Wednesday, April 22, 2015

Untuk dia.. | Kuala Lumpur Malaysia Family Photographer

Dia adalah salah seorang wanita yang paling tabah pernah saya kenali. Membesarkan empat orang anak, yang salah seorangnya menuntut perhatian dan kesabaran yang bukan sedikit. Cekal hatinya Tuhan yang tahu. Tidak pernah ada keluhan, hanya senyum yang selalu saya nampak dia ukir.

Saya kenal dia bukan baru. Sudah lama. Sejak anak sulungnya masih bayi lagi. Sudah hampir 9 tahun kini, dia bukan sahaja merupakan seorang client buat saya, tetapi juga seorang kawan yang baik. Jatuh bangun saya dalam arena ini dia lihat dan kerap dia memberi semangat. Mungkin tidak selalu saya katakan padanya, tapi saya menghargai setiap satu perkataan-perkataan yang lahir dari mulutnya, tulus diberikan untuk saya.

Dalam hati, saya cuba meneladani kekuatan dia. Mencontohi semangat dan sabar yang kuat. Dear S, setiap satu yang kamu lalui, setiap dugaan yang silih berganti, semuanya tidak akan dipersiakan Tuhan.  Satu-satu Tuhan tengok dan ia tidak sia-sia, semua akan diberi ganjaran. Berbahagialah, kerana kamu insan pilihan Tuhan.


Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors