorang fotografer. Saya kini sedang dalam proses menulis sebuah buku tentang Fotografi Kanak-kanak. Alhamdulillah, tawaran itu saya terima bulan April yang lalu daripada MPH Publishing yang akan menjadi penerbit kepada buku itu nanti. Hari ini saya mahu berkongsi dengan semua. Saya harap ini merupakan satu berita gembira untuk anda semua juga.

Tuhan telah menunjukkan saya jalan bagaimana dapat saya berkongsi ilmu dan pengalaman saya yang tidak seberapa ini kepada semua di luar sana, Alhamdulillah. Buku berkenaan memfokuskan tentang pengalaman saya sendiri dan mengajak ibu bapa di luar sana untuk merakam gambar anak-anak di samping memberikan panduan dan tips tentang bagaimana ingin mengambil gambar anak-anak anda dengan lebih baik dan menyeronokkan. Target pembaca kami adalah para ibu bapa! :-)). In shaa Allah buku ini bakal berbeza dengan buku-buku fotografi lain di luar sana (yang kebanyakannya daripada luar negara) kerana saya menggunakan bahasa yang santai dan mudah untuk difahami. Oleh kerana saya juga seorang ibu dan pernah melalui saat-saat awal belajar mengambil gambar anak sendiri, jadi in shaa Allah saya tahu dan memahami apa yang ibu bapa di luar sana mahukan.

Jika mengikut segala perancangan antara saya dan pihak MPH, jika tidak mempunyai apa-apa masalah, buku itu nanti dijangka siap pada hujung tahun ini In shaa Allah. Maka sekarang apa yang saya perlu lakukan adalah menulis menulis dan menulis :-). Doakan kesihatan yang baik untuk saya, begitu juga doakan Allah memberi ilham kepada saya untuk berkarya. 

Untuk aktiviti fotografi saya pula, masih seperti biasa. Kepada yang berminat untuk membuat tempahan sessi fotografi boleh email saya lebih awal supaya dapat saya atur jadual saya dengan baik. 

In shaa Allah dari semasa ke semasa saya akan selitkan serba sedikit tentang perkembangan penulisan saya di sini.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan buat saya dan EOG selama ini. Saya doakan Allah memberikan kebaikan untuk anda semua!



Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors