Monday, November 7, 2016

Bali : Sebuah catatan perjalanan ~ Pantai Balangan

Ini adalah kisah tentang dua sahabat yang berkelana di bumi Bali..

Day 1.
Ahad 30th Oct '16.

Kami bertolak dari KLIA 2 jam 11.20 pagi dan sampai airport Denpasar pukul 2.25 petang (15 minit awal - boleh tahan laju ya pilotnya). Alhamdulillah, urusan di airport mudah dan kami terus mencari tempat untuk solat. Senang rupanya menjumpai musolla dia airport Bali. Di tingkat bawah musolla nya campur lelaki dan perempuan. Manakala di lantai 1 (pakai term org sana), musolla asing lelaki dan perempuan. Bersih dan sangat selesa alhamdulillah.

Terus saja jumpa dengan supir kami Indra dari Balihalal di luar airport. Orangnya baik, ramah dan begitu informative. Kawan2 kalau mahu ke sana nanti boleh saya kongsikan contact no. nya. Instagramnya : @balihalal

Pengembaraan dimulakan dengan menuju ke Balangan Beach. Satu pantai tersorok yang boleh dikira tidak begitu popular di kalangan pelancong. Pantai ini terletak kira-kira 30 minit perjalanan kereta dari airport. Sememangnya ketika merangka itinerary ke Bali ini, kami memilih tempat2 yang tidak begitu sesak tetapi punya daya tarikan tersendiri. Balangan Beach sungguh indah pada pandangan mata kami. Cantik pantainya, permandangannya subhanallah. Dihiasi batu2 berlumut yang menambah keunikan. Sayang, kami tidak dpt berlama2 di sini. Cukup untuk mengambil gambar buat kenangan, menghirup sebentar udara pantai yang segar, sebab perlu mengejar masa untuk catch sunset di destinasi berikutnya...


Bersambung...

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors