Wednesday, March 2, 2016

Mendapatkan pendedahan | Kuala Lumpur Malaysia Photography Exhibition

 [Some advice can be a vice. Feel free to take what you can use, and leave the rest. There are no rules :-)]

Hendak mempamerkan hasil karya anda di dalam photography exhibition atau tidak? Terpulang. Ini sangat subjektif untuk diperkatakan. Sebab matlamat, objektif dan fokus setiap orang adalah berbeza. Anda tahu apa yang anda mahu.

Dapat mempamerkan hasil karya anda dalam satu2 exhibition insyaAllah akan membuka kepada peluang-peluang besar yang lain. Ia juga baik untuk portfolio anda. It is a good tool to market yourself and to showcase your work to the potential clients. Dapat belajar sesuatu yang baru, meluaskan networking, pengalaman baru. Bukankah hidup ini sememangnya adalah pelajaran yang berterusan?

Saya mengambil peluang ini sebagai cabaran untuk saya keluar dari zon selesa saya. Definitely not to please or to impress anyone but with all my heart, I'm just trying to be brave and just keep going. Dan sekarang saya hanya ingin kongsikan proses-proses yang saya telah, sedang dan akan lalui hinggalah sampai tarikh itu nanti. Think of the process, not only the 'product'.

Tidak mahu membuang masa audien, saya berkeputusan untuk menjadikan penulisan ini padat dan mudah. Proses-proses yang saya tulis ini, lebih signifikan untuk fotografer khususnya yang pertama kali ingin membuat pameran  / photo exhibition. Saya tetap belajar along the way. Harap informasi ini berguna.

Proses 1

1- Setelah mendapatkan tarikh yang tepat dan confirmation dari penganjur, perkara pertama yang saya buat ialah melakukan research. Melalui Google pasti yang paling senang. Letak saja keyword yang sesuai.. "Guideline to your first photo exhibition" misalnya. Tulislah dalam journal isi2 penting yang diperolehi.

2- Memperbanyakkan bacaan berkenaan dengan kreativiti untuk meningkatkan keyakinan diri. Tandakan atau tulis dalam journal quotes yang membina. Berikut ialah list buku yang saya baca dan ulang baca dalam masa sebulan ini :

i) Big Magic by Elizabeth Gilbert
ii) Steal Like an Artist by Austin Kleon
iii) Show Your Work by Austin Kleon
iv) The Creative Life; True Tales of Inspiration by Julia Cameron

Be realistic! Dengan kesuntukan masa, yang penting adalah kualiti bacaan bukan berapa banyak buku yang kita baca.


3- Memperuntukkan masa untuk melawat galeri-galeri seni dan menghadirkan diri dalam pameran-pameran seni yang diadakan di sekitar KL. Ini bagi mendapatkan 'feel' tentang exhibition kita kelak. Input yang banyak saya perolehi apabila berkesempatan berjumpa sendiri dengan artis-artis yang membuat pameran-pameran tersebut. Saya cari masa dan contact mereka yang sudah jauh lebih berpengalaman (kalau dapat yang dah pernah buat exhibition adalah bonus), berjumpa atau setidak-tidaknya berhubungan melalui message, email ataupun whatsapp. Tapi paling berkesan, jumpalah 'face-to-face'. Ya semua orang sibuk dengan urusan masing-masing. tapi yang penting ialah cari masa untuk memulakan. Buang sikap malu dan buang rasa 'egoistik'. Saya minta pendapat dan cadangan mereka serta dengan teliti saya mendengar segala pengalaman mereka. Saya catitkan dalam buku nota yang saya kendong ke sana ke mari.

4- Tulis setiap satu proses yang di lalui walaupun kecil dalam journal. Ini apabila dibaca, akan meyakinkan diri sendiri bahawa kerja kita ada progress walaupun kecik. Ingat, kejayaan bukanlah hanya tentang hasil yang diperoleh di penghujungnya, tetapi proses kecil yang berjaya kita lalui setiap hari. Focus on that journey! Kongsikan kepada umum jika perlu, agar pengajaran yang kita peroleh dapat juga di pelajari oleh orang lain.

5- Share the good news with your family and close friends. Ini sangat memberikan motivasi!

Antara point 1, 2, dan 3,  jelas memberikan impak yang sangat berbeza. Bangun dari kerusi anda. Jauhkan diri dari komputer. Keluar, jumpa dan cuba berkomunikasi dengan the 'real people'. Fikiran lebih terbuka, minda akan berkembang. Kita semuanya sememangnya manusia yang punya banyak idea. Dengan mendengar serta menerima idea-idea orang lain itu adalah sangat melapangkan fikiran. Perkara-perkara yang kita tak tahu, baru jelas nampak dan faham.

Perkara yang saya pelajari daripada proses ini :

Trust, and be yourself. Memang akan terbit rasa self doubt apalagi ini merupakan pameran pertama. Releks. Benar, perkataan "Exhibition" itu seolah-olahnya berbunyi besar sangat. Kenyataannya, meskipun ia adalah satu portfolio yang baik untuk kerja2 kita,  tapi ia tidaklah sampai perlu digerun-geruni. Ianya hanya satu platform untuk mempamerkan karya kita dan menyampaikan mesej kita melalui karya itu kepada umum sahaja. So fokus kepada mesej itu. Apa jua persepsi audien terhadap persembahan kita kelak adalah di luar batas kemampuan kita. Mereka berhak meng-interpretasi apa sekalipun. Luruskan niat. Do not overthink. Plan, go with the flow and just do it. Do it your way.

Ikhlaskan hati. Perkara pertama yang paling penting.

Doa.

(nanti bersambung di proses 2 insyaallah...)


Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors