Monday, November 7, 2016

Bali : Sebuah catatan perjalanan ~ Sunset di Blue Point Beach


Sambungan dari kisah 1

Menuju ke Blue Point yang terletak di Uluwatu agak macet juga di tengah jalan, kerana bilang supir kami, ramai pelancong yang menuju ke Uluwatu pada waktu itu untuk mengejar sunset juga. Terutama tourist yang mahu ke Uluwatu Temple  kerana ingin menonton Kecak Dance yang popular itu. Kami tidak begitu berminat untuk bersesak-sesak dengan tourist lain untuk menyertai acara tersebut sambil menonton sunset. Sememangnya sejak awal, kami merangka trip yang simple, tidak terlalu 'touristy' sangat tetapi dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti lain dari yang lain ikut selera dan cara kami sendiri. Lalu Blue Point Beach menjadi pilihan.

Uniknya pantai ini apabila terdapat semacam bentuk gua di tepi pantainya. Permandangannya subhanallah! Juga paradise untuk para surfers kerana ombak yang besar. Agak adventure untuk menuruni anak2 tangga yang begitu curam untuk ke pantainya. Alhamdulillah selamat. Kemudian perlu naik pula anak2 tangga untuk menikmati sunset di bahagian atas. Waduhhh hilang kalori. Kahkahkah. Para tourist menikmati sunset di bar2 yang terdapat di situ. Manakala kami menikmatinya di satu tempat seperti anjung tinjau.




Perut lapar. Supir membawa kami ke tempat makan malam popular di Jimbaran. Nama restoran yang kami pilih ialah Restoran Kampoeng Seafood yang menyediakan juadah halal. Sekali lagi kami terkesima dengan permandangannya. Makan malam kami bertemankan ombak tinggi (melebihi tinggi seorang manusia dewasa) tepi pantai yang menjadi halwa mata dan telinga kami. Kami didendangi dengan alat muzik tradisional Bali sambil menikmati juadah, benar-benar mengasyikkan. Saya tidak sempat mengeluarkan kamera pada waktu ini kerana perut sudah berdengung minta diisi. Maka kamera pun saya sudah terlupa tentangnya.

Kemudian kami ke Hardrock Cafe sebentar di bandar Kuta untuk membeli pesanan seorang kawan. Ternyata bandar Kuta bukanlah "tempat" saya kerana kesibukan dan kebingitannya. Bandar itu seolah2 tidak tidur, penuh pelancong orang bule. 

Kami terus ke Bounty Hotel yang juga terletak di Kuta untuk melelapkan mata pada malam itu. Sampai di hotel lebih kurang 10 malam. Perlu bangun seawal jam 3 pagi esok harinya untuk mengejar sunrise dan ikan lumba-lumba di Lovina.

*Bersambung...

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors