Monday, September 26, 2016

Muhammad Ali Jibreel | Kuala Lumpur Malaysia Newborn Photographer

Beza usianya dengan sang Kakak 11 tahun. Permata yang dinantikan setelah sekian lama. Menurut Mama, Kakak menangis apabila dimaklumkan berita gembira yang Mama sedang membawa adik dalam kandungan. Membuat kedua Mama dan Abah juga berkaca-kaca mata mereka. Indahnya saat itu. Pasti yang mengalami lebih merasai. Saya tumpang gembira. Kerana Mamanya penting dalam hidup saya. Gembiranya, gembira saya juga.

Indah nama ayah bonda kalungkan untukmu; Muhammad Ali Jibreel. Hadirnya Ali mengikat kasih dalam keluarga, meneman sunyi kakak Aliya, mencambah benih-benih bahagia. Teruslah sampai besar nanti membahagiakan semua hati yang menyayangimu. Bila besar, kakakmu itu, pastikan kau jaga dia.  Wahai Ali anak yang baik, kalau boleh Aunty Zubye menumpang kasih sayang Ali, izinkan Abang Irfan memanggilmu adik juga, boleh? Auntie tahu Mama pasti setuju :-)

Rindu dengan Ali. Dengan Mama Ali. Dengan Kakak Aliya. Dah lama kita tak dating sama-sama, macam dahulu-dahulu (masa kakak Aliya masih anak tunggal kesayangan). Mama sibuk menguruskanmu Ali, sampai makan pun, mungkin mama tak sempat. Mungkin Mama curi-curi hanya makan roti macam masa hari photoshoot kita hari tu. Nanti, kalau Tuhan izinkan pasti kita akan jumpa lagi.  Rasanya Abang Irfan pun sudah tak sabar nak main bola sepak dengan Ali sambil Kakak Aliya kita paksa jadi penjaga gol :-)



Oh.. dan di bawah ini pula adalah video "behind the scene" yang saya buat untuk mereka :-)


Muhammad Ali JIbreel from Zubye Rusli on Vimeo.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors